Tuesday, February 15, 2011

DRAMA DAN TEATER

                                                   Pendahuluan


       Drama merupakan karya kreatif yang unik kerana mengandungi dua aspek iaitu aspek sastera dan aspek teater. Merujuk kepada aspek sastera ia mengandungi cerita dan unsur-unsur karya kreatif seperti pemikiran, plot, watak, bahasa, dan latar. Manakala aspek teater pula drama dilihat sebagai hasil pementasan. Dengan kata lain, skrip drama yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas. Menurut Solehah Ishak (2001: 17-21) menyatakan drama merupakan satu bahan kajian akademik yang cukup unik. Drama boleh dikaji  menerusi teks dan proses kepengarangannya, proses produksi dan kepengarahannya, persembahan dan khalayaknya, estetika dan pelbagai aspek kehalusan seninya.

         Dalam sejarah pertumbuhan atau perkembangan drama di Malaysia, ia bermula dengan seni gerak. Seni gerak itu pula berkait rapat dengan upacara keagamaan. Semasa diadakan upacara pemujaan dalam kepercayaan animisme, diadakan pembacaan jampi serapah. Pembacaan ini disertai dengan tarian dan nyanyian. Seni gerak ini semakin ketara khususnya dalam upacara puja pantai, main puteri, bermain ancak dan sebagainya. Dari situlah munculnya drama tradisional seperti wayang kulit, menora, mak yung dan bangsawan.

Definisi dan ciri-ciri drama


Perkataan drama berasal daripada Yunani yang bermaksud “gerak”.  Dengan lain perkataan drama ialah gerakan yang mengandungi tarian, nyanyian, dan lakonan yang membawa cerita nyata atau simbolik. Ruby Cohn menyatakan drama adalah lakonan yang dilakonkan oleh pelakunya yang tertentu. Drama juga merupakan sebuah pertunjukan atau perlakuan yang disengajakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia lain.

         Dalam masyarakat Melayu, mak yung dan menora adalah drama yang menggabungkan seni tarian, nyanyian, dan lakonan. Ketiga-tiga bentuk tadi terdapat dalam randai (Negeri Sembilan), dabus (Perak), boria (P.Pinang), mak molong (Kelantan), dikey (Perlis), dan kuda kepang (Johor).

         Di antara ciri-ciri drama ialah:

i) ada skrip: Skrip drama terbahagi kepada tiga iaitu skrip drama pentas, drama radio, dan drama televisyen. Perbezaannya ialah corak persembahannya iaitu menggunakan medium pentas, radio, dan televisyen. Menurut Khadijah Hashim (2000: iv) “drama radio adalah seni sastera yang menggunakan media elektronik sebagi alat penyebarannya. Ia berbeza dengan cerpen atau novel yang menggunakan media cetak sebagai medium penyebarannya”. Di Tanah Melayu, Shaharom Husain merupakan orang pertama menulis skrip drama yang bertajuk Pembelot. Kemudian, Syed Alwi al-Hady menulis skrip drama bertajuk Hang Tuah Pahlawan Melayu.

ii) ada pengarah: Pengarah amat penting dalam pementasan drama. Pengarah berperanan untuk menggerakkan pelakonnya menurut skrip yang ditetapkan.

Unsur-unsur drama


Unsur-unsur drama terdiri daripada tema, plot, watak, bahasa, dan latar. Tema ialah isu utama atau persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penulis skrip drama. Khadijah Hashim (2000: v) menyatakan tema adalah pokok persoalan yang hendak dibicarakan oleh penulis. Misalnya, manusia dengan masyarakat sekelilingnya, manusia dengan segala cabaran untuk hidup. Kisah politik wang, petani dengan harga getah turun, nelayan dengan laut bergelora dan orang tengah. Selain itu, soal-soal sosial seperti dadah, rasuah dan kisah cinta. Dengan maksud lain tema ialah falsafah atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis skrip drama. Kebiasaannya tema dipengaruhi oleh aspirasi dan sikap penulis skrip drama itu sendiri.

         Plot pula ialah rentetan peristiwa yang disusun bersambungan berdasarkan sebab-musabab. Plot drama berdasarkan sudut gerak aksi dan teknik-teknik dramatik. Plot drama dikembangkan atas dasar konflik.

         Watak ialah para pelakon yang menggerakkan plot. Watak amat penting dalam drama kerana ia perlu beraksi, berdialog, bertindak, berfikir, dan berkonflik. Perwatakan dikategorikan kepada pratagonis dan antagonis. Pratagonis ialah watak penting ataupun wira. Antagonis pula ialah watak jahat yang cuba menentang watak pratagonis.

         Latar pula ialah gambaran yang tersedia di belakang ruangtas atau prop. Tujuannya adalah untuk membantu audiens atau penonton mengetahui tempat, masa, dan menimbulkan suasana yang sebenar. Mana Sikana (1983: 61) menyatakan “latar atau setting ialah aspek yang menunjukkan plot, perwatakan dan dialog yang menerangkan bila dan di mana sesuatu peristiwa itu terjadi. Dengan menjelaskan aspek tempat dan waktu tersebut, audiens akan dapat menanggap suasana dan ini menolongnya memahami drama yang ditontonnya”.

         Manakala bahasa pula ialah dialog yang digunakan oleh para pelakon atau watak. Fungsi dialog amatlah besar kerana plot yang hendak ditonjolkan menggunakan dialog. Malahan, watak-watak berhubungan di antara satu sama lain menggunakan dialog. Inilah perbezaan yang besar antara drama dengan genre sastera yang lain. Unsur-unsur lain yang boleh diterima sebagai bahasa drama ialah gerakan atau improvisasi. Unsur ini tidak menggunakan dialog sebaliknya menggunakan aksi-aksi sahaja.

Konflik drama


Keunikan sesebuah drama itu terletak pada konfliknya. Ia dikatakan penting sehingga diibaratkan seperti nyawa dan darah kepada seni tersebut. Malahan, drama dalam pengertian Greek yang asal bermaksud konflik. Konflik ialah pertentangan. Di antara contoh-contoh konflik ialah:-
i) konflik peristiwa: konflik ini bermaksud peristiwa yang dibina itu menimbulkan pergeseran atau pergelutan. Contohnya kemalangan jalanraya, kebakaran, pembunuhan, dan sebagainya.

ii) konflik watak: konflik ini bermaksud pertentangan di antara watak-watak dalam drama tersebut. Contohnya dalam drama sejarah iaitu Matinya Seorang Pahlawan karya Usman Awang yang memperlihatkan konflik antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Tuah cuba mempertahankan feudalisme manakala Hang Jebat pula menentangnya.

iii) konflik peribadi: konflik ini bermaksud pertentangan dalaman diri atau batin. Contohnya drama Hamlet karya Shakespeare yang menampilkan konflik peribadi yang ingin nama dan kesenangan tetapi bertentangan dengan sikap semulajadinya yang bersifat baik.

Konflik-konflik terhasil sekiranya ada:-
a) pertentangan antara manusia dengan manusia
b) pertentangan antara manusia dengan dirinya sendiri.
c) pertentangan antara manusia dengan alam.
d) pertentangan antara manusia dengan ideologi.
e) pertentangan antara manusia dengan masyarakatnya.


Jenis-jenis drama


Ia digolongkan berdasarkan:-
i) mengikut zaman perkembangannya. Misalnya, bangsawan, sandirawa, drama, dan teater.
ii) mengikut aliran. Misalnya, aliran romantisme, realisme, surealisme, simbolisme, dan absurdisme.
iii) mengikut rujukan bahan yang digarap atau diperolehi oleh dramatis. Misalnya, drama sejarah, drama masyarakat, drama fantastik dan sebagainya
.

Sejarah perkembangan drama di Malaysia



a) Sebelum Perang Dunia kedua

Sebenarnya, pertumbuhan drama Melayu moden ada pertalian atau kaitan dengan sejarah pertumbuhan drama Melayu tradisional. Menurut Mana Sikana (1989: 3)  “drama tradisional Melayu yang pertama ialah wayang kulit yang sifatnya agak berbeza sedikit dengan unsur-unsur pendramaan”. Wayang kulit dikatakan berasal dari Jawa dan berkembang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Satu jenis lagi wayang kulit lagi telah dibawa dari Negeri Thai yang dinamakan wayang kulit Siam.

         Kemudian, lahirnya makyung yang dibawa dari Negeri Thai. Makyung dipertontonkan untuk kaum bangsawan sahaja. Makyung tidak lagi seperti wayang kulit yang watak-wataknya dimainkan oleh dalang tetapi manusia sendiri yang mengaksikannya. Makyung sudah memiliki ciri-ciri drama kerana di dalamnya ada cerita, lakonan, dan tarian.

         Seterusnya bangsawan yang mengemukakan kisah-kisah raja, tiada skrip, improvisasi dan visualisasi. Dialognya bercampur aduk bahasa harian, sastera, nyanyian dan diselang-seli dengan tarian. Pementasan dimulakan dengan jampi serapah kerana yakin kuasa ghaib turut serta membantu menjayakan persembahan mereka.

         Hasil daripada pengaruh luar seperti dari India, Indonesia, dan barat kita menemui tiga bentuk drama lagi. Pertama, drama-drama berbentuk sejarah yang dikenali sebagai drama sejarah. Kemudian, karya-karya yang diimport itu berbentuk purba yang hampir kepada sejarah yang dipanggil purbawara. Seterusnya, sandiwara yang terhasil daripada pementasa kumpulan-kumpulan dari Indonesia iaitu Dardanella dan Bolero. Sandiwara ini mengandungi unsur-unsur realisme iaitu diambil daripada kehidupan seharian.


b) Zaman pemerintahan Jepun

Dalam zaman pemerintahan Jepun, perkembangan drama agak perlahan. ini mungkin disebabkan keadaan negara yang tidak stabil dan serba kesusahan. Namun  begitu, pihak Jepun tidak antidrama atau tidak menghalang kegiatan drama. Misalnya, ada beberapa  orang penulis yang terus menulis drama dan mementaskannya. Shaharom Husain mementaskan drama bertajuk Lawyer Dahlan di Gunung Pulai, Johor iaitu di hadapan beberapa orang pegawai Jepun dan penduduk setempat. Beliau juga mementaskan drama bertajuk Keris Laksamana Bentan di Kolam Air, Pontian, Johor dalam tahun 1943. Namun begitu, keadaan negara yang kurang aman disebabkan penjajahan Jepun, tidak menghalang perkembangan drama walaupun agak perlahan.

         Zakaria Ariffin (1984: 1) menyatakan bangsawan menghadapi zaman gelapnya apabila berlakunya Perang Dunia Kedua dan terus mengalami keluputan menjelang tahun-tahun awal dekad lima puluhan. Walaupun pihak Jepun tidak menghalang aktiviti bangsawan  tetapi setiap skrip dan pertunjukan perlu ditapis dan diluluskan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai khas Jepun. Malahan, cerita yang ingin dipentaskan juga mesti menonjolkan semangat “Asia Timur Raya” yang diperjuangkan oleh Jepun, menjadikan bangsawan sebagai alat propaganda mereka.

c) Tahun-tahun menjelang kemerdekaan


Dalam tahun-tahun menjelang kemerdekaan, perkembangan drama agak pesat. Ini disebabkan drama menjadi salah satu medium menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Misalnya, drama Tun Fatimah (1952) dan Keris Laksamana Bentan (1954) dihasilkan oleh Shaharom Husain. Usman Awang pula mementaskan drama bertajuk Malam Kemerdekaan yang memaparkan konsep kemerdekaaan dan definisinya. Shaharom Husain sekali lagi dengan kegigihannya menghasilkan drama bertajuk Tun Sri Lanang dan Si Bongkok Tanjung Puteri. Drama Si Bongkok Tanjung Puteri dapat diterima sebagai drama terbaik pada tahun 1942-1950-an kerana aspek nasionalisme, heroisme, dan teknik penskripannya.

d) Tahun enam puluhan
Di peringkat awal dekad 1960-an, drama Melayu masih berkembang sebagai kesinambungan tahun-tahun sebelumnya. Sandiwara bercorak sejarah dan kemasyarakatan terus dicipta dan digemari. Drama purbawara dan realisme muncul dalam dekad ini. Purbawara ialah bentuk drama seakan-akan sejarah tetapi ceritanya tidak benar-benar berpijak kepada kebenaran sejarah. Purbawara hanya mengambil konsep sejarah dengan latar dan situasinya, sedangkan ceritanya adalah rekaan semata-mata seperti Jeragan Budiman karya Ishak Ismail (1962), Gugurlah Melati Pujaan Temasik karya Atan Asli (1960), Embun Menitik karya Jaafar Husny (1963), dan sebagainya.

         Drama realisme dipelopori oleh Kala Dewata dengan dramanya yang bertajuk Atap Genting Atap Rumbia dalam tahun 1963. Drama ini mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang berlainan darjat atau kedudukan. Di samping itu, memaparkan kerakusan masyarakat kota dan keharmonian di desa. Menurut Zakaria Ariffin (1984: 65) “dalam konsep realisme seseorang penulis itu lebih menekankan atau menegaskan kepada gambaran kehidupan sebenar sebagaimana yang dapat dilihat atau betul-betul berlaku, bukannya gambaran kehidupan yang akan atau mungkin berlaku”.


e) Tahun tujuh puluhan


Perkembangan drama dalam tahun 1970-an menyaksikan satu lagi aliran diterima iaitu drama absurd yang sama maksud dengan eksperimental dan kontemporari. Noordin Hassan menyatakan (1983: 3) “perkembangan teater kita pernah dikategorikan kepada alira-aliran yang tertentu seperti sandiwara, realisme, moden dan kontemporari yang di dalamnya ada yang memasukkan absurdisme”. Pelopor drama absurd di Malaysia ialah Noordin Hassan. Drama pertamanya ialah Bukan Lalang Ditiup Angin menjadikan latarnya surealistik dan mengadun unsur tradisi dan moden.  

         Zakaria Ariffin (1984: 125) menyatakan kelahiran teater absurd di Barat dikatakan berpunca terutamanya daripada rasa tidak puas hati di kalangan pekerja teater. Mereka cuba mencari pembaharuan sama ada dari segi penulisan, persembahan dan idea. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Dengan mementaskan drama berjudul “Jebat” pada tahun 1973, Dinsman adalah di antara dramatis yang terawal cuba mencari pembaharuan selepas Noordin Hassan.
         Dalam tahun 70-an juga drama-drama sejarah masih dipentaskan. Drama sejarah penting untuk menimbulkan kesedaran dan pengalaman kepada audiens. Misalnya drama Matinya Seorang Pahlawan karya Usman Awang dan Hang Tuah Pahlawan Melayu. Usman Awang (1987: v) menyatakan dramanya iaitu Matinya Seorang Pahlawan  merupakan satu-satunya drama Melayu yang dipentaskan di luar negeri semasa “First Third World Theatre Festival” di Filipina pada tahun 1972. Drama sejarah memfokuskan kepada isu sejarah atau kepahlawanan tokoh. Dengan itu, ia tidak menyelitkan tarian, nyanyian, dan majlis adat istiadat yang tiada kaitan dengan plot. Lantaran itu, drama sejarah lebih padat, bermesej malahan stailnya tidak lagi romantik.

         Di samping itu, terdapat juga drama sejarah Islam. Biasanya watak memaparkan pahlawan Islam yang terkenal seperti Tariq bin Ziad. Menurut Talib Samat (1995: 39) drama sejarah Islam , Tariq bin Ziad: Pahlawan Islam karya Syed Alwi Syed Syeikh al-Hadi ini menjadi lebih bernilai dan menarik kerana keupayaan penulisannya menggarap watak-watak dan peristiwa sebenar yang berlaku di Sepanyol dalam bentuk drama. Di samping itu, Solehah Ishak (1994: 51) menggambarkan bahawa dekad 70-an merupakan dekad kebangkitan semula Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Tidak hairanlah jika beberapa orang dramatis Melayu beralih arah dan memfokuskan kepada isu-isu yang mengetengahkan dan mempopularkan Islam dalam drama mereka.

       Drama adalah genre sastera yang ada hubungannya dengan seni lakonan. Skrip drama yang mempunyai nilai seni sastera akan dipentaskan sebagai sebuah kerja kesenian. Skrip drama mengandungi cerita, pemikiran, plot, watak, bahasa dan latar. Di samping itu, perkembangan drama moden mempunyai kaitan atau kesinambungan dengan drama tradisional. Oleh itu, perkembangan drama moden sedikit sebanyak dipengaruhi oleh drama tradisional.

         Dalam perkembangannya drama moden mempunyai beberapa aliran dan corak. Kesemuanya itu hasil daripada perubahan-perubahan semasa dan penerimaan audiens. Tidak syak lagi drama telah menjadi sebuah genre yang sangat penting dan berpengaruh untuk menyampaikan mesej, protes sosial, propaganda dan sebagainya. Mawar Shafie (1995: 13) menyatakan bahawa tidak dapat dinafikan nafas teater atau drama kian rancak paluannya di kalangan masyarakat hari ini. Melalui drama, pelbagai pesanan dan iktibar dapat disampaikan kepada khalayak. Malahan, dapat membentuk seseorang menjadi lebih matang dan rasional dalam menempuh hidup ini.

       Kita baru sahaja membaca sebuah skrip drama atau baru sahaja menonton pertunjukan drama atau teater.  Apa yang kita baca dan tonton adalah hasil daripada susah payah seorang yang bernama penulis. Seorang penulis harus ada kemahiran berbahasa dan bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa tulisan. Bahasa yang digunakan adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam berbahasa. Jika ia mahir berbahasa maka indahlah skrip yang akan terhasil dan akan membawa tarikan kepada khalayak apabila menontonnya.

       Bahasa sebenarnya digunakan sebagai alat komunikasi. Di samping itu ia berguna sebagai pencetur idea, pernyataan diri dan meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Seorang penulis skrip tidak harus meninggalkan “Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia”, “Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia” dan “Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.” Kesemua itu harus dijadikan sebagai rujukan penting. Penulis juga harus memiliki sebuah kamus Kesusasteraan Melayu sebagai pelengkap untuk berbahasa dengan menarik. Tidak ada jalan pintas untuk menghasilkan sebuah skrip yang menarik.

       Jika ejaan sudah dikuasai dengan betul pembaca akan mudah untuk memahami sebarang gagasan yang hendak disampaikan. Ayat-ayat yang dibentuk bukanlah mengandungi erti sahaja. Di dalamnya harus ada kesatuan fikiran, kesatuan susunan, penekanan, variasi, pensejajaran kata dan kewajaran. Setiap ayat harus ada mempunyai kesatuan idea yang tunggal.      

       Penulis skrip harus mengemukakan ideanya yang asli bila ia jujur terhadap apa yang ditulisnya, mengemukakan pendapatnya, mengungkapkan perasaannya dan jujur dalam menanggapi sebarang situasi. Seorang penulis seharusnya mempunyai keperibadian, penuturan dan gaya bahasa yang tersendiri. Walaupun belajar daripada penulisan orang lain kita harus mempunyai identity sendiri. Tidak perlu terpengaruh dengan penulisan orang yang kita anggap idola.

































                                              Bab 2 : Persediaan Menulis



       Jika anda minat sebagai penulis skrip drama haruslah bersedia untuk berfikir secara berterusan. Setiap apa yang berlaku di atas dunia ini adalah bahan yang patut dijadikan modal dalam penulisan. Syaratnya kita haruslah mempunyai kepekaan yang tinggi dalam menaggapi sesuatu peristiwa. Fokus harus ada jika hendak menjadi seorang penulis yang berjaya. Jangan menulis mengikut sesedap rasa sahaja. Tidak boleh menulis secara bermusim. Jika menulis seperti ini akan dinamakan sebagai penulis bermusim atau penulis peristiwa. Menulis mengikut kehendak pihak yang tertentu sahaja.

       Ramai yang mahu menjadi penulis tetapi boleh dibilang dengan jari. Cuma dua orang tokoh yang benar-benar serius dalam bidang penulisan iaitu penulis muda Faisal Tehrani dan A. Samad Said. Selain tidak konsisten dengan bidang penulisan yang diceburinya. Ramai yang berangan-angan sahaja untuk menjadi penulis terutama skrip drama dan kebanyakan mereka menulis mengikut musim pertandingan. Tiada pertandingan tiada penulisan dan mereka menghilang tidak tentu hutan rimbanya. Kebanyakan mereka tiada motivasi dan tidak pernah tertanam suatu disiplin diri yang baik.

Disiplin


       Apa sahaja yang kita buat di atas dunia ini disiplin adalah sangat penting. Tiada disiplin sebarang kerja yang kita buat tidak akan menjadi. Untuk mencapai disiplin yang baik memerlukan usaha yang lebih dan gigih. Jika kita boleh mendiplinkan diri sendiri suatu hari nanti ia pasti akan menjadi seorang penulis skrip yang baik dan berjaya. Jika ada ilmu tapi tiada disiplin hasilnya tidak akan berlaku. Akan terjadi cakap tidak serupa bikin sahaja.

       Disiplin di sini bermaksud tentang bagaimana seseorang penulis itu boleh membentuk dirinya ke arah kejayaan. Semuanya perlu latihan dan suka mencari pengalaman.  Seseorang penulis juga perlu mempunyai waktu yang sesuai untuk menulis tanpa sebarang gangguan yang menyusahkan. Walaupun kita ada kerja tetap yang lain jika ada disiplin diri tidak akan ada gangguan dalam dunia penulisan. Kebiasaan diri dalam menulis itu adalah sangat penting. Contohnya dengan mencatatkan setiap peristiwa harian di dalam diari secara konsisten dan catatan ini akhirnya boleh dijadikan sebagai bahan penulisan.

Persiapan Bahan


       Sebenarnya bahan untuk tujuan penulisan terutama skrip drama cukup banyak dan semuanya bergantung kepada kepekaan penulis terhadap perkara yang terjadi di sekelilingnya. Kadang-kadang bahan itu dating sendiri, misalnya secara tidak sengaja kita melihat sesuatu perkara yang mengharukan, mendengar orang bercerita tentang sesuatu yang menarik atau perkara itu tidak sengaja berlaku pada diri kita sendiri.

       Kebanyakan bahan penulisan untuk skrip drama adalah perlu dicari dan diusahakan sendiri. Di samping itu perlu diselidiki dan dipelajari. Kita juga perlu belajar dari skrip penulis-penulis besar dan yang telah berjaya. Bukan untuk tujuan peniruan tetapi adalah untuk belajar daripada pengalaman mereka. Kita sememangnya sudah ada pengalaman dan ilmu cuma patut ditunggu untuyk dicurahkan dalam bentuk skrip. Kita harus pandai menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita sendiri.

       Kita juga harus mengetahui tentang teori sastera kerana ia boleh membawa penulisan kita itu ke arah yang lebih baik lagi. Jika penulisan kita tidak mempunyai teori ibarat kita memandu di jalanraya dan kita tidak tahu akan arah tujuannya. Di samping itu keterbukaan harus ada di minda kita untuk dikritik dan akhirnya kita akan tahu kekuatan dan kelemahan penulisan kita sendiri.

Bahan Cerita


       Bagai mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan skrip drama selalu memikirkan tentang bagaimana untuk dicari bahan penulisan. Kita boleh teroka dunia duniawi dan dunia rohani. Dua bahan ini tidak akan habis diteroka. Dalam soal duniawi kita boleh kaitkan dengan diri sendiri, keluarga, pesekitaran dan masyarakat yang luas. Dalam soal rohani bahan akan dapat diamati melalui soal-soal ketuhanan.

       Banayk yang boleh kita ceritakan melalui diri kita. Pengalaman sewaktu kecil, semasa bersekolah, ketika remaja sehinggalah ke alam rumahtangga. Begitu juga tentang kehidupan dalam keluarga dan masyarakat serta makhluk lain yang mengelilingi kehidupan ini dalam segala bentuk situasinya.

       Skrip drama mengenai ketuhanan adalah satu wilayah yang cukup menarik dan kurang sekali diberi tumpuan oleh penulis skrip drama pada hari ini. Kita perlu mahir dan faham dalam bidang ini. Di samping itu nasihat daripada orang pakar harus diambil kira. Semakin luas pengalaman penulis maka semakin luaslah cerita yang boleh diluahkan secara realistik.

Catatan Harian



       Sebaik mungkin setiap penulis perlu ada catatan hariannya yang terlengkap. Kita bukan boleh mengingat semula apa yang telah berlaku setiap hari dan ianya perlu dicatatkan dalam buku catatan harian. Memang benar kita tidak akan dapat mengingat semua peristiwa yang kecil-kecil yang pernah terjadi di dalam hidup kita. Namun dengan adanya buku harian ini semua kejadian itu akan terakam sehingga dapat disimpan sampai bila-bila masa. Suatu ketika sudah pasti ada keinginan untuk menulis semula dalam bentuk skrip drama misalnya tentang peristiwa pertemuan kita dengan seorang pemuda atau seorang gadis yang ada cerita di sebaliknya. Kita cuma perlu mengembangkan cerita tersebut dalam bentuk skrip drama.

       Rangka cerita yang ada dalam catatan harian itu boleh dikembangkan dengan segala daya cipta yang ada pada diri kita. Sebenarnya sebuah buku harian boleh menghasilkan beratus-ratus skrip drama dan terpulanglah kepada kreativiti penulis itu sendiri. Catatan itu perlu jelas dan mudah difahami oleh penulis sendiri dan janganlah mencatat sehingga tidak dapat difahami akhirnya.

Cara Penulisan



       Ada beberapa cara penulis sebelum seseorang penulis memulai tulisannya. Bila cerita sudah berkumpul dan bermain-main di fikirannya maka ditulisnya rangka cerita. Dalam rangka cerita ini ada ringkasan cerita, bahagian-bahagian cerita, adegan-adegan, nama dan watak, setiap pelaku dan tempat kejadian.. melalui rangka cerita ini penulis dapat memperluaskan ceritanya dengan imaginasi yang tersedia dalam fikirannya. Menambahnya di sana sini, menghilangkan hal-hal yang dianggap kurang penting dan memasukkan hal-hal yang berguna.

       Rangka cerita seperti ini memang baik, sehingga penulis akan terhindar dari melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kesalahan. Ceritanya pula akan jadi terarah mulai dari awal hinggalah akhir dan tidak akan berlaku penyimpangan yang jauh dari maksud asalnya. Namun begitu ada juga penulis yang membuat secara taip terus kerana segalanya sudah terhimpun dalam fikiran penulis. Cara seperti ini tidak tersusun hasilnya jika dibandingkan dengan cara yang pertama tadi. Akan tetapi kesemuanya bergantung kepada kebiasaan penulis. Alah bias tegal biasa.




















                                  Bab 3: Asas-asas Cerita Rekaan



       Seorang penulis, penyunting, pengarah atau pengkritik haruslah memahami asas-asas cerita rekaan .Dengan  mengetahui selok-belok yang berhubungan dengan cerita rekaan itu seorang penulis akan mengetahui dimana kelemahan tulisannya yang telah lalu untuk memperbaikinya pada tulisan yang akan datang .Bagi penyunting asas-asas ini perlu dikuasainya agar dengan mudah ia dapat memilih karangan mana yang layak dipilih untuk  disiarkan dari sekian banyak karangan yang dikirimkan kepadanya. Pengarah pula ,sebelum mengadakan sebarang latihan untuk pementasannya dia akan memilih naskhah manakah yang baik dan bermutu untuk dipentaskan . sedang pengkritik akan meninjau cerita rekaan yang akan dikritiknya dari segi asas-asas cerita rekaan ini. Kebaikan,kelemahan dan jalan untuk memperbaiki setiaap kaarya merupakan pedoman utama bagi setiap pengkritik.


3.1 TEMA CERITA(INTI CERITA ATAU PATI CERITA)


Bila seseorang selesai membaca sebuah cerita pendek ,novel ,roman atau baru selesai menyaksikan pertunjukkan teater, drama televisyen ,filem atau mengengar sandiwara radio ia merasakan suatu kesimpulan yang menyatakan isi keseluruhan dari ceritaa itu. Tema cerita yang dirasakan mungkin,setiap kebenaran akan berakhir dengan kemenaangan. Atau munkin pula ada ceritaa yang membiarkan penjenayahnya terus hidup atau orang yang jujur mengalami kematiannya .
   Tema cerita inilah yang menjadi moral atau dasar cerita. Tetapi setiap karya,tema cerita ini memang tidak dikatakan dengan nyata . hanya pembaca ,pendengar atau penonton sahaja yang menentukan apakah tema cerita tersebut . oleh sebab itu bila cerita pendek tidak mempunyai moral tidaklah ada faedah dan manfaatnya. Cerita seperti ini tidk akan mendapaat tempat ,baik di akhbar,majalah ,buku, siaran radio, televisyen atau tidak ada pengarah teater yang mahu melakonnya dan tidak ada pula pengarah filem yang bersedia untuk merakamkanya ke filem.
   Tema cerita merupakan pegangan pokok untuk penulis sebelum dan ketika menyelesaikan tugasnya. Sebelum tulisanya itu selesai, penulis sudah mengetahui apakah tema tulisan tersebut.


3.2 KETEGANGAN

Seorang penulis kalau ia ingin tulisannya itu disenangi oleh pembaca haruslah memasukkan unsur-unsur ketengangan merupakan daya penarik dan daya pikat bagi penikmatnya .
   Di sinilah kelebihan pengarang-pengarang  yang sudah berpengalaman . dia mengetahui di mana saat ketegangan itu harus hadir dan di mana cerita itu berjalan dengan biasa .
   Pembaca akan cepat bosan bila kejadian cerita itu sudah tersingkap pada awal ceruta . pembaca sudah tahu bagaimana akhir cerita itu nanti sehingga ia tidak menyelesaikan membaca atau menonton pertunjukkan itu.
   Seorang penulis harus membuat tulisannya sedemikian rupa sehingga penikmat selalu ingin tahu apa yang akan terjadi dalam cerita itu. Ini akan membuat penikmat itu menikmati cerita sampai akhir .
   Lima pertanyaan ini merupakan bimbingan kepada penulis agar ceritanya menarik minat pembaca . pertanyaan ini hrus timbul dalam fikiran penikmatnya.

1        apakah yang akan terjadi nanti?
2        Siapakah tokoh itu sebenarnya?
3        Mengapakah kejadiannya seperti itu?
4        Apakah makna peristiwa itu?
5        Akan bagaimanakah akhir ceritanya?
 
   Kesimpulan daru pertanyaan di atas adalah penulis dengan kepandaiannya menahan penjelasan yang sebenarnya ingin diketahui oleh penikmatnya  . Cara yang biasa dipakai penulis untuk menahan penjelasan ini ialah dengan membayangkan kejadian yang akan datang dengan singkat . Bukan secara keseluruhan.. Bila membayangkan itu telah ditunjukkan sekilas maka cerita dialihkan kepada hal –hal yang lain . Demikianlah seterusnya hingga cerita selesai . Di sinilah  terletaknya sejauh manakah kebijaksanaan penulis itu.


3.3 ALUR CERITA (JALAN CERITA)


Alur cerita di sini maksudnya gerak cerita atau jalan cerita. Alur cerita bergerak dari permulaan, pertengahan dan akhir cerita .
   Permulaan cerita biasanya merupakan pemaparan ,lukisan keadaan atau perkenalan cerita . Pertengahan cerita memaparkan gerak peristiwa, kejadian mulai memuncak  ,pertentangan ,puncak kejadian dan pemaparan .Dalam akhir cerita ditunjukkan penyelesaian segala masalah .
   Alur cerita yang bergerak dari permulaan ,pertengahan dan akhir adalah cara penceritaan biasa . Dalam penulisan cerita yang sebenar. Ketiga bahagian itu dapat dipertukarkan .Kadang-kadang baru kita membaca cerita kita sudah dipertemukan dengan masalah .Atau ada pula cerita itu diawalnya sudah menceritakan daru peristiwa cerita itu , kemudian penulis memaparkan peristiwa yang terjadi sebelumnya atau disebut alur balik (imbasan kembali ).
   Pada permulaan ,penulis memperkenalkan keterangan yang penting kepada pembaca misalnya bila cerita itu terjadi , di mana kejadiannya berlansung ,siapa-siapa para pelakunya atau bagaimana perwatakan pelakunya.Pada permulaan ini penulis menggambarkan sepintas sahaja. Dalam isi ceritalah ini semua akan jelas dikemukan.
   Pada gerak peristiwa penulis sudah mulai menunjukkan awal mula atau penyebab peristiwa mulai terjadi .Mulailah pelakon utama (protagonist) mengalami rintangan ,baik rintangan itu dari dirinya mahupun rintangan dari luar.
   Akibat aadanya rintangan-rintangan atau pertentangan-pertentangan maka kejadian mulai memuncak. Pelaku dengan segala kekuatan yang ada padanya berusaha melawan rintangan itu. Sekiranya lawan yang dihadapinya lebih kuat maka pelaku utama harus dengan gigih melawannya. Tidak seharusnya pelaku utama itu seorang yang paling pimtar atau yang paling kuat. Ia juga harus mempunyai kelemahan. Dengan demikian pertentangan, perlawanan menghadapi keseimbangan, sehingga mahu tidak mahu pertentangan- pertentangan itu harus kerap kali terjadi atau harus lama sekali pelaku utama itu berhasil mengalahkan lawannya.
   Tapi dalam cerita, terletak  kepada penulis siapa yang akan menang. Mungkin pelaku utama, mungkin pelaku yang jahat atau mungkin juga kedua-duanya sama kalah. Hal ini bergantung bagaiman kewajaran yang terdapatdalam cerita itu.
   Pada puncak peristiwa terjadilah kejadian yang paling dahsyat. Pada bahaagian inilah ditentukan siapa yang paling kuat. Kalau salah satu pihak mengalami kekalahnnya, apa sebab kekalahan itu. Di sinilah pelaku utama bertempur habis-habisan.
   Kaalau pelaku utma (protagonist) yang menng aatau pelaku yang menjadi lawan pelaku utama (antagonist)yng lebih kuat atau kedua-duanya sama –sama kuat,masing-masing harus mengakui keunggulan lawannya dan inilah akhir dari puncak peristiwa. Kemudiannya, peristiwa pun menurun dan ketegangan pun beransur surut. Inilah yang dinamakan peleraian.
   Kemudian pemecahan masalah akan menyelesaikan peristiwa yang terjadi. Kebanyakkan penulis berusaha menyenangkan hati pembacanya dengan menenangkan pelaku utama. Tapi ada pula sebahagian penulis yang lebih cenderung mengalahkan atau mematikan pelaku utama. Walau demikian masih ada cara yang sama kuatnya, sama-sama kalah dan kerana ada pihak ketiga yang berusaha untuk memusnahkan mereka maka pelaku yang tadinya bermusuhan menjadi berkawan dan sama-sama menggempur musuh mereka.
   Apa pun yang akan dibuat untuk mengakhiri cerita itu tetapi yang tidak boleh dilupakan adalah kewajaraannya. Kalau kalah memang wajar keklahannya dan kalau menang memang wajarlah ia menang.


3.4 PERWATAKAN

setiap pelaku yang terdapat dalam cerita masing-masing dengan sifat-sifatnya, perbutannya,tabiatnya,budi pekertinya dan keperibadiannuya. Gambaran dari wataknya inilah yng disebut perwatakan itu.
   Ada 7 cara yang digunakan oleh penulis dalam melukiskan perwatakan ini,iaitu:
1  melukiskan bentuk lahir diri pelakon.
Contohnya ;
   Lelaki muda itu berjalan dengan tegapnya. Di wajahnya terpancar suatu sinar kemenangan. Kemenangan yang tidak semua orang boleh mendapatkannya. Perawakan badannya yang tinggi dan dadanya yang bidang itu telah menunjukkan bahaawa ia seorang yang tabah dan hasilnya mencapai kemenangan.
2. Melukiskan jalan fikiran pelakon atau apa yang terlintas dalam fikirannya.
Contoh;
   Kufikir,kejadian ini memang harus berlaku pada diriku. Tetapi aku tidak harus berserah diri kepada nasib. Lelaki tidak boleh lemah. Lelaki harus berani memperjuangkan harga dirinya. Demikian juga aku.
3. melukiskan bagaimana reaksi pelakon terhadap kejadian yang  berlaku pada dirinya.
Contoh:
    Walaupun dia hanya seorang janda dan bekerja sebagai orang gaji,ia sanggup menyekolahkan anaknya yng tujuh orang itu. Ia tidak mahu mendapat belas kasihan orang lain ,tidak juga dari suaminya yang telah berkhawin lain tanpa alasn yang munasabah.
4. penulis secara langsung menjelaskan watak pelakon.
Contoh;
   Amir, yang sejak kecil dimanjakan ibu bapanya.,setelah besar tak sampai kemana. Sekolahnya hanya sampai tingkatan tiga. Buat kerja tidaak boleh. Akhirnya dia menjdi beban ibu bapanya sahaja.
5. penulis menggambarkan kedaan di luar diri si pelakon.
Contoh;
   Akhbar, majalah ,buku-buku berselerak dalam biliknya yang sempit itu. Belum lagi puntung rokok yang bertaburan di sana sini ,sehingga bilik itu terasa pengap.
6.Penulis menggambarkan keadaan di luar diri si pelakon.
Contoh;
   Kawan-kawan mengatakan bahawa dia seorang yang suka mempermainkangadis-gadus. Dengan wangnya, dengan kereta besarnya dia merayu dan apabila telah dapat ditakluknya ,ditinggalkan begitu sahaja.
7. Penulis membuat pelakon lain membincangkan keadaan pelakon utama .
contoh;
   “kau tak percaya apa yang kaukatakan ,”kata zenab kepada siti .
    “ya ,memang dari mula aku kurang yakin. Tetapi setelah melihat sendiri barulah kepercayaan aku timbul. Tetapi bagaimana sekarang. Dia tentu sakit hayti kepada aku ,”kata Siti ingin buah fikiran dari temannya .
    “minta maaflah kepadanya. Aku percaya dia akan mahu berbaik kembali kepadamu “
  inilah cara yang digunakan oleh peniulis untuk menggambarkan peribadi pelakonnya. Ada penulis yang memilih salah satu cara dalam cerita dan ada juga yang mencampurkan beberapa cara yang disebutkan di atas .


3.5 PERLAWANAN (PERTENTANGAN)


        Agar cerita menjadi menarik penulis haruslah membuat pelaku utama menjadi perjuangan, pertentangan atau perlawanan. Pertentaangan itu mungkin dengan manusia, dengan alam atau jug mungkin dengan ideanya sendiri. Untuk mencapai tujuannya pelaku utama haruslah berusaha sedaya upaya mengatasi kesukaran dan penghalang-penghalang yang dihadapinya .
Pertentangan mungkin terjadi antara :
   1 pelaku utama dengan orang lain.
   2 pelaku dengan masyarakat.
   3 pelaku dengan alam sekeliling.
   4 pelaku utama dengan kata hatinya sendiri.
   5 idea pelaku utama dengan orang lain.

Kalau diambil garis besarnya pertentangan itu menjadi dua iaitu pertentangan jasmaniah dan pertewntangan rohaniah. Kedua-dua jenis pertentangan ini sama hebatnya. Sama ngerinya dan sama seramnya. Terpulanglah kepada penulis untuk menggemparkannya.


3.6 SUASANA

Penulis haruslah berusaha agar ceritanya itu seolah-olah benar pernah terjadi. Salah stu cara agar hal ini dapat dipenuhi ialah dengan melukiskan suasana keadaan dan suasana tempat yang memang ada dn banyak diketahui orang .
    Pembaca yang pernah hidup pada masa itu atau pembaca yang pernah mengunjungi tempat itu merasa bahawa cerita itu bukanlah rekaan tetapi suatu kejadian .
   Ketika membaca atau melihat atau mendengar cerita itu berlansung terbayang , kembali dalam ingatannya ketika ia barada di tempat itu.
Contoh:
   Sejak pukul empaat orang sudah ramai di perbukitan itu. Masing-masing mengambil tempat yang enak baginya. Malahan ada pula yang datang lebih awal lagi, dengan maksud agar dia dapat duduk dekat ke pentas Panggung Anniversary. Ini semula tiada lain agar ia puas melihat bintang pujaannyaa.


3.7 LATAR BELAKANG


       Latar belakang merupakan penjelasan lain yang dapat menambahkan keyakinan pembaca atau penikmat terhadap gerak dan tindakan tokoh-tokoh yang ada pada cerita itu. Jadi latar belakang haruslah betul-betul bermanfaat bagi maksud dan tujuan cerita.

    Tujuan dan maksud adanya latar belakang.

  1. merupakan penerimaan yang wajar dari penikmat akan tingkahlaku dan gerak-geri para pelakon .
  2. merupakan hubungan langsung dengan erti yang umum dari sesuatu cerita.
  3. merupakan pengarahan kepada suasana waktu dan tempat.

Contoh :
    Untuk meringankan kerisauan hatinya, kamal mengasingkan diri dan memasang khemah di pantai. Namun pantai itu pun tidak dapat mengubati hatinya.


3.8 PEMUSATAN CERITA

Penulis harus sedar bahawa caranya untuk menarik minat pembaca. Secara tidak sedar hadir pertayaan pada fikiran pembaca.
Pertanyaan itu adalah:
1 Apakah isi cerita ini?
2 Siapakah pelakon-pelakonnya?
3 Bilakah cerita ini terjadi dan di mana?
4 Mengapakah terjadi demikian ?
5 Apakah maksud kejadian itu ?

Jawapan dari pertanyaan-pertanyaan inilah yanh menjadi pusat cerita. Hanya sahaja pemusatan itu tidak berurutan seperti di atas dan taraf penonjolan pun berbeza. Yang satu lebih di pusatkan dari yang lain. Dengan demikian ceritanya tidak datar.
   Pemusatan cerita pada tokoh digambarkan dengan bentuk rupa, watak dan peribadi baik tokoh utama mahupun pelaku lainnya.

    Cara menceritakan kejadian-kejadian cerita itu ada 6 cara iaitu;
1 penulis berperanan sebagai pelaku atau tokoh utama dalam cerita.
Contoh ;
      Setelah mendapat petunjuk dari perawat, aku meninggalkan mencari telefon yang ada di Hospital itu.
“Hello, apakah ini Encik Arman?”
“Ya, betul. Itu siapa?”
“Saya, aku …eh…saya…”aku menjawab dengan gugup.
“Dari Hospitalkah”
Aku mengangguk memberi jawapan. Kemudian aku baru sedar bahawa dengan anggukan tentu dia tidak akan mengetahui jawapan itu. Aku jadi senyum sendiri.

2, penulis berperanan sebagai tokoh lain atau bukan sebagai tokoh utama dalaam cerita.
Contoh;
“ Tak ada jalan lain bagi kami lagi Pakcik , selain penceraian.”katanya dengan penuh kesedihan.
Dari cerita yang disampaikan kepadaku dapatlah ku fahami bahawa suaminyalah yang bersalah. Tapi apa dayaku. Aku hanya mampu untuk menasihati sahaja.

3. Penulis tidak turut berperanan dalam cerita. Dia menjadi orang luar yang mengetahui  semua peranan dan kejadian tokoh-tokohnya.
Contoh ;
   Kira-kira pukul lima setengah gadis kulit putih  itu datang sendiri ke khemahnya. Ia mendarat dan mendapatkan gadis bermata biru itu.
  “Mengapakah anda tidak datang? Kami menunggu sejak tadi ,”
Helen lebih dulu bertanya.
“Saya terlupa,”jawab Kamal singkat.
“Bagaimanakah kalau sekarang kita pergi?”ajak gadis itu ramah.
“Apakah saya begitu penting?”Kamal bertanya balik.”
4. Penulis sebgai penutur cerita. Cerita seperti ini tidak memakai percakapan (monolog). Semuanya dituturkan oleh penulis dengan memakai ayat tuturn.
Contoh;
Bila ia duduk, keresahan fikirannya muncul kembali. Memanglah ia mencintai Rohana. Kerana cintanyalah I tidak suka  bila Rohana menjadi milik orang lain. Tetapi itu telah terjadi. Rohana sendiri menentang orang muda itu sendiri yang dianggap berfikiran sempit itu. Ia mahu lelaki yang mengerti tentang dunianya. Dunia penyanyi.
5. Penulis sebagai  pengatur percakapan dan pengatur lakonan.
Cerita seperti ini tidak memakai penuturan. Yang ada hanyalah keterangan singkat untuk percakapan dan lakonan itu sahaja.
Contoh;
ZAINAB:    Apakah tidak akan ada penyesalan diantara kita nanti.
ROHMAN: Mengapa mesti menyesal. Perkahwinan adalah sesuatu yng mat mulia.
ZAINAB:    Aku dari perempuan yang terbuang. Suamiku dulu meninggalkanku dan ia
                    Kahwin dengan perempuan lain.
ROHMAN: Itu tidak menjadi penghalang. Bukankah sekarang engkau sudah bebas.

6. Penulis mencampur beberapa cara di atas dan menulisnya dalam cerita. Campuran itu mungkin cara1 dan 3atau cara 2 ,3,dan 4 atau mana-mana cara yang digabungkan.

3.9 KELANCARAN CERITA (KELAJUAN CERITA)


Cerita yang kelancarannya tetap disebut cerita itu mendatar (monotone). Pembaca akan cepat bosan bila cerita mendatar sahaja. Seorang penulis harus bijak memakai kelancaran ini dalam setiap ceritanya.
1 Gerak cerita akan lebih lancar bila dijelaskan dengan cara rangkuman bila dijelaskan dengan cara penceritaan .
2 Gerak cerita akan lebih lancar bila dijelaskan dengan cara penceritaan bila dibandingkan dengan cara lakonan.
3 Gerak cerita akan lebih lancar bila dijelaskan dengan lakonan bila dibandingkan dengan penghuraian.
Bila penulis memakai salah satu kejadian itu maka kedataran cerita akan lebih jelas terasa. Itulah sebabnya penulis yang berpengalaman selalu mencampur adukkan beberapa kelajuan ini. Dengan kelajuan ini bahagian-bahagian cerita terasa beraneka ragam.


3.10 PROSES WAKTU


Bahagian-bahagian cerita yang memakai penceritaan atau lakonan atau percakapan haruslah diperhitungkan proses waktunya. Sebuah cerita yang terlalu lama dalam percakapan sahaja ataau penceritaan sahaaja membuat cerita menjadi longgar. Dengan kelonggaran ini pembaca mempunyai kesempatan memikirkan hal yang di luar cerita itu.
   Proses waktu akan mengikat pembaca sehingga ia tidak menyedari bahawa ia sedang membaca cerita itu. Dia seolah-olah berperanan atau turut berlakon di dalamnya.


3.11 PENTAKSIRAN

Seorang penulis tidak perlu menuliskan ceritanya dengan mengungkapkan suatu babak kehidupan seseorang yang nyata. Seorang penulis tidak usah menjelaskan cerita itu sampai ke masalah yang kecil-kecil, tidak perlu ditegaskan semula, tidak perlu dituturkan secara jelas. Biarlah cerita itu mengandungi pentaksiran, sehingga pembacaa diajak untuk berfikir memeras otak pa sebenarnya makna dan mksud cerita yang baru dibcanya itu. Tetapi diharuskan ingat pula pentaksiran itu jangan terlampau sulit. Penulis harus dapat mengagak bahawa pembaca akan dapat mengetahui sendiri atau membuat sendiri taksiran itu. Disinilah kepuasannya dalam menikmati hasil karya seorang penulis.
   Pentafsiran penikmat tidak perlu sma. Biarkan antara yang satu dengan yang lain memberi pentafsiran yang berbeza,dengan demikian akan banyak pembaca yang membicarakan hsil karya kita.


3.12 GERAK KEJADIAN


Apapun yang akan dibincangkan dalam cerita itu I tidak terlepas dri gerakan dalam ruang dn gerakan dalam waktu. Pelakon-pelakon dalam cerita yang bergerak dalam ruang dan waktu haruslah bergerak dengan pants dan tangkas, harus seimbang dalam tindakannya dan pergerakannya. Tugas penulis adalah merangkaikan setiap gerak itu sehingg merupakan suatu kesatuan yang utuh , ertinya ada kesatuan gerakan antara ruang dengan waktu.
   Pelakon yang berada di sebuah ruang,misalnya, ruang itu adalah pantai, pantai itu adalah hamparan pasir putih. Wktu pelakon itu berjaln di pntai hari pnas terik. Gerakan yang dilakukannya oleh pelakon itu adalah dia harus berjalan cepat atau berlari. Ini adalh salah satu contoh kesatuan antara ruang dan waktu itu. Demikian juga dengan hl yang lain.


3.13 PERNYATAAN TOKOH


Setiap tokoh, terutama tokoh utama harus dapat dijelaskan oleh penulis melalui gerak. Penulis bukan sahaja cuba menyajikan gambaran seseorang, tetapi menyajikn tokoh yang sanggup memainkan gerak tertentu,gerak yang terarah dan wajar.
Contoh:
   Seseorang yang marah maka tindak lakunya akan kasar, pernyataan tokohnya dengan jiwa yng bergelora.
   Seseorang yang baru sahaja mendapat keputusan yang tidak dihendakinya,pernyataan tokohnya mungkin dengan mimik muka yang sedih.
    Seseorng yang baru saja mendapat nugerah yang diharapkan, pernyataan tokohnya mungkin dengan fikiiran yang cerah dan jernih.
    Seseorang yang jatuh cinta kepada orang yang sangat diminatinya , pernyataan tokohnya mungkin dengn kata-kt yng merayu.
Demikianlh pernyataan tokoh itu dapt dinyatakan oleh penulis mungkin dari jiwa tokoh-tokohnya ,mimik mukanya,gerak lakunya ,cara fikirnya,ucpan perkataanny dan sebagainya.
     Walaupun pernyataan tokoh ini hanyalh merupakan tmbahan shaja dlm gerk lakunya namun pernyataan ini dapt memperkuatkan kewajaran dalam cerita.
     Pernyatan tokoh dapt menjelaskn perubahn fikiran terutama fikiran tokoh utama. Misalnya seseorang pemuda  sudah berjanji akan mencintai kekasihnya seumur hidup. Kemudian pada msa yang lain gadis itu datang kepadanya dan meminta dia mengahwininya tetpi dia menolak.
      Di sini kita lihat ada suatu ketidak tetapan tokoh utama. Penulis hrus dpat menjelaskn ini dengan pertanyaan tokoh tadi dengan wajar, apa sebab lelaki itu menolak untuk berkhawin dengn perempuan tersebut. Alasannya ialah kerana perempuan itu telah berkhawin dengan lelaki lain kemudian baru datang kepadanya.


3.14 HURAIAN SEKILAS


       Pada bahagian-bahagian tertentu dalam cerita , penulis perlu mengemukakan huraian sekilas. Hal ini perlu kerana cerita lebih terarah dan lebih memberikan peransang kepada membaca. Lagi pula huraian sekilas terasa lebih berisi daripada menghuraikn sesuatu dengan panjang lebar.
     Untuk menghuriakan dan menerangkan seorang pelarian yang terdampar di pantai haruslah dimulai sejak ia berada diperahunya di tengah lautan sana. Oleh kerana ombak yang besr perahunya terbalik. Setelh perahu terbalik ia mencuba mendapatkan kembali perahu itu. Untuk menceritkan ini semua sampai pelarian itu terdampr di pntai memerlukan beberapa halaman kertas. Namun dengan beberapa ayat sahaja ,dengan cara huraian sekilas peristiwa itu dapat digambarkan dengan lebih menarik.
Contoh :
           Bibirnya kelihatan putih dan pecah-pecah. Pakaiannya sudah koyak-rabak.
Badannya masih terlungkup di pasir yang ditimpa oleh panas terik. Nafasnya kelihatan satu-satu, hanya itu yang menandakan dia masih hidup.
            Tidak jauh dari tempatnya tertelungkup itu terlihat pula pecahan-pecahan papan yang tidak tentu wujudnya lagi.



3.15 PENGULANGAN


Suatu kejadian mungkin berlaku secara berurutan dan lama sekali. Pertentangan yng lama sekali harus dihindarkan agaar pembaca mempunyai sedikit masa untuk berfikir. Kejadian yang menengangkan ini dapat dibuat berpindah-pindah dalam cerita dengn cara kejadian itu langsung pada masalah utama, kejadian itu tidak langsung pada masalh utama dan kejadian itu dituliskan dengan cara alur balik atau imbaskembali.
       Kadang-kadang peristiwa yng sama muncul lagi dalam cerit itu. Kejadian yang berulang ini harus dijaga dengan hati-hati. Haruslah pengulangan itu benar-benar mengandungi beberapa kegunaan atau manfaatnya atau fungsinya. Sekiranya kejadian itu tidak berfungsi sebaiknya dihindarkan sahaja , kerana hal seperti ini boleh membuat penbaca merasa tidak tertarik akan cerita itu .
         Pengulangan boleh membuat kejadian menjadi lebih tegang bila kehadirannya betul-betul tepat dan dapt menjadi keanekaragaman daalam cerita. Oleh sebab itu pengulangan memang penting ,hanya pada masa bilakah pengulangan itu diceritakan kembali itulah yang perlu berhati-hati .


3.16 KEYAKINAN


Cerita apa pun yang akan dikemukan oleh penulis haruslah tetap berpegang kepada tema cerita yang wajar. Tema cerita janganlah hendaknya yang bukan-bukan dan yang mustahil sama sekali .
    Baik penulis mahupun pembaca dapat dipastikan mempunyai keyakinan masing-masing. Kalau penulis mampu memberikan keyakinan kepada pembaca terhadap cerita yang kit sajikn di merasa bahawa kisah itu mungkin pernah terjadi atau kisah itu suatu masa nanti mungkin akn menjadi kenyataan .
    Kisah – kisah atau cerita rekaan ilmu pengetahuan tentang kehidupan di angkasa walaupun ceritnya berlebihan tetapi penulis ceritanya membuat pati cerita yang wajar dan berhaasil memberikan keyakinan kepada penikmat sehingga timbul dalam fikiran kita “mungkin satu masa kejadin seperti itu akan menjadi kenyataan “. Misalnya beberapa puluh tahun dahulu tentang pendaratan manusia di buln, akhirnya pada abad Apollo ini cerita ilmu pengetahuan yang pada mulanya hanya rekaan , kini sudah menjadi kenyataan .

3.17 KESATUAN

Kita lihat betapa banyaknya unsur- unsur yang menjadi asas sebuh cerita rekan. Unsur- unsur ini bukanlah berdiri sendiri dan terpisah-pisah , melainkan kesemuanya itu merupakan suatu kesatuan yang bulat dari permulaan cerita , pertengahan cerita hingga ke akhir cerita .
    Suatu cerita walaupun dalam cerita itu ada hal-hal lain yang diceritakan tetapi pemusatan cerita tetaplah kepada tokoh utama. Jangan terlampau dipusatkan pada tokoh yang lain. Tokoh yang lain hanyalah merupakan tambhn yang memperkuat kedudukan tokoh utama tadi.
    Rasa kesatuan ini mengandungi suatu makna keseluruhan dan yang menjadi inti cerit itu adalah tema cerita .
    Setelah cerita itu selesai dibaca, atau didengar dari radio, ataau dilihat melalui pementasan teater ataupun selesai melihat sebuah pertunjukkan filem , penikmat itu mengatakan :”Oh tema ceritanya adalah ini…” itu adalah pendapat penikmat tadi. Pendapatnya mungkin sama atau munglin berbeza dengan penikmat lain.


3.18 KEWAJARAN


Kewajaran seperti yang sudah beberapa kali dijelaskan merupkan suatu pemindahan kehidupan pelaku dan situasi tempat yang sebenarnya ke dalam cerita. Oleh sebab itu kewajaran dalam cerita bertitik pangkal kepada:
1        Jenis pelaku yang berpernan dalam cerita itu .
2        Jenis situasi tempat pelaku sedang berksi.
         Berhasilnya seorang penulis dalam merakamkan daya fikirannya ke dalam bentuk cerita tergantung kepada kepandaiannya memadu segala unsur-unsur itu secara wajar menjadi suatu kesatuan yang hidup dan segar, bukan terasa sebagai sesuatu yang dibuat-buat serta dipaksa-paksa.


3.19 PENAMBAHAN PENGALAMAN


Sebuah cerita haruslah berguna bgi pembaca. Sebuah kejadian  tidak mungkin dialami oleh semua orang. Tetapi dengan menikmati cerita rekaan ia merasakan juga pengalaman pelaku dalan cerita itu. Ini bererti menambah pengalamannya sendiri. Apabila seseorang pembaca merasa bahawa dengan merasa bahaw dengan membaca cerita penulis  ia merasakan pengalamannya bertambah , mahu tidak mahu dia akan terikat batin dengan penulis itu.
     Jalan agar penbaca merasa terikat batin dengan seseorang penulis adalah bahawa ia merasa simpati dengan tokoh-tokoh dalam cerita itu. Kalau tokoh dalam cerita itu mati, dia turut merasa sedih dan bahkan menitiskan air mata atau kalau tokoh dalam cerita itu berjaya si pembaca merasa bahawa dia turut menang dan berjaya.


3.20 JARAK ANTARA PENIKMAT DENGN HASIL KARYA


       Sebenarnya tanpa disedari ada jarak anatara penikmat dengan sesuatu hasil karya. Sesebuh teater, sandiwara radio, drama televisyen ataupun filem terasa dekat kepada penikmatnya bila cerita yang dinikmatinya itu pernah terjadi atau seolah-olah terjadi dalam kehidupannya. Demikian juga terhadap cerita berbentuk tulisan. Sebuah cerita pendek atau novel akn terasaa jarak itu dekat dengan kehidupan pembaca bila cerita itu memang sesuai dengan alam jiwanya.
   Tetapi seseorng penulis tidaklh dapat menyelami semua apa yang dialami oleh orang lain. Oleh sebab itu penulis berusaha mendekatkan jarak ini dengan cara penceritaan.
    Cara penceritaan dengan memaki aku atau saya sebagai tokoh utama akan berlainan jaraknya kepada pembaca bila tokoh utama digantikan dengan dia.
Contoh :
     Aku memang sangat mencintai Normah. Bagiku Normah adalah segalanya. Namun aku juga mencintai ibuku. Tak mungkin aku berpisah dengan ibu yang telah mengandungkanku selama sembilan bulan dan mendidik serta membesarkanku hingga aku menjadi dewasa.
Contoh:
    Dia memang sangat mencintai Normah. Baginya Normah adalah segala- segalanya dalam hidup ini. Namun ia pun mencintai ibunya. Tak mungkin dia berpisah dengan orang tua yang telah mengandungnya sembilan bulan dan mendidik serta membesarkannya hingga dia menjadi dewasa.
Dari kedua cara penceritan di atas nyatalah bagi kita bahawa dengan memakai orang pertama sebagai tokoh cerita lebih dekat kepada pembaca bila dibndingkan dengan memakai orang ketiga.
    Cara yang masih jarang dipakai oleh pengarang adalah penceritaan dengan memakai orang pertama atau aku sebagai tokoh utama perempuan  atau wirawati atau heroin dan pada buku yang sama dipakai pula orang pertama atau aku sebagai tokoh utama lelaki atau wira atau heronya.
    Cerita seperti ini terdiri dri dua bahagian. Bahagian pertama yang bertindak sebagai aku adalah wirawati (heroin)dan pada bahagian kedua yang bertindak sebagai aku adalah wiranya (hero)ataupun sebaliknya.
   Pada bahagian pertama yang di atas lelaki sebagai tokoh utama dan dia menceritakan bagaimana jalan fikirannya terhadap perempuan yang menjadi kekasihnya. Pada bahagian kedua yang menjadi tokoh utamanya adalah perempuan. Pada bahagian ini perasan perempuanlah yang membawa peranan. Kedua cerita ini adalah satu adanya. Jalan ceritanya pun sama. Apa yang terjadi pada bahagian pertama itu jugalah yang terjadi pada bahagian kedua. Tetapi tentu sahaja apa yang dirasakan , apa yang dialami , apa yang difikirkan oleh tokoh utama lelaki tidak sama dengan tokoh utama perempuan. Di sinilah perbezaannya. Dengan cara penceritaan seperti ini kedua jalan fikiran tokoh utama itu jelas diketahui.
   Dengan pengolahan yang baik cerita ini cukup menarik hati pembaca. Seorang pembaca lelaki umumnya lebih simpati kepada tokoh utama lelaki sedangkan pembaca perempuan umumnya lebih simpati kepada tokoh utama perempuan. Dengan cara penceritaan seperti ini kedua keinginan tersebut dapat dipenuhi sekaligus.
    Mengapa penulis membuat seperti itu? Tiada lain adalah agar jarak antara pembaca dan penulis lebih rapat, baik ia pembaca lelaki mahupun perempuan.
    Bukan tidak mungkin nanti suatu kali ada penceritaan yang memakai tiga cara penceritaan dalam satu buku. Bahagian pertama yang menjadi tokoh utamanya adalah perempuan. Pada bahagian kedua yang menjadi tokoh utamanya adalah lelaki. Ini bererti bahawa penulis melibatkan dirinya sebagai tokoh utama baik sebagai wira mahupun wirawati. Pada bahagian ketiga tokoh utama berperanan sebagai orang ketiga.  Ini bererti tokoh utama lelaki dan perempuan bertindak sebagai dia atau mereka sedangkan penulis tidak menyatukan diri pada tokoh utama. Penulis berperanan sebagai orang luar yang mengetahui dengan jelas jalan fikiran wira dan wirwatinya. Ertinya sebuah buku ditulis dengan tiga cara penceritaan pada cerita yang sama tetapi dengan tiga jalan fikiran yang berbeza. Hal ini boleh menjadi menarik .
     Baik cerita yang memakai dua cara penceritaan ataupun tiga cara penceritaan belum popular di negara kita. Walau bagaimanapun cara-cara itu bolehlah digunakan sebagai bahan untuk bereksperimen atau bahan percubaan.


3.21 GAYA BAHASA


Setiap penulis memiliki watak,peribadi, pertimbangan fikiran dan gaya bahasa tersendiri. Oleh sebab itu sebenarnya setiap penulis memiliki gaya bahasa tersendiri. Tetapi ada kalanya kerana penulis itu kurang mendalami ilmu penulisan,ia merasa lebih gagah bila meniru gaya penulis pujaannya. Ia tidak menyedari bahawa dalam dirinya sendiri ada gaya bahasa miliknya sendiri yang tidak sama dengan orang lain. Yang perlu baginya ialah bagaimana ia mempergunakan dan memahirkan gaya bahasany itu supaya terlihat  ada perbezaan dengan orang lain.
Mungkin sahaja bagi yang baru menulis , gaya bahasa ini belum dirasakannya , tetapi lama-kelamaan dia akan merasa bahawa gaya bahasa seperti inilah yang sesuai dengan jiwanya. Ini bererti bahawa dia telah memiliki gaya bahasa yang tersendiri.
     Gaya bahasa merupan ciri  khas setiap pengarang. Apabila kita menjadi seorang pembaca cerita pendek atau novel dan menyenangi seorang penulis, kita akan mengenal gaya bahasanya. Lantas suatu kali kita tidak melihat nama penulisnya, tetapi kita akan tahu siapa penulis cerita tersebut.
   Seperti juga halnya dengan unsur-unsur cerita rekaan yang lain maka gaya bahasa pun haruslah wajar , sederhana , mengambil perbandingan yang tepat dan memiliki disiplin bahasa.
    Salah satu perbezaan sama ada cerita itu bernilai sastera atau tidak adalah gaya bahasanya. Gaya baahasa sastera sederhana dan wajar. Tetapi memang perlu juga disedari bahawa tidak ada penulis lansung dilahirkan menjdi sasterawan. Bagaimanapun dia bermula dari tangga bawah dahulu,sebagai penulis biasa dahulu. Kesungguhan,ketekunan,dan kebijakan seseoranglh yang kemudian menjadikan ia menjadi terkenal sebgai penulis. Oleh sebab itu berbahagialah mereka yang memilih kerjayanya dalam bidang penulisan,kerana penulis tidak kenal bats umur. Semakin tua atau semakin dewasa seseorang penulis,semakin berkembang hsil karyanya dengan syarat bahawa dia terus kreatif dan terus menambah ilmunya dalam bidang itu.

    Pada garis besarnya gaya bahasa itu dapat dibezakan berdasarkan:
1        Gaya bahasa perbandingan
2        Gaya bahasa sindiran
3        Gaya bahasa penegasan
4        Gay bahasa pertentangan






1. GAYA BAHASA PERBANDINGAN



1.1  Metafora
Bentuk perbandingan bila sesuatu benda dibandingkan dengan benda lain yang mempunyai sifat yang sama dengnnya. Tetapi perbandingan ini tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti , umpama dan sebagainya.
Contoh;
   Raja siang telah memancarkan semua tenaganya ke bumi. Para petani telah turun dari rumahnya menuju kebendang yang menunggu untuk ditanam.
1.2  Personafikasi
Memberikan sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda yang tidak dapat bergerak dengan sendirinya. Benda-benda ini diumpamakan seperti benda bernyawaa yang dapat bergerak sendiri.
Contoh:
   Bulan tersenyum melihat tingkah kedua remaja yang sedang dimabuk rindu itu.
1.3  Asosiasi
Bila gambaran tentang hal yang disebutkan itu menjadi jelas dengan memberikan perbndingan kepada sesuatu benda lain dan menimbulkan jalan fikiran yang baru.
Contoh:
   Perempuan muda itu datang mendekatiku. Mukanya pucat bagai bulan kesiangan. Pasti telah jadi sesuatu perkara di atas dirinya.
1.4  Alegori
Bila gambaran itu merupakan suatu perbandingan yang berhubungan dengan yang lain dan membentuk satu kesatuan yang tak terpisah .
   Dalam contoh dibawah gambaran hidup baagaikan pelayaran,hidup dibandingkan dengan bahtera sehingga ditemukan kata-kata:lautan, gelombang, badai ,nakhoda, jurumudi dan pulau. Semua ini berhubungan antara satu sama lain.
Contoh:
   Sebelum kami meninggalkan rumah, aku dan isteriku dinasihati oleh ayah.
“hati-hatilah nak menjalankan kemudi bahteramu. Lautan hidup ini penuh gelombang , badai dan taufan. Tetapi selama engkau anakku, sebagai kepala rumah tangga menjadi seorang nakhoda yang baik dan engkau menantuku sebagai seorang jurumudi yang setia, antara kalian seia sekata dan jujur untuk melayarkan baahteramu ini , nescaya kalian akan sampai ke pulau bahgia seperti yang diidamkan oleh semua pasangan rumahtangga .
1.5  Parabel
Bila dalam seluruh karangan tersimpul pedoman hidup , falsafah hidup dn tunjuk ajar yang baik dalam cerita itu.
1.6  Simbolik
Bila bahasa karangan itu ada kiasan yang melukiskan sesuatu dengan mempergunakan benda-benda lain sebagai simbol atau perlambangan.
Contoh:
   Setelah kuketahui bahawa ayahnya seorang lintah darat , aku pun berusaha untuk menjauhkan diri daripadanya. Aku tidak mahu memasuki keluarga yang seperti itu. Aku takut , setidak-tidaknya perangai ayahnya itu akan turun juga kepadanya .

1.7  Tropen
Bila dalam karangan itu memakai bahasa kiasan yang mempergunakan kata-kata yang tepat dan sejajar ertinya dengan pengertian yang dimaksudkan.
Contoh:
    Sesudah Fadzil meninggalkannya, Siti selalu hanyut dibawa perasaannya.
1.8  Metonimia
Bila sepatah kata atau nama mempunyai pengertian lain dengan suatu benda dipakai untuk menggantikan benda yang dimaksudkan .
Contoh:
Honda civic putih susu itu membawa mereka menghirup udara pergunungan yang sejuk tapi menyegarkan. Mereka memilih Genting Highland kerana lebih dekat dari Kuala Lumpur.
1.9  Litotes
Bila dalam karangan itu mempergunakan kata yang berlawanan ertinya dengan yang dimaksudkan dengan tujuan merendah diri.
Contoh:
   Sebelum kami berpisah, Izan sempat mengatakan kepadaku,”Bila ada masa silalah berkunjung ke gubuk kami.”
1.10          Synecdoche
Gaya bahasa ini terbahagi kepada dua:
A.    “Pars Pro Toto”: Bila yang disebutkn sebhagian dari suatu benda tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh disebut Pars Pro Toto.
Contoh:
    Dari pagi menunggu , tapi sampai sekarang belum muncul juga batang hidungnya.
B . “Totern Pro Parte”: Bila yang disebut adalah keseluruhannya tetapi yang di maaksudkan sebahagian sahaja di sebut Totern Pro Prte, tau kebalikan dari yang di atas .
Contoh:
     Perlawanan bola sepak itu berakhir dengan kemenangan Selangor.
1.11          Hiperbolisme
Bila sepatah kata digantikan dengn kata lain yang memberikan pengertian yang lebih dari kata yang diganti .
Contoh:
   Salah satu sifatnya yang kurang kusenangi adalah cita-citanya yang terlampau melangit. Aku lebih meyenangi pemuda yang sederhana tetapi mahu mengerjakan apa yang sanggup dikerjakannya.
1.12          Eufimisme
Bila sepatah kata diganti dengan kata lain dengan maksud supaya didengar lebih sopan.
Contoh :
   Ibu bapanya yang sudah bersusah – payah menyekolahkannya tetapi kerana ia kurang pandai hasilnya tetap nol saja.
1.13          Allusio
Bila menyampaikan kata itu memakai peribahasa , ungkapan atau pantun.
Contoh:
   Aku tidak tahu jalan mana yang harus kupilih. Keadaanku sekarang ini seperti makan buah si malakama. Kalau dimakan mati ibu,kalau tidak dimakan mati ayah.

1.14          Antonomasia
Bila seseorang itu namanya dipanggil sesuai dengan sifat atau keaadaan tubuh badannya.
Contoh:
    Kami sangat menyenangi si Gemuk. Dia seorang yang bijak dn pandai berkelakar. Kalau di datang , rumah ini penuh dengan gelak ketawa.
1.15          Prifrase
Bila septah kata diganti dengan serangkaian kata yang lebih panjang tetapi mengndungi erti yang sama .
Contoh:
Kami meninggalkan kampung itu seketika sang suria muncul dari peraduannya.


2        GAYA BAHASA SINDIRAN



2.1  Ironi
Bil yang disampaikan itu merupakan kebalikan dari  apa yang dimaksudkan.
Contoh :
   Hanum memang pandai memperli dan pagi ini aku tidak lepas dari intaiannya. Baru saja aku masuk langsung disambutnya dengan ucapan : Siti , hampir saja engkau kesiangan,”pada hal sekarang jam telah menunjukkan pukul sembilan.
2.2  Sinisme
Bila yang dimaksudkan itu seperti ironi tetapi lebih kasar sedikit.
Contoh:
    Harum benar badanmu ya?”kata ayah kepada kami yang belum mandi.
2.3  Sarkarme
Bila yang dimaksudkannya  itu  untuk memaki seseorang kerana marahnya.
Contoh:
    Sudah muka seperti tembok , kelakuan pun seperti anjing , siapa yang mahu berkawan dengannya.


3        GAYA BAHASA PENEGASAN



3.1  Pleonasme
Bila kata yang berikutnya bermaksud menegaskan kata sebelumnya.
Contoh:
    “Bagaimana aku tidak cemburu kepada Abang Zain , di depan mata kepalaku sendiri I mencium gadis itu,”kata Kak Timah dengan geramnya.
3.2  Repetisi (pengulangan)
Bila rangkaian katanya  diulang beberapa kali untuk menengaskan ertinya.
Contoh:
   Kau terlalu terpikat oleh kecantikannya. Kau terlalu terpikat oleh kekayaannya. Kau terlalu terpikat oleh budi bicaranya. Padahal itu hanya tipu belaka.
3.3  Paralelisme
Pengulangan kta dalam puisi disebut paralelisme. Bila kata itu diulang di awal disebut anaphora.
Contoh:
     Katakan sayang kalau kau mahu.
     Katakan ya kalau kau setuju.
     Jangan sampai kasih bersemin di dalam hati.
Bila kata itu diulang di akhir disebut epifora.
Contoh:
    Biru di langit , kasihku
     Hijau dilembah , ksihku
     Adalah warna kasih yang membelenggu.
3.4  Tautologi
Tautology dengan repetisi (perulangan )hampir sama, perbezaannya adalah tautology yang diulangnya adalah kata, bukan rangkai kata. Maksudnya juga untuk menegaskan.
Contoh:
    Sudah berbulan-bulan aku menanti, menanti dan menanti namun dia tak kunjung tiba jua.
3.5  Klimaks
Bila yang dikatakan itu adalah hal yang semakin menaik berturut-turut.
Contoh:
   Sudah kukatakan berpuluh , beratus bahkan beribu kali bahawa aku mencintaimu. Apa lagi?
3.6  Anti klimaks
Bila yang dikatakan itu semakin menurun berturut-turut.
Contoh:
   Orang-orang tu,dewasa,muda,anak-anak hinggakan yang msih bayi pun hadir dalam perayaan Hari Kebangsaan itu.
3.7  Inversi
Bila sifat benda itu lebih ditonjolkan dari bendanya sendiri.
Contoh:
   Merah sungguh warna mukanya mendengar keputusan perempuan itu.
3.8  Ellipsi
Bila kata kerja sudah cukup untuk mewakili yang dimaksudkan.
Contoh:
“pergilah .”
3.9  Retoris
Bila kata yang disampaikan itu berupa ayat Tanya yang tidak menghendaki jawapan.
Contoh:
   “ Jadi kau anggap aku penjual cinta. Begitu?”gadis itu marah sambil menangis.
3.10          Koreksio
Bila kata yng diucapkan itu salah dan diperbaiki kembali.
Contoh:
   “ Namaku Hafsah , eh Hassan. Dia Hafsah kawanku dulu ketika di tingkatan lima.”
3.11          Asindeton
Bila beberapa kata benda disebut berturut-turut dan hanya dipisahkan oleh tanda koma.
Contoh:
   Sepatu, celana, baju, tali leher dan cermin mata ini adalah hadiah dari abangku.
3.12          Polisindeton
Bila rangkain kata itu mempergunakan kata penghubung.
Contoh:
   Setelah keluar dari pejabt , maka dia berkemas-kemas ke pejabat pos, kerana di sana ada orang yang menunggunya, lagi pula mereka telah berjanji untuk menonton wayang.
3.13          Interupsi
Bila ayat itu disisipi dengan kata lain dengan maksud untuk menegaskan.
Contoh:
   Akhirnya lelki itu – kekasihnya – direbut oleh seorang janda .
3.14          Ekslamasi
Bila ayat itu memakai kata seru dengan maksud untuk menegaskannya.
Contoh:
   Wah!aku tak sangka kau akan datang .
3.15          Enumerasia
Bila beberapa peristiwa dilukiskan dengan jelas dan membentuk satu kesatuan.
Contoh:
    Cahaya suria pagi telah mula menembusi celah-celah khemah yang didirikan tidak jauh dari tepi pantai itu. Bunyi ombak berdesau. Bibir laut merangkak perlahan-lahan meninggalkan batas pasang.
3.16          Pretarito
Bila ayat yang disampaikan masih merupakan suatu rahsia dan hanya pembaca sahaja yang akan menjawabnya.
Contoh:
   Telah lima tahun kami membina dan memupuk cinta kasih yang murni. Dan tadi, bru saja dikatakannya bahawa dia harus mengahwini sepupunya. Bagaimana hancurnya hatiku apabila mendengarkan berita itu, tak sanggup lagi aku menceritakannya.


4. GAYA BAHASA PERTENTANGAN



3.17          Paradoks
Bila dalm yat ini seolah-olah ada pertentangan , tetapi bila difikirkan secara mendalam ternyata tidak.
Contoh:
   Walaupun ia seorang yang miskin tetapi aku menganggap dia seorang yang kaya.
3.18          Antitese
Bila terdapat paduan kata yang saling bertentangan.
Contoh:
   Lelaki perempuan, tua , muda , kecil besarhadir dipertunjukkan pentas itu.
3.19          Okupasi
Bila ayat itu mengandungi bantahan tetapi kemudian memberikan penyelesaian sendiri.
Contoh:
   Kalau ku pernah mencubanya , maka ku akan ketagihan. Hidupmu akan rosak binasa, kerana perempuan pelacur itu dihinggapi penyakit yang berbahaya.
3.20          Kontradiksio-internimis
Bila apa yang dikatakan pada awalnya disangkal pula.
Contoh:
   Semua undangan sudah hadir,kecuali seorang. Padahal kepadanya pun ada kad undangan itu disampaikan. Mungkinkah dia datang?
3.21          Anchronisme
Bila dalam huraian itu ada sesuatu keterangan yang tidak sesuai dengan fakta sejarah.
Contoh:
   Si Kundan yang baru saja keluar dari pertapannya di bukit kapur menghisap rokoknya dalam-dalam.
   Demikianlah beberapa istilah gaya bahasa dengan contoh yang sederhana. Gaya bahasa ini perlu diperkenalkan dan diketahui oleh penulis agar ia mengetahui istilah-istilah yang dipakai oleh pengkritik bila karyanya dibicarakan oleh para ahli. Keperluan lain pula agar dia sedar bahawa bahasanya banyak terpengaruh oleh gaya bahasa ekslamasi misalnya.
    Ini bukan bererti bhawa penulis harus menulis dengan setepat-tepatnya dengan gaya bahasa yang ada itu, tidak. Penulis tanpa memaksakan dirinya memakai bahasa yang enak baginya dan pengkritiklah yang akan menentukan kemudiannya.
   Di samping gaya bahasa , perlu juga diketahui beberapa istilah yang sering diperkatkan dalam bidang penulisan. Beberapa istilah di antarany adalah :
1        Epigon (EPIGONE): Bila penulis berusaha meniru-niru gaya penulis lain. Soal terpengaruh dalam dunia penulisan memang tidak dapat dihindarkan atau sangat susah sekali. Tetapi harus ditekankan bhawa seorang penulis tidk mencuba-cuba untuk meniru gya penulis lain, walaupun penulis itu sangat dikaguminya .
         Penulis yang tidk menyedari hal ini kan diberi gelaran sebagai penulis epigon .
2        Plagiator:  Bila seorang penulis menyalin ,menterjemahkan,menyadur karangan orang lain tanpa menuliskan sumber yang diambilnya dan mengatakan itu adalah hasil karya ciptaannya semata, maka ia akan diberi gelaran plagiator.
               Kepada penulis muda hal ini memang diperingatkan sekali supaya berlku jujur sejak semula. Jangan kepunyaan orang lain diakui sebagai kepunyaan sendiri .
3        Gubahan : Sebenarnya dalam dunia penulisan tidak sama erti ciptaan dengan gubahan. Kalau ciptaan semuanya benar-benar diciptakan ,sedang gubahan iaitu menyusun sesuatu yang sudah ada dasarnya.
4        Terjemahan:Bila suatu karangan dialihbahasakan ke bahasa lain dengan tidak mengadakan perubahan dinamakan terjemahan.
5        Saduran:Bila terjemahan itu bebas, ertinya tidak persis sama dengan yang aslinya. Pada saduran boleh ditambah dan dikurangkan , tetapi inti atau tema cerita tetap tidak berubah.
6        Kutipan: Bila sebahagian atau beberapa bahagian dari tulisan orang lain di tulis kembali sesuai dengan bunyi aslinya atau sudah diterjemahkan ke dalam karangan kita disebut kutipan.
7        Bahasa klise: Suatu ucapan , ungkapan, peribahasa atau perbandingan  yang sudah terlampau sering sekali digunakan, sudah membosankan tetapi tetap juga dipakai, disebut bahasa klise.
          Bahasa klise ini sedapatnya harus dihindarkan kerana tidak ada lagi daya tarikannya, tidak lagi mengetarkan jiwa, tidak lagi mengharukan dan tiada laagi daya estetiknya .
8        Sentimental: Iaitu karangan yang terlampau hanyut dibawa oleh perasaan sedih .
9        Bombastis: Iaitu karngn yang suka memakai kata-kata yang hebat , kelihatan sombong dan kurang memperdulikan sekelilingnya.
10    Humoris: Iaitu karangan yang mengandungi kelucuan. Kerana lucunya orang yang membaca boleh ketawa sendirian.
         Tidak semua penulis boleh menulis cerita secara humor. Humoris di sini maksudny bukanlah memancing pembaca untuk ketawa dengan menunjukan kata-kt yang lucah. Dengan kepandaian penulis mempermainkan kata dan memilih hal-hal yng istimewa kejadian itu dapat menjadi lucu yang menyegarkan dan kelucuan yang wajar.
   Adalah sangat ideal sekali bila penulis itu memiliki rasa humor ini, walau tidak banyak, sehinggaa sekali – sekala pembaca dapat merasa segar dan gembira. Bagaimanapun cerita yang humoris dan tidak menyelitkan unsur  lucah sangat digemari oleh pembca muda mahupun tua di mana sahaja.
































                                Bab 4: Penulisan Cerita Pendek





        Apa yang telah dijelaskan dalam unsur  - unsur cerita rekaan sudah merupakan alat yang cukup lengkap untuk membuat cerita rekaan berbentuk novel atau cerita pendek. Berikut ini merupakan penjelasan , pengertian tentang apa sebenarnya cerita pendek itu .
    Cerita rekan yang paling banyak digemari oleh penulis mahupun pembaca adalah cerita pendek. Bagi penulis membuat cerita pendek tidak sesulit atau sesusah membuat cerita rekaan yang lain. Masa penulisannya yang tidak terlalu lama dan media penerbitannya yang luas, misalnya:suratkhabar, majalah atau siran radio.
   Bagi pembaca pula , membaca cerita pendek akan dapat mengisi masa lapangnya yng singkat atau dapat membebaskan  emosinya yang tersekat. Lagi pula untuk mendapatkan cerita pendek tidak sukar dan tidak memerlukan biaya yang besar. Dengan membeli suratkhabar atau sebuah majalah seseorang itu dapat menikmati cerita pendek.
   Bentuk cerita pendek sederhana dan menceritakan sesuatu yang tidak susah untuk difikirkan. Hasil dari cerita pendek merupakan kesan yang satu dan kesan itu hidup. Sebuah cerita pendek merupakan penyajian suatu keadaan yang memberikan kesan yang tunggal pada jiwa pembacany.
   Cerita pendek merupakan cerita yang singkat tetapi lengkap atau mempunyai suatu kebulatan idea. Idea ini merupakan daya fikiran penulis tentang kehidupan, baik secra langsung mahupun tidak langsung. Cerita pendek ,kerana ia harus menimbulkan kesan, maka pertama ia harus menarik perasaan dan baru kemudian menarik fikiran. Cerita pendek di dalamnya terdapat hal yang penting dan suatu kejadian akan menguasai jalan cerita.
   Sebuah cerita pendek mempunyai seorang pelakon atau pelaku utama dan tidak terlalu banyk pelaku tambahan.
   Di sini tidak akan diberikan batasan jumlah kata atau berapa helai kertas taipkah cerita pendek itu. Melainkan penulis harus menetapkan dulu ke manakah ceritanya itu akan dikirimkan , kemajalahkah atau ke suratkhabar. Baik majalah mahupun suratkhabar sebuah cerita pendek tidak sama panjangnya. Lihatlah ruangan yang tersedia  dlam majalah atau suratkhabar itu. Kadang-kadang ada majalah yang menentukan panjang pendek  atau jumlah kata sebuah cerita pendek. Ikutilah petunjuk dari sana. Atau kalau mungkin tanyalah melalui surat .
   Suatu hal yang sangat diabaikan oleh penulis-penulis baru adalah mengenai bentuk penulisan cerita pendek. Cerita pendek haruslah ditaip pada kertas yang bersih , kalau dapat berwarna putih. Jarak setiap bris harus renggang (double spacing). Gunanya adalh agar penyunting dapat memberikan keterangan atau perubahan pada cerita yang dianggap kurang tepat sama ada dari segi ejaan mahupun ayat yang tertulis.
    Setip perenggan harus dimulai setelah dijarakkan kira-kira lapan huruf dari batas sebelah kiri. Bila berpindah ke perenggan baru, jaraknya harus direnggangkan lebih dari jarak setiap baris.
   Batas taip sebelah atas kosongkan 4 sentimeter dari pinggir kertas , 4 sentimeter di kiri, 3 sentimeter di bawah dan 3 sentimeter di sebelah kanan. Batas kiri dan kanan yang ditaip kelihatan lurus  ke bawah dan teratur.
   Untuk nombor muka surat ada yang menulisnya di bahagian kanan atas dan ada pula yang membuatny di bhagian tengah bawh. Ini terpulanglah kepada penulis
, mana bentuk yang paling indah menurut pandngan dn persaannya.
   Keindahan bukan sahaja diperlukn dari isi cerita pendek tersebut, tetapi penulisannya pun harus indah , kerana seorang penulis harus sedar bahawa tulisannya itu akan disemak oleh penyunting. Kalau bentuk cerita pendek itu kacu-bilau dan kotor, mungkin isinya baik tapi tidak sempat disemak lagi. disimpan sahgaja di tempat lain.
   Bagi penulis yang belum pasti tulisannya itu akan disiarkaan perlulah membuat salinannya. Salinan ini berguna sebagai bahan pertimbangan bagaimana hasilnya yang pertama ,kedua dan seterusnya. Dari salinan ini seseorang penulis mengetahui sudah sejauh manakah kemampuannya dalam menulis cerita pendek.
   Seorang penulis tidak mempunyai istilah putus asa. Sekiranya saat ini cerita pendeknya tidak disiarkan dia tidak akan berhenti mengarang. Ia akan terus mengarang dan mengarang hingga karyaa ciptaannya itu disiarkan. Mungkin karangan yang kesepuluh , kedua puluh atau yang ketiga puluh , tidak menjadi soal. Kerana bertambah banyak seseorang menulis semakin bik hsil tulisannya, sekiranya di samping menulis itu dia terus menambah pengetahuannya di bidang itu.
   Perlu juga diberitahukan kepada penulis baru bahawa cerita pendek itu haruslah dikirimkan ke tempat yang sesuai dengannya. Sebuah majalah agama tidak mungkin dikirimkan cerita pendek hiburn, ini tentu tidak sesuai dengan kehendak majalah tersebut. Kesesuaian cerita pendek dengan tempat penyiarannya perlu difikirkan sebelum mengirimkan agar cerita pendek itu jangan seperti melemparkan batu ke lubuk.
   Setelah sampai  di sini anda pun akan mencuba menulis cerita pendek dan setelah disemak beberapa kali baharu mengirimkannya ke majalah atau suratkhabr dan salinan cerita itu sudah ada anda simpan dalam fail yang khas.
















                                          Bab 5: Seni Lakon





      Seni lakon atau teater di sini dimaksudkan adalah suatu bentuk pertunjukkan di atas pentas berdasarkan naskhah cerita yang menceritakan sebahagian kecil dari kehidupan manusia yang diungkapkan melalui lakonan dan percakapan yang artistik.
   Pentas di sini mempunyai erti yang  luas. Mungkin suatu tempat yang terbatas oleh dinding dan ruang tertentu , mungkin sebuah ruangan yang luas yang dibatasi oleh suatu tanda berupa garis dan mungkin juga merupakan lapangan terbuka yang dibatasi oleh penonton.
   Pengertian ini perlu dijelaskan sejak awal kerana perkembangan teater saat ini ada yang  mempertunjukannya di dewan yang khusus, ada yang dibangun terbuka dan ada pula di depan kedai atau di tanah lapang.
   Teater di jalanan mempertunjukkan teater mereka di pinggir jalan atau di depan kedai seperti halnya penjual ubat. Bezanya penjual ubat tidak berdasarkan naskhah cerita dan tidak pula menceritakan kehidupan manusia walaupun ia mengungkapkan maksudnya dengan lakonan dan percakapan .
   Teater moden pula kadang-kdang ada yang mencuba mengadakan pertunjukan di tempat perkelahan seperti halnya pembacaan puisi, perbezaannya ialah bahawa pembacaan puisi berdasarkan ciptaan karya puisi sedangkan teater berdasarkan naskhah cerita. Lakon bererti cerita yang dimainkan , lakonan bererti pula perbuatannya sedangkan pelakon adalah orang yang melakukan perbuatan lakon itu.


3.22          PENULIS LAKON


       Penulis sedar bahawa cerita yang ditulisnya itu untuk pertunjukan teater dan untuk disajikan kepada penonton. Oleh sebb itu segala unsure yang terdapat dalam cerita rekaan tidak boleh diabaikannya,ditambah lagi dengan beberapa ketentuan yang diperlukan  oleh sesuatu naskhah teater .
   Penulis harus dapat membayangkan bagaimana pendengaran dan penglihatan menjadi bersatu dan saling memperkuat , kerana yang menonton teater sudah mempersiapkan dirinya terutama mta dan telinganya untuk mengikuti semua pertunjukan. Lagi pula penulis tidaklah langsung berhubungan dengan penonton. Antara penulis dan penonton ada alat perhubungannya iaitu pelakon.
   Kemungkinan pentas apakah tertutup atau terbuka sudah  diperhitungkan dengan teliti, begitu juga lamanya pertunjukan. Sebelum menuliskan cerita itu, di dalam fikiran penulis sudah tergambar:pelakonnya, perwatakannya, pertentangan, puncak sampai ke penyesalan masalahnya.
   Dalam cerita rekaan kemungkinan untuk menulis ayat yang panjang tidak menjadi persoalan. Tetapi dalam lakon yang semuanya dalan bentuk percakapan itu ayat-ayatnya mengenal koma dan noktah(titik).
Contoh:

   ESTELLE :Bagaimana aku tahu? Jangan begitu, sayang. Aku tidak dapat menyusup ke bawah kulitmu. Kau harus putuskan sendiri.
GARCIN: Aku tidak dapat.
ESTELLE:Cuba lihat. Kau tentu punya alasan untuk berbuat seperti itu.
GARCIN:Memang.
ESTELLE:Nah!
GARCIN:Tapi apakah alasan yang sebenarnya?
ESTELLE:Fikiranmu berbelit. Itu yang menyusahkan kau. Buat apa kau susahkan dirimu dengan soal-soal kecil seperti itu.
                                                                           ( Pintu Tertutup –Sartre)

   Dalam penulisan cerita, penulis harus sudah dapat menanggapi keadaan penonton atau penikmat. Ketika cerita itu dilakonkan penikmat seakan-akan turut merasakan dan mengalami cerita yang diciptakan oleh penulis itu walaupun cerita itu hanyalah penghayatan dan pengalaman penulis sahaja. Untuk itu pengetahuan tentang daya tanggapan dari penikmat perlu dikuasai.
   Seorang penulis yang bijak akan mampu membuat cerita dengan hanya seorang pelakon sahaja. Pertentangan dan ketegangan hanya berlaku pada pelakon itu sendiri, iaitu dengan kata hatinya.
   Penulis harus dapat membayangkan dan kemudian menjelmakan cerita , membayangkan apa yang akan dilakukan oleh pengarah , pelakon, pentas dan semua pekerja teater. Pekerja teater adalah semua mereka yang terlibat dalam menjayakan sesuatu pementasan.
   Seorang penulis harus mempunyai keperibadiannya sendiri dalm tulisannya. Dia tidak perlu meniru-niru pengarang lain, bahkan kepada gurunya sekalipun. Harus disedari bahawa setiap penulis tidak terlepas dari suasana dan situasi lingkungan yang bernilai tersendiri. Adalah suatu anggapan yang sangat bodoh bila seseorang penulis tidak senang melihat penulis yang lain kerana takut disaingi. Dalam bidang penulisan saling memberi dan menerima adalah hal yang sangat terpuji dan perkumpulan penulis memang sangat perlu.


3.23          ILHAM


Ilham seseorang pengarang tidak sama. Secara garis kasarnya dapat dikatakan :
1        Ilham mungkin terjadi kerana fikiran kita menemukan idea yang meransang daya cipta.
2        Ilham timbul  kerana perhatian kita tertuju pada suatu peristiwa baik yang kita saksikan , dengarkan , pernah kita alami atau baharu membaca sesuatu cerita .
3        Ilham datang kerana perhatian kita terpikat kepada seseorang. Daya cipta kita menghidupkannya dan meluahkannya dalam sebuah cerita.
Tentu sahaja cerita itu baharu merupakan suatu gambaran. Gambaran itu perlu mengalami pendalaman dan peyempurnaan dalam fikiran kita sehinggalah cerita itu tersimpul kepada suatu tema cerita.



3.24          TEMA CERITA (INTI CERITA)


Ada beberapa cara penulis dalam menentukan tema ceritannya. Sebahagian ada yang mengambil dari pepatah atau peribahasa yang hidup dalam masyarkat dan ada pula yang mengambil salah satu atau beberapa bahagian dari ayat suci. Ada pula yang memcuba mengarang dan menciptakan sendiri setelah dapat mengadakan rangkuman akan cerita yang akan dikarangnya.
   Tema (pati atau isi )cerita merupakan dasar atau asas gagasan cerita. Seorang penulis sebelum memulai tulisannya itu harus menyakini lebih dahulu kebenaran akan tema ceritanya. Kebenaran yang dimaksudkan di sini adalah kebenaran am, namun dalah kewajipan kita untuk menyakinkan penikmat pada akhir cerita sebagai kebenaran hidup yng mungkin sahaja terjadi di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
      Jadi tema cerita adalah merupakan:
       1.    fikiran dasar yang menentukan cerita.
 2.    Bahan dasar dalam membangunkan sebuah lakon yang kemudian akan           menentukan segi teknik penulisan lakonnya.
         Bukan tidak mungkin bahawa ada juga penulis yng tidak memikirkan terlebih dahulu apakah tema cerita yang akan ditulisnya?
Hal seperti ini adalah termasuk keistimewaan seseorang .
   Sering penulis mendapat kesulitan ketika akan memulai karangannya. Titik tolak ini memang kadang-kadang cukup susah juga. Tema cerita sudah ada, pola(rangka)cerita sudah tersedia dan jalan cerita sampai akhir sudah jelas. Tapi bagaimana pembukaan, awal atau bahagian pertama yang akan dimulai itu pula yang menjadi persoalan .
    Awal cerita dalam teater biasanya merupakan saat yang terpenting dari kehidupan seseorang yang akan kita tampil sebagai pelakon utama dalm lakonan itu. Saat itu merupakan awal dari kehidupan seseorang yang mengakibatkan terjadinya peristiwa dramatik dalam hidupnya. Awal inilah yang merupakan gerak permulaan yang mempunyai makna besar di akhir cerita.


3.25          LAKON


Lakon disusun dalam bentuk dialog atau percakapan. Dalam cerita pendek atau novel , dialog ini juga ada. Tetapi dalam teater dialog harus sederhana dan tidak sulit. Dilog yidak datar , jadi harus mengandungi emosi. Emosi inilah yang membuat lakon menjadi dramatik dan berjiwa. Pembangkit emosi adalah ucapan yang gembira, sedih , ambisi , angkuh , sombong, merendah diri dan sebagainya.
   Lakon ini ada yang ditulis dalam bentuk prosa dan ada pula dalam bentuk puisi. Lakon puisi amnya terdpat pada cerita purbawara atau cerita klasik.
   Lakon terdiri dari satu babak atau lebih. Setiap babak pula terdiri dari beberapa adegan. Babak maksudnya adalah bahagian dari babak. Adegan ini maksudnya agar susunan lakon lebih jelas dan adegan ini berguna untuk memudahkan pengarah dan pelakon dalam latihan dan juga dalam pertunjukan .
   Pada teater realis babak itu gunanya untuk membezakan ruang dan waktu. Pada teater abstrak ruang dan waktu digambarkan secara khayalan atau imaginatif. Misalnya untuk mengambarkan sebuah rumah cukup dibuat dengan hamparan kain sahaja .
    Lakon adalah merupakan:
1        Peniruan tentang kehidupan .
2        Gambaran tentang penghidupan.
Hidup dan kehidupan merupkan garis hidup manusia. Di sana akan kelihatan bagaimana manusia itu mengatasi tentangan-tentangan yang dihadapinya. Sanggupkah ia melawannya atau ia menyerah kalah. Itu terserah bagaimana keingginan penulis. Peristiwa ini harus digambarkan secara dramatik yang membuat lakonan itu menjadi nikmat untuk ditonton.
    Pada hakikatnya pertentangan yang dihadapi manusia itu adalah :
1        Masalah hidup dengan mati.
2        Antara kemahuan dan berserah diri.
3        Antara hak dan kewajipan.
4        Antara diri sendiri dan masyarakat .
5        Antara manusia dan Tuhan.
                   Walaupun tema cerita dikatakan merupakan kebenaran hidup tetapi lakon itu bukanlah kenyataan yang sebenarnya. Tetapi berkat kepandaian penulis dengan kejujurannya, baik dalam pengolahan mahupun dalam pengucapan wataknya atau sikapnya dengan mengemukakan apa dayanya timbullah keyakinan dalam diri penonton bahawa lakon itu sendiri adalah kenyataan hidup yang benar.
   Dalam lakon tidak boleh terlalu banyak penjelasan. Percakapan janganlah berlebihan yang menyebabkanisiny tidak bererti.  Pengulangan kata yang bukan memperkuat kata sebelumnya sebaiknya dihilangkan. Usahakan lakon tidak terlalu jelas. Ciptakan lakon dengan cara yang rapih dan mengesankan.
   Tanda kurung() dalam lakon adalah merupakan petunjuk bagi pengarah mahupun pelakon. Tetapi ada juga penulis yang tidak memberi keterangan apa-apa. Yang ada hanyalah percakapan sahaja. Dalam hal seperti ini penguasaan bahasa si pengarah mahupun si pelakon perlu lebih kuat. Dengan kata yang tersedia pengarah dan pelakon diberi kebebasan untuk menciptakan lakonanya dengan imaginasi masing-masing .
    Percakapan dalam lakon haruslah memenuhi dua syarat .
1 Segi keindahan
    Dalam teater , bahasa yang dipakai adalah ayat-ayat yang singkat dan pendek tapi bermakna. Percakapan dalam lakon tidak sama dengan percakaapn sehari-hari. Suatu ucapan walaupun ia hanya terdiri dari satu kata tetapi harus mempunyai makna yang penuh erti sehingga terasa kuat, menyakinkan, tinggi dan indah.
2 Segi teknik
     Teknik percakapn(dialog/penuturan) tidak panjang lebar. Percakapan adalah pengikat cerita yang ketat sehingga alur (jalan cerita),ketegangan ,pertentangan,puncak dan penyelesaian,dapat diikuti.
   Percakapan harus teratur sehingga pelakon dapat mengucapkannya dengan keras dn jelas sehingga penonton dapat mengikuti dan mengerti apa yang diucapkan.
   Kadang-kadang ada juga peranan pelakon itu sebagai orang bisu. Orng bisu tentu sahaja tidak bercakap,tetapi tanpa bercakap pun di harus dapat menceritakan tentang dirinya. Hal ini dapat diketahui dengan lakonannya yang baik. Atau kadang-kadang pelakon itu tidak bercakap. Dengn lakonanlah semuanyaitu dijelaskannya.
   Seperti sudah dijelaskan pada awal tulisan ini bahawa unsur-unsur cerita rekaan merupakan asas dalam penulisan lakon atau cerita teater. Namun begitu ada juga beberapa kekhususan yang perlu diperdalam tentang apa yang sudah dijelaskan itu. Jadi di sini hanya menerangkan pokok pentingnya sahaja.


3.26          PELAKON

   Bila tema cerita sudah ditemukan dan lakon akan ditulis maka hal yang utama difikirkan adalah pelakonnya. Pelakon merupakan tokoh hidup yang mempunyai watak dan peribadi masing-masing .
  Watak dan peribadi ini yang kemudian kita katakan  perwatakan masing-masing pelakon terlihat dalam:gabungan antara ciri jasmani , kejiwaan dan kehidupan masyarakatnya.

Ciri atau tanda jasmani adalah:
1        Usianya berapa tahun. Apakah anak-anak , remaja, dewasa atau orang tua.
2        Jenis kelaminnya. Apakah ia seorang lelaki, perempun atau pondan.
3        Apakah tubuhnya pendek, sedang atau tinggi,gemuk atau kurus.
4        Apkah wajahnya lembut,kasar, manis, menakutkan dan sebagainya.
Tanda-tanda kejiwaan adalah:
1 Apakah wataknya itu normal.
2 Apakah cara berfikirnya cerdas.
3 Apakah ia seorang yng bodoh.

Tanda-tanda kehidupan masyarakat adalah:
1 Tingkat kehidupannya dalam masyarakat.  Mungkin ia hidup miskin , sedang atau kaya-raya
2 Pekerjaannya, jabatannya atau peranannya dalam masyarakat.
3 Apakah pendidikannya:sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti.
4 Apakah kehidupan peribadinya,seorang yang bebas,taat beragama atau seorang pemimpin.
5 Apakah kepercayaan,agama dan pandangan hidupnya.
6 Apakah seseorang itu aktif dalm organisasi dan kalau aktif sebagai apakah dia, ketua atau anggota biasa.
7 Apakah kewarganegaraannya;keturunannya ,sukunya, bangsanya aatau di mana daerah kelahirannya.
   Seorang pelakon apakah ia pelakon utama,pelakon antagonist atau pelakon tambahan perwatakannya ditentukan oleh  ciri badan , jiwa dan kehidupan masyarakat dalam lakonan itu.
   Seorang pelakon yang baik haruslah kaya akan pengalaman batin dan rohani di samping pengalaman langsung. Dengan demikian pelakon itu harus berjiwa besar,berperasan halus dan memiliki pentafsiran yang tajam terhadap sesuatu sehingga dapat dijelmaknnya kembli dlm bentuk artistic.
            Dalam berlakon seorang itu harus berlakon sesuai dengn kehendak lakonan, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan.
            Pelakon haruslh pandai memberikn tekanan pad lakonannya dengan cara gerakan perlahaan-lahan sehingga memerlukan masa yang agk lambat dan gabungan dari beberapa gerakan secara berturut-turut. Tetapi gerakan apa pun yng kan dipergunakan haruslah diingat bhawa lakonn itu sesuai dengan permintan lakon atau cerita dalam naskhah.
            Pelakon harus dapat menggambarkan sifat-sifatnya, pekerjaannya dan riwayat hidupnya serta keinginannya msing-masing wlaupun tidak diceritaknnya secara panajang lebar.
Di samping memberi tekan, pelakon juga harus mampu membuat sesuatu ketegangan. Caranya adalah dengan diam beberapa saat , kediamannya ini membuat suasana sepi dan tegang atau dapat juga dengan menimbulkan kegelisahan yang disebabkan oleh sesuatu ,misalnya kerana menunggu seseorang .
   Pelakon dapat juga berbicara tanpa pelkon lain. Ia berbicara sendiri(soliloquy)melawan hati nuraninya atau batinnya.
   Tentu sahaja seorang pelakon itu mengetahui teknik berlakon. Teknik berlakon merupakan suatu perpaduan antara seni dan ilham. Teknik dipelajari dengan penghayatan terhadap sesuatu sehingga merupakan suatu pembawaan atau kebiasaan. Seorang yang menghayati watak seorang pengemis dengan teknik yang baik ia seolah-olah seorang pengemis. Oleh sebab itu perlulah ia melihat dengan nyata bagaimana pengemis itu secara keseluruhan dan hati-hati. Dengan penghayatan yang sempurna lakon pengemis itu dimainkannya di pentas teater. Orang mampu berbuat seperti ini baharulah dapat dikatakan memiliki pengalaman rohani.
   Kalau seseorang itu telah mengetahui teknik berlakon haruslah ia mengembangkannya dalam lakonan. Semakin sering dijelmakan penghayatan itu semakin pandai seseorang menjiwai peranannya atau lakonannya. Walaupun demikian ada juga orang yang mengerti dn memahami semua teknik berlakon , tetapi ia sama sekali tidak dapat berlakon. Orang seperti ini perlu juga dibawa dalam suatu teater kerana ia sesuai untuk menjadi pelatih ,pengkritik atau pemimpin teater.


SYARAT-SYARAT SEORANG PELAKON


Seorang pelakon haruslah mempunyai bakat dan kemahuan yang besar dalam hal lakonan.Dengan kemampuan itu ia berusaha sehabis daya dan usahanya agar ia berhasil berlakon. Apabila seseorang itu telah berhasil menjadi pelakon tidak kira iaitu sebagai pelakon apa sahaja haruslah ia berusaha menguasai teknik berlakon. Bila teknik berlakon sudah dimilikinya dia harus pula mengembangkan atau giat berlatih dalam bidang lakonan. Berlatih di sini maksudnya banyak mempelajari dari buku,bertanya dan melakonkan apa yang diketahuinya sesuai dengan lakonan yang diberikan padanya. Untuk lebig jelas lagi kita huraikan beberapa hal yang dianggap cukup penting.
1   Seorang pelakon haruslah memiliki daya penerimaan rohaniah yang besar tentang tingkah laku manusia dari apa yang ia lihat sehari-hari di sekelilingnya.
Contoh:
          Seorang perempuan yang menunggu bas di sebuah perhentian bas. Sudah beberapa bas yang lewat tetapi ia tetap belum naik juga. Akhirnya pada sebuah bas yang tidak penuh penumpangnya baharu ia naik. Ia ingin duduk dengan selesa tanpa berebutan , bersempit-sempit dan berdiri dalam bas.
   Perhatikan bagaimana wajahnya ketika bas yang penuh,berhenti di perhentian itu. Apa yang dikerjakan selama bas belum datang. Membaca buku atau mencubit-cubit jerawat yang tumbuh. Apakah dalam penantiannya itu ia  kelihatan penuh sabar atau sering merengut kerana bas yang ditunggu belum datang juga.
   Contoh yang diberikan di atas adalah contoh yang kecil sahaja. Jadi kalau seseorang itu benar-benar akan menerjunkan dirinya ke dunia teater,kehidupan ini begitu indah kelihatannya. Ia sering mengamati tingkah laku orang apa yang dilihatnya itu disimpannya dalam otaknya. Dengan demikian rohaninya bertambah kaya.
2   Seorang pelakon harus cepat memberi reaksi terhadap suatu kejadian yang dilihatnya. Kemudian ia dapat memikirkan latar belakang kejadin itu walau hanya dalam imaginasinya sahaja.
Contoh:
          Seorang lelaki tua sedang menyeberang jalan, tiba-tiba sebuah motosikal melanggarnya. Orang yang menaiki motosikal itu membawa ais. Ais itu dilempar jaih dan pecah.
   Pertama yang perlu difikirkan ialah mengapa terjadi pelanggaran itu. Lelaki itu mungkin sudah tua atau sakit-sakitan atau penglihatan mahupun pendengarannya tidak jelas lagi. lelaki yang mengenderai motosikal itu mengapa terlalu laju membawa motosikalnya dan apakah hubungannya dengan ais yang dibawanya itu? Adakah seseorang di rumahnya yang sedang sakitpanas perlu didinginkan dengan ais atau dia sendiri sedang kehausan dan perlu cepat sampai di rumah? Ya,latarbelakang peristiwa itu harus cepat menjelma.
3  Kerana seseorang pelakon itu harus pandai membawakan tingkah laku manusia yang berbagai-bagai ragam, maka sangat baik kalau ia mempelajari ilmu jiwa manusia. Dengan ilmu ini watak seseorang lebih mudah dikesan.
4  Seorang pelakon harus yakin sepenuh keyakinanya bahawa suatu masa ia akan berjaya. Tetapi sebelum kejayaan itu diperolehinya ia harus sanggup dulu melewati seribu macam rintangan dan kesulitan. Segala macam kekecewaan mungkin akan ditemuinya tetapi membuat hatinya semakin cekal, semakin kuat dan semakin yakin. Orng hanya punya keinginan besar sahaja tapi tidak sanggup menanggung  kesulitan-kesulitan yang akan datang lebih baik tidak usah memilih kerjaya dalam bidang teater kerana ia tidak akan pernah mencapi kejayaan itu. Mungkin sahaja sekali du ia pernah bermain di pentas,tetapi sesudah itu namanya hilang entah kemana.
5  Seorng pelakon haruslah memulainya dari tangga yang paling bawah. Oleh sebab itu ia harus tahu diri dan bersift sabar. Seseorang itu tidaklah ditentukan apakah ia berlakon sebagai wira atau tidak. Sebagai pelakon pembantu dalam masa pemunculan yng sekejap pun orang dapat melihat bahawa dia memang seorang yang berbakat. Janganlah bermain
sekali kemudian sudah ingin menjadi pelakon utama yang akhirnya  mendapat cemuhan dari penonton sahaja. Biarlah dari peranan yang kurang bererti dahulu, tetapi mantap akhirnya nanti perlahan-lahan akhirnya naik ke atas. Pelakon yang mempunyai prinsip seperti ini bila ia sampai menjadi pelakon utama atau pelakon antagonist akan dapat mempertahankan reputasinya dan nama baiknya hingga masa yang lama. Dan kalau ia sudah berhak dinilai sebagai seniman atau seniwati bererti semakin lama permainannya semakin baik,lakonanny semakin sempurna dan kejayaan akan tetap berada ditangannya.
6  Seorang pelakon haruslah memiliki tubuh yang sihat , kerana seorang pelakon yang baik ia harus hidup dengan watak yang sedang dipegangnya baik ketika makan ,minum , berjalan atau apa sahaja yang ia perbuat,ia tidak pernah puas sampi lakonan itu dimainkannya. Begitulah selanjutnya bila ia mendapat peranan yang baharu pula. Jadi di luar latihan pun ia telah melatih dirinya melakonkan lakonan yang dipercayakan kepadanya.
7  Seorang pelakon harus sedar akan kemampuan tubuhnya. Oleh sebab itu tubuh haruslah dijaga jangan sampai mendapat kecelakaan apa-apa. Tubuh adalah alat yang utama dalam membawakan lakonan.
8  Di samping tubuh, suara merupakan hal yang terpenting. Oleh itu alat-alat atau peralatan suara haruslah dijaga dan diperhatikan baik-baik. Seorang pelakon harus memiliki suara yang baik.
  Seorang pelakon tidaklah  begitu sahaja meniru tentang perbuatan yang pernah dilihatnya tetapi yang paling penting dari itu ialah membangkitkan watak yang dilakonkannya. Perwatakan itu dapat dijelmakan dengan beberapa cara,antara lain ialah:
1  Pelakon memusatkan fikiran dn perasaannya yang bersatu kepada jiwa atau sukmanya.  Dengan pancaindera dan emosi yang ada ditimbulkannya penjiwaan terhadap lakonannya sehingga dengan kepandaiannya ia dapat mengalirkan air mata tanpa bantuan alat luaran seperti ubat mata misalnya. Air mata itu keluar memang datangnya dari dalam sebagai reaksi penjiwaan yang cukup baik.
2  Pelakon dengan cepat dapat menangkap kembali peristiwa yang pernah dialaminya sama ada yang mengembirakan ataupun yang menyedihkan. Dengan mengingat itu pelakon dapat gembira atau berperasaan sedih dengan wajar,tidak dibuat-buat.
3  Pelakon dengan pancaran jiwanya membangkitkan emosi yang berada dalam diriny sehingga waajahnya langsung dapat mengambarkan sesuatu yang terjadi pada diriny, kecewa,putus asa , atau bahagia.
4  Watak yang dimunculkannya dalam dirinya adalah suatu watak yang khas , sesuai dengan permintaan lakon. Dalam hal ini pelakon seolah-olah membuang sifat-sifat peribadinya dan masuk ke dalam jiwa yang dilakonkannya. Kita merasa benci kepada tokoh yang menjadi lawaan pelaku utama ,padahal tiada sebab kita membencinya. Misalnya seorang pelakon membawakan lakonan sebagai ibu tiri. Kerana pandainya ia membawakan lakonan itu  kita merasa berhadapan dengan seorang ibu tiri yang kejam pada anak tirinya sehingga kita membencinya. Kalau penonton sudah dapat dipengaruhi dengan lakonan seperti ini barulah lakonan seseorang itu dapt dikatakan berhasil.
5 Untuk menyakinkan sesuatu watak itu seorang pelakon perlu menghaayati dan membayangkan sesuatu itu bukan sahja dimata dan fikirannya, tetapi juga disetiap tubuhnya. Pelakon dapat memfaatkan tubuhnya melakukan gerakan-gerakan aneh dan menyimpang dari situasi kehidupan yang sebenarnya tetapi terlihat indah atau terlihat nilai dramatiknya. Gerak inilah yang membezakan lakonan itu antara teater dengan kehidupan yang sebenar.
6 Pelakon harus mampu menhilangkan kedirian si penonton. Ia tidak meraasa seperti berada di panggung pertunjukan. Ia merasa seolah-olah kejadian itu terjadi pada dirinya.  Untuk menciptakan hal seperti ini  pelakon harus mahir dalam mempergunakan irama,tempo dan kecepatan.
   Dengan beberapa petunjuk asas yang dikemukan di atas, pelkon perlu menterjemahkan teori ini pada bentuk lakunya. Pelakon dapat berlatih sendiri untuk mengeluarkan air matanya.  Pelakon juga harus mampu membuat seolah-olah ia marah padahal tidak ada yang disedihkannya tau tidak ada yang perlu dimarahinya.
   Untuk mencuba atau mempratikkan hal ini bagi mereka yang belum begitu mahir ambillah alat bantunya dengan lakon yang sedih. Cubalah menghayati kesedihan  itu dengan beberpa teori di atas hingga air mata  dapat turun dengan sendirinya. Memang untuk  berhasil tidaklah semudah yng dikira , diperlukan latihan yang betul-betul dengn sepenuh jiwa dan perasaan. Mudah-mudahan berhasil.
   Oleh kerana sesuatu lakon perlu singkat dan padat maka penulis haruslah memotret para pelakonnya dengan tepat dan jelas.  Oleh sebab itu penulis mempergunakan jenis pelakon untuk menyampaikan idea yang akan diluahkannya itu. Melalui pelakon inilah semua cerita itu berjalan mulai dari awal , terjadinya pertentangan sehingga terjadi ketegangan yang lama-kelamaan menjadi memuncak dan akhirnya sampai pada penyelesaian .
   Beberapa lakonan yang diwakilkan pelakon itu diantaranya ialah :
1 Pelakon Utama
pelakon ini berlakon dengn tepat dan tangkas. Ia seorang yang menarik hati. Peribadinya sangat disukai orang ramai. Wajahnya,geraknya, cara bercakapnya, cara berfikir dan cara ia bertindak sangat disengani. Mananya pun senang diucapkan dan indah kedengaran. Dialah menjadi pusat cerita. Dialah menghadapi segala rintangan dan marabahaya. Melalui pelakon utama inilah perutusan pengarng digambarkan. Bagaimana ia menghadapi rintngan itu dan apa jalan keluar yang diberikannya. Dialah penentang segala ketidakadilan atau juga dia dapat bertindak sebagai orang tengah yang menyelesaikan suatu kerumitan.

2.Pelakon inti (antagonist)villain(lawan pelakon utama)
Pelakon inti mempunyai jalan fikiran yang tidak disukai orang kebanyakan. Cara berfikir dan bertindaknya mahupun cara bercakapnya sangat dibenci oleh orang ditambah lagi dengan wajahnya yang tidak menyenangkan. Tetapi ia memiliki peribadi yang kuat dan ketabahan yang mengkagumkan. Dialah yang menjadi lawan pelaku utama. Merekalah nanti yang mengakibatkan pertentangan-pertentangan itu.  Antara merekalah ketegangan terjadi. Pelakon intilah merupakan tiang pokok bangunan lakon. Selalunya pelakon inti mempunyai kelebihan  seperti kekayaan , pangkat yang tinggi, kemasyuran nama yang didapatknnya dengan cara yang tidak baik. Dia memiliki kebahgiaan tetapi kebahgiaan yang kosong.  Ia pandai bercinta tetapi cinta palsu. Ia seorang penentang agama dan memiliki fikiran –fikiran yang menyimpang.
   Seorang pelakon inti yang baik harus benar-benar dibenci oleh penonton, sehingga peribadinya seakan-akan sangat tidak disenangi .
   Tetapi pelakon inti mungkin juga gambaran watak peribadi yang tidak mencari musuh.  Seorang  yang sabar dan tawakal , seorang yang jujur dan hidup melarat. Dia tidak mahu kekayaan yang diperolehinya itu dengan cara tidak halal. Kalau lelaki mungkin pendiam, kalau perempuan mungkin pemalu tapi hatinya tidak mahu dijajah atau diperkosa orang lain. Ia mungkin akan menjadi penolong kepada pelakon utama untuk dapat menempuh kesulitannya.

  3 Pelakon Tambahan
pelakon tambahan merupakan pelengkap dari pelakon utama dan pelakon inti. Dia hadir bila mana perlu sahaja. Ia berfungsi untuk mendukung watak kedua pelakon di atas. Pelakon tambahan memiliki watak yang biasa sahaja.
   Sekiranya masa lampau pelakon sangat perlu untuk diceritakan , buatlah  sekadar gambaran sahaja lewat percakapn. Percakapan itu boleh dengan dirinya sendiri mahupun  percakapan dengan pelakon lain.


3.27          LAKONAN

Lakonan adalah tindakan sebelum , selama dan sesudah percakapan yang dinyatakan dalam gerak geri tubuh atau eksperi wajah. Jadi tugas lakonan adalah;
1        Penegasan akan penyataan fikiran atau perasaan yang diucapkan.
2        Menyatakan tindakan
         Lakonan merupakan alat pembantu yang kuat untuk menyatakan fikiran atau perasaan yang diucapkan melalui pelakon. Lakonan juga harus sanggup menyatakan sesuatu fikiran atau perasaan  yang tidak diucapkan.
       Perlu juga dinggatkan bahawa apa yang sudah dilakukan oleh lakonan tidak perlu lagi dijelaskan dengan ucapan. Demikian juga sesuatu  yang sudah dijelaskan dengan ucapan , tidak perlu dijelaskan lagi dengan lakonan.
Contoh:
   Lakonan yang mengangukkan kepala tidak perlu lagi diucapkan ,”ya” atau bila seseorang mengucapkan , “tidak” , maka lakonan mengelengkan kepala tidak perlu dilakukan lagi.
Dalam setiap segi dalam lakonan yang perlu ditimbulkan adalah ketegangan. Ketegangan ini membuatkan penonton bertanya: “Apakah sekarang yang akan menyusul?” Seorang pelakon yang sudah diserahkan lakonan yang akan diperanankan olehnya, naskah cerita juga sudah diserahkan oleh pengarah kepadanya. Tindakan selanjutnya ialah pelakon itu membaca, meneliti dan memahami lakonan atau naskah itu. Seorang pelakon tidaklah hanya menghafalkan lakon untuknya sahaja, tetapi ia harus juga membaca lakon kawan bicaranya. Untuk selanjutnya pelakon mencari beberapa hal dalam lakon itu.

a.       Carilah dan kumpulkan tindakan-tindakan utama yang harus dilakukan oleg pelakon dalam lakonannya.
b.      Kumpulkan watak-watak pelakon.
c.       Sifat manakah lakonan itu yang perlu ditonjolkan?
d.      Cari ucapan-ucapan baik yang tersurat mahupun yang tersirat.
e.       Nyatakan watak dengan gerak air muka, sikap dan langkah.
f.       Sesuikan ekspresi wajah dengan ucapan.
g.      Perhitungkan teknik pengucapan untuk memberi tekanan dan juga penekanan untuk watak.
h.      Rancangkan garis lakonan pada lakon di mana pertentangan itu dimulai dengan menaik kemudian sampai ke puncaknya sehingga bahagian-bahagian tegang itu dapat diaturkan berlanjutan dengan baik.
i.        Sesuikan garis lakonan dengan rencana garis lakonan yang ada pada pengarah sehingga satu jalan dan ada kesesuian.
                Persesuaian rancangan ini merupakan garis gerak panggung. Semua gerak kerja di atas dihayati dan dihidupkan dengan imaginasi dengan mengerahkan pemusatan perhatian pada fikiran dan perasaan pelakon yang sedang dimainkan. Di sinilah diperlukan kekayaan imaginasi (daya fikiran) dan inspirasi (ilham). Agar pengertian lakon, pelakon dan lakonan lebih jelas perhatikan batasan di bawah ini.

a.       Lakon adalah suatu cerita dalam prosa/puisi/campuran prosa dan puisi yang memotret kehidupan yang cukup menarik dengan bantuan percakapan mahupun pantomin (tanpa percakapan) dan gerak yang direncanakan untuk pertunjukan teater.
b.      Pelakon adalah orang atau benda yang menghidupkan lakon itu sesuai dengan sukatan yang diminta yang diterjemahkan melalui imaginasi dan inspirasi.
c.       Lakonan adalah pekerjaan yang dilakukan oleh pelakon sesuai dengan lakonan yang diminta. Lakonan boleh berkembang sesuai dengan daya kreativiti seseorang dengan tidak keluar dari batas-batas kewajaran.
d.      Berlakon adalah melakukan sesuatu lakon.
e.       Melakonkan ialah mementaskan atau memainkan sesuatu lakon.
f.       Lakon disebut juga teks atau naskhah teater atau kata lainnya adalah peranan (peran). Pelakon sama dengan pemegang peranan. Lakonan sama juga dengan peranan. Berlakon sama dengan berperanan (berperan) dan melakonkan sama dengan memeranankan (memerankan).
               Di samping pemegang peranan, pelakon disebut juga pelaku. Pelaku atau boleh juga dipanggil pemain. Banyak sekali istilah-istilah dalam teater tentang sesuatu makna. Semua istilah itu perlu kita ketahui agar apa yang dikatakan oleh orang lain tentang teater dapat kita fahami maksudnya.


3.28          ALUR CERITA (JALAN CERITA)

Alur cerita adalah jalinan, rangkaian atau jalannya peristiwa dalam lakon. Misalnya timbul beberapa watak, watak ini menemui masalah, terjadilah pertentangan, pertentangan akhirnya memuncak dan akhirnya pertentangan yang memuncak itu menemui jalan keluar.
       Alur cerita menciptakan garis cerita. Garis ceritalah yang menyatakan idea lakon yang kemudian melatarbelakangi suatu lakonan yang menjadi dasar cerita itu. Garis cerita inilah yang membezakan antara satu lakonan dengan lakonan yang lain. Misalnya lakonan orang baik dan lakonan orang jahat.
       Untuk menjelaskan latar belakang yang diperlukan untuk memahami pelakonnya diungkapkan melalui percakapan dan percakapan ini pulalah yang mengangkat watak pelakon itu.
       Alur cerita merupakan rentetan kejadian itu harus padat sehingga menimbulkan ketegangan. Ketegangan ini muncul dengan adanya pertentangan pelakonnya. Pertentangan ini yang paling umum adalah antara pelakon utama dengan pelakon inti.
       Penulis menunjukkan persoalan sehingga timbul akibatnya. Persoalan yang ditimbulkan merupana suatu pertanyaan yang mempunyai kesan yang besar dan seboleh-bolehnya penonton atau penikmat turut memikirkan persoalan itu.
       Pertanyaan yang timbul dalam diri penonton adalah untuk apa persoalan itu timbul? Mengapa kejadian itu demikian? dan apa pula sebabnya terjadi demikian.


3.29          PERTENTANGAN

Sudah jelas bahawa akan terjadi perbezaan pendapat, fikiran, sikap dan tindak laku antara pelaku protagonist dan pelaku antagonist. Baik pelakon utama mahupun pelakon inti masing-masing mempertahankan sikap dan pendiriannya. Masing-masing tidak ada yang mahu mengalah.
       Dalam pertentangan ini kadangkala muncullah pelakon tambahan. Pelakon tambahan mungkin akan mengurangkan pertentangan atau sebaliknya. Tetapi jangan lupa, yang menjadi sebab pertentangan itu adalah pelakon inti.
       Pertentangan yang tidak berakhir itu membuat lakonan berkembang. Perkembangan ini akan mematangkan suasana dan di sini terbukalah kesempatan penulis untuk mengembangkan watak, sifat dan peribadi masing-masing pelakon.
       Setiap babak dalam lakon haruslah terdapat lakonan-lakonan atau adegan-adegan pertentangan ini sehingga lakon dapat diungkapkan dengan kejadian yang dramatik.
       Pertentangan yang tidak terselesaikan itu mengakibatkan timbulnya ketegangan. Ketegangan bergerak terus dengan cepat hingga ke puncaknya. Pada titik inilah pelakon itu dihadapkan kepada kenyataan, di mana dia dipaksa untuk memilih. Mahu tidak mahu, cepat atau lambat dan tentunya dengan suatu perjuangan yang maha hebat dalam batinnya, ia harus mengambil keputusannya sendiri.


3.30          PUNCAK (KLIMAKS)

Seperti yang dikatakan tadi bahawa pertentangan yang seru (sengit) itu menimbulkan terjadinya ketegangan ini akhirnya sampai ke titik puncak. Pada titik puncak inilah pelakon antagonist mengadakan perubahan besar dalam kehidupannya. Ada beberapa kemungkinan perubahan pada tokoh antagonist ini.

1.      Mungkin pelakon antagonist akan mati
2.      Mungkin akan bertaubat.
3.      Mungkin akan terjerumus ke jurang kenistaan.
4.      Mungkin hidupnya hancur.
5.      Mungkin dia akan menjadi orang yang sangat baik
6.      Beberapa kemungkinan lainnya sesuai dengan permintaan tema (pati) cerita.

      Puncak dari keseluruhan lakon adalah peristiwa dramatik yang tergambar secara jelas dalam diri pelakon inti. Tempat-tempat yang biasa puncak ketegangan itu dihadirkan ialah:
1.      Menjelang akhir dari babak pertama untuk lakon dua babak dan di akhir babak kedua.
2.      Menjelang akhir babak kedua untuk lakon tiga babak dan di akhir babak ketiga itu sendiri dan demikian selanjutnya untuk babak yang lain.
3.      Untuk lakon yang terdiri dari satu babak ditempatkan menjelang adegan penutup pada babak terakhir lakon itu.


3.31          PENYELESAIAN


Bila puncak telah berlalu maka lakon berjalan terus dengan cepat ke pemecahan masalah atau penyelesaian atau jalan keluar. Pemecahan masalah ini bermakna:
1.      Membuktikan kebenaran tema (inti) cerita.
2.      Membuktikan akan kebenaran pelakon atau tokoh-tokoh lain dalam mendukung cerita itu.
3.      Membuktikan bahawa kebenaran pelakon utama memeng demikianlah sebenarnya.

Petunjuk untuk pekerja teater.


Seorang penulis akan lebih sempurna jika ia juga mampu menjadi pengarah dan boleh berlakon. Oleh itu petunjuk berikut perlu diketahui oleh penulis, pengarah, pelakon dan semua pekerja teater. Beberapa langkah persiapan untuk mewujudkan sesuatu pertunjukan teater ialah:
1.      Pilihlah lakon yang akan dilakonkan itu. Sebaliknya pemilihan ini mengutamakan karya sasterawan tempatan, karya sendiri dan untuk memperdalam percubaan teater sesekali boleh juga diterjemahkan dari pengarang yang bertaraf antarabangsa. Lakon haruslah sesuai dengan maksud dan tujuan pementasan. Lakon harus baik dari segi tema, jalan cerita dan sebagainya. Perhitungkan biayanya apakah dapat disanggupi atau tidak. Apakah pelakon-pelakonnya sudah betul-betul ingin menjayakan pementasan atau tidak. Jangan lkatihan sekerat jalan sahaja dan pelakonnya hilang satu persatu.
  1. Dapatkan keizinan bertulis dari pengarang lakon itu dan juga bayaran honorariumnya. Hargailah hasil karya orang lain kerana menciptakan sesuatu karya itu bukanlah mudah. Hal ini dikecualikan bagi lakon yang tidak memerlukan surat izin.
  2. Pilihlah seorang pengarah yang kreatif, bertanggungjawab, dapat dipercayai, berani, jujur, memiliki kemahuan yang besar dan sanggup memimpin. Berjayanya sesebuah pementasan sebahagian besar berada di tangan pengarah.
  3. Pengarah memilih pula pembantunya seperti perencana set (dekorasi, cahaya), pemimpin panggung dan pembantu pengarah. Sekiranya pementasan besar-besaran mereka ini dapat pula memilih pembantu-pembantunya.
  4. Mempelajari lakon atau naskhah agar dapat mengenal tema cerita, alur, pertentangan, ketegangan, puncak sampai kepada penyelesaian. Menganalisis setiap tokoh beserta wataknya serta hubungannya satu sama lain, menganalisis rencana pentas dan juga merencanakan sumber-sumber cahaya atau tatalampu juga situasi dan keadaan pentasnya.
  5. Menyusun buku kerja. Buku ini sebaiknya berukuran lebar. Di dalamnya ditempelkan halaman-halaman naskhah. Bahagian pinggir naskhah itu iaitu kertas yang lebar tadi dikosongkan bahagian atas, bawah, kiri dan kanan paling sedikit 4 cm. Kegunaannya untuk membuat keterangan terutama bagi pengarah tentang mimik, gerak, nafas, isyarat bagi pemain, tanda-tanda bagi lampu, kesan suara dan muzik. Pada buku kerja pemimpin panggung juga disediakan keterangan untuk jurulampu, jurusuara, pembisik, tukang pengatur panggung serta pembantu lainnya. Keterangan ini sebaliknya ditulis dengan pensel, sehingga kalau masih kurang tepat peraturannya dapat dihapuskan dan diganti dengan peraturan yang lebih baik.
  6. Pengarah memilih pelakon (tentang pelakon telah dijelaskan lebih dahulu).


3.32          PENGARAH


Pengarah adalah pemusatan keseluruhan kegiatan teater. Buah fikiran yang telah diluahkan oleh penulis ke dalam lakon, pekerja teater yang telah bersusah payah menghidupkan lakon, kejayaan sepenuhnya menjadi tanggungjawab dan berpusat kepada pengarah.
       Pengarah haruslah menjadikan dirinya seniman sehingga lakon itu menjadi bernilai seni. Pelakon-pelakonnya merasa memasuki dunia seni dan penikmatnya merasakan menikmati suatu hasil seni. Suatu hasil seni harus mampu memberikan kekayaan batin kepada penciptanya, pekerjanya dan penikmatnya.
       Pengarah dengan segala jiwa seni yang ada padanya berusaha untuk mentafsirkan lakon yang telah dipilihnya itu. Lakon yang hanya merupakan tulisan itu harus dapat dihidupkan sehingga pelakon dan penikmat terbangkit emosinya.
       Lakon apa pun yang dipilih itu tetapi pengarah harus berusaha agar menjadi segar, hidup dan terasa baru. Hal inilah yang akan membezakan hasil pertunjukan suatu lakon yang sama dengan pengarah yang berlainan. Dua orang pengarah tidak akan sama dalam erti keseluruhannya. Perbezaan ini dianggap baik bagi dunia teater, sehingga dengan demikian ada perbandingan antara suatu pemetasan dengan pementasan yang lain. Perbezaan ini bukanlah menunjukkan bahawa  A dan B sebagai pengarahnya ada yang lebih baik. Perbandingan seperti ini tentulah tidak tepat kerana sesuatu hasil karya tidak tepat dibandingkan dengan karya orang lain. Kalau hendak dibandingkan adalah hasil pertunjukan dari seorang pengarah yang sama pada pementasan-pementasan yang dilakukan. Jadi perkembangan dirinya sendiri.
       Pengarah adalah pemusatan antara penulis, pekerja teater dan penikmat, sudah barang tentu ia mempunyai tanggungjawab kepada ketiga kelompok ini.
  1. Tanggungjawab kepada penulis.
    1. Menjelaskan makna, perasaan dan suasana lakon seperti yang ditulis oleh pengarang.
    2. Menghargai dan menghormati usaha dan keinginan pengarang.
    3. Tidak memperkosa lakon yang ditulis. Sekiranya lakon itu tidak sesuai lebih baik diganti dengan yang lain daripada merubahnya.
    4. Menampilkan nilai kreatif dalam pentafsirannya terhadap penulisan lakon dan kaedah pertunjukannya.
  2. Tanggungjawab pekerja teater.
    1. Pelakon adalah yang menghidupkan cerita yang berada di atas kertas menjadi bentuk yang hidup.
    2. Pelakon harus mempunyai idea, pendapat dan pentafsiran sendiri terhadap sesuatu lakon.
    3. Pelakon mempunyai kelebihan, kekurangan dan kesanggupan masing-masing.
    4. Pengarah terhadap pekerja teater adalah guru, sebagai sahabat, sebagai pengkritik dan sebagai pemimpin.
  3. Tanggungjawab kepada penikmat (penonton).
    1. Lakon itu haruslah berfungsi untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi penikmatnya.
    2. Penikmat adalah manusia yang peka dan mudah terpengaruh untuk memuaskan keperluan dan keinginannya itu.
    3. Bertitik tolak kepada makna yang tersimpan dalam cerita itu dan juga tujuannya terhadap penikmat.
    4. Kadang-kadang pengarah perlu juga menilai reaksi penikmat sejauh mana apresiasi atau penghargaan mereka terhadap teater dengan menghidangkan sesuatu pertunjukan yang menentang dan melawan kemahuan penikmat. Hanya cara ini perlu diperingatkan bahawa seseorang pengarah harus sudah bersiap akan kritikan penikmat. Kalau kritikan itu ada (memena g diharapkan ada) janganlah pengarah berlaku pandai dan menganggap penikmat itu bodoh. Mungkin penilaian mereka tidak tepat terhadap eksperimen yang dilakukan itu, tapi adalah tanggungjawab pengarah untuk mendidik penikmat dan bukan menghakiminya. Dengan demikian terjadilah timbal balik antara pengarah teater dengan penikmatnya. Ini akan dapat menyuburkan kehidupan dunia teater.


TAHAP LATIHAN



Bila pengarah sudah ada, lakonnya telah dipilih, pelakonnya sudah lengkap, tempat latihannya tersedia, masa pementasannya sudah pasti, dan segala sesuatu yang diperlukan sudah siap sedia maka masuklah ke masa latihan.
       Perlu ditanamkan kepada seluruh pekerja teater termasuklah pengarah, pelakon, pembantu teknik dan lain-lainnya supaya sama-sama menciptakan:
1.      Suasana yang penuh gembira.
2.      Penuh ghairah dan semangat.
3.      Bersungguh-sungguh, berkemahuan keras dan mahu bekerjasama.
4.      Latihan yang penuh disiplin, kreatif dan memanfaatkan waktu sebaik-baiknya. Menghindarkan diri dari memperbincangkan hal-hal yang tidak ada hubungannya dengan teater.
5.      Perasaan yang bebas dari prasangka dan syak wasangka kepada sesama kawan. Fikiran jernih tanpa ada gangguan masalah-masalah lain. Hal ini perlu kerana seorang pelakon haruslah berlatih dengan penuh konsentrasi atau fikiran yang terpusat.

            LATIHAN MEMBACA


        Bila pekerja teater telah hadir semua, terutama para pelakonnya, adalah sangat baik bila pengarah menerangkan terlebih dahulu tema (pati) lakon, ringkasan ceritanya, pentafsiran (interpretasi) watak-watak yang harus dilakonkan oleh pelakon, hubungan antara satu pelakon dengan pelakon yang lain, pertentangan, ketegangan puncak dan pemecahan masalah dan cara pementasan.
       Kepada setiap pelakon telah diserahkan naskhah masing-masing dan mereka sudah tahu lakon apa yang harus dibawakannya. Setiap pelakon harus membaca lakonnya, mulai mencuba cara pengucapannya. Kesalahan pengucapan mulai dihindarkan sejak pertama latihan. Sebaiknya kesalahan itu disedari oleh pelakon sendiri. Pengarah hanya membimbing sahaja dan bukan memberikan ketentuan harus begini dan harus begitu, kerana yang demikian akan mematikan daya pemikiran (imaginasi) seseorang.


            LATIHAN GARIS PANGGUNG (BLOCKING)

Kepada pelakon sudah diarahkan bagaimana garis panggungnya dan juga pengelompokan pelakonnya secara garis besarnya sahaja, demikian juga dengan lakonannya.
       Walaupun latihan ini masih bertaraf awal tetap kepada pelakon harus sudah membiasakan dirinya seolah-olah berada pada satu situasi, suatu tempat dengan alat-alat yang diminta oleh naskhah, walau dalam bentuk khayal belaka. Misalnya ruangan rumah, cukup dengan garis kapur sahaja. Alat telefon cukup hanya memakai kayu pendek sahaja.
       Lepas latihan, baik di rumah atau di tempat lain yang cukup aman setiap pelakon menghafal lakonnya dan gerak lakonnya. Demikian juga ekspresi wajahnya. Bila kembali latihan setiap pelakon sudah bersiap dan bersedia untuk melakonkan bahagiannya. Ada baiknya pengarah memberi masa yang agak lama baru kembali ke latihan yang berikutnya, agar pelakon mempunyai kesempatan untuk menghafal lakon dan mempelajari lakonnya.




5.14 LATIHAN KARYA

Ketika latihan karya ini di lakukan setiap pelakon  sudah menghafal .Percakapan dialog yang akan disampaikannya dan sudah memahami gerak laku atau lakonan yang akan dimainkannya.pada masa  inilah setiap pelakon mengembangkan kreativitinya  daya
Kretifnya.Pengucapan dan lakonan disesuaikan,pentafsiran dikembangkan, gerakan-gerakan kecil yang lebih  menggambarkan watak ditambah di mana yang perlu. Pengarahan yang telah disampaikan oleh pengarah secara asas  dilengkapkan di mana yang perlu dengan automatik dan wajar.

Mulailah memakai barang-barang dan alat-alat yang  diperlukan. Benda  yang sebenarnya dan bukan secara imaginative lagi . Penyambutan atau penyambungan pembicaraan antara seorang pelakon dengan pelakon lainnya sudah lancar.jangan ada lagi seorang sudah lama berhenti bercakap sedang yang seorang lagi masih diam.
   Pada adegan-adegan yang khusus perlulah mendapat latihan yang khusus. Misalnya pada adegan yang emosional atau adegan percintaan. Bila perlu dilakukan berulang-ulang hingga menjadi baik, wajar dan cukup menyakinkan. Di sini mulailah dijelmakan teknik berlakon.
   Teknik berlakon ialah cara bagaimana melakonkan cerita itu sebaik mungkin. Dalam teknik berlakon inilah seseorang pelakon dinilai. Seorang pelakon yang muncul hanya sekejap sahaja dapat  dilihat kemampuannya berlakon bila ia menunjukkan teknik yang baik. Dari sini pulalah nanti pengarah akan meningkatkan seorang pelakon dari pelaku tambahan menjadi pelakon antagonist atau pelakon protagonist.


5.15 TEKNIK MUNCUL

Satu hal yang sangat menentukan seseorang pelakon terutama pelakon utama dan pelakon inti adalah teknik muncul untuk pertama kali. Muncul untuk pertama kali ini hrus menimbulkan kesan pertam yang baik kepada penonton kerana ini banyak pengaruhnya sampai ke akhir lakonan. Kalau pemunculan ini tidak diperhitungkan aatau dengan seenaknya sahaja adegan itu boleh menjadi tidak jelas , mungkin merosakkan suasana dan simpati penonton pun hilang.
   Suasana dalam pentas ketika muncul ini ada beberapa kemungkinan :

1        Kalau memakai layar atau memakai cahaya lampu,sebelum layar dibuka atau sebelum lampu dihidupkan pelakon sudah berada di atas pentas .
2        Pentas dalam keadaan kosong,tidak lama kemudian pelakon masuk.
3        Pelakon itu muncul sedang di tengah panggung sudah ada pelakon lain.
Bila pelakon berada di pentasia tidak langsung bercakap. Ia perlu mengambil masa senyap seketika sekitar dua atau tiga minit. Barulah ia memulai lakonan pertamanya. Cara ini akan mewujudkan tandatanya di hati penonton. Apa yang akan dilakukan. Pemaiakaian masa senyap sekejap ini haruslah sebijaksana mungkin kerana ia mempunyai pengaruh yang amat penting. Lakonan menjadi kuat dan mendapat tekanan yang menarik perhatian.

5.16 TEKNIK MEMBERI ISI

Teknik memberi isi adalah suatu cara untuk mengutarakan emosi dan fikiran di sebalik ayat yang diucapkan dan di sebalik lakonan yang dilakukan. Jadi sebelum ayat itu diucapkan ia sudah terlebih dahulu dihuraikan menurut kandungan perasaan dan kandungan fikiran, barulah ayat itu dapat diucapkan dengan penuh erti. Cara mengemukakan penonjolan perasaan dan fikiran di sebalik kalimat ialah pengucapan, badan dan anggotanya.


5.17 PENGUCAPAN

Cara memberikan tekanan pada isi kalimat atau ayat ada 3 jenis:
  1. Tekanan dinamik (menonjolkan isi fikiran) iaitu kata yang lebih penting, diucapkan lebih keras dari yang lain.
Ali: Dan bahawa dia pulang dengan tekad untuk mengahwinkan aku?(kata dalam huruf condong diucapkan lebih keras)
  1. Tekanan nada (menonjolkan isi perasaan) iaitu tekanan tinggi rendahnya nada dalam pengucapan. Contohnya:
Octave: Dengan anak gadis Seigneur Geronte? (diucapkan dengan tekanan nada yang tinggi)
Silvestre: Anak gadis Seigneur Geronte (diucapkan dengan tekanan nada yang rendah)
  1. Tekanan tempo (menjelaskan apa yang sudah dijelaskan sebelumnya iaitu, tekanan lambat atau cepatnya ayat diucapkan. Contohnya:
Octave: Kalau ayahku tahu bagaimana duduk perekaranya. Aku boleh bersiap-siap menunggu topan kemarahan yang akan menimpa aku.
Bila pelakon telah menemukan yang manakah bahagian kata atau ayat yang perlu diberi tekanan dinamik, tekanan nada dan tekanan tempo baiklah diberi tanda dengan pensel agar ketika mengulanginya kembali tidak berubah dengan tekanan yang sudah benar.


BADAN DAN ANGGOTANYA


Cara memberi isi pada badan dan anggotanya ada 3 cara.
  1. Gerakan anggota badan untuk menyatakan fikiran dan perasaan dapat dilakukan dengan gerakan jari-jari, genggaman tangan, kepala tinju, gerakan bahu dan sebagainya.
  2. Perubahan air muka untuk menyatakan perasaan atau ekspresi wajah, marah, benci, senang, lucu dan sebagainya.
  3. Sikap keseluruhan badan yang menonjolkan keadaan perasaan, lesu, bersemangat, penat, gagah dan sebagainya.



5.18 TEKNIK PENGEMBANGAN


Agar penonton atau penikmat merasa tidak bosan menyaksikan pertunjukan yang dipersembahkan maka perlu pengembangan terhadap jalan cerita, terhadap lakonan, terhadap jalan fikiran tokoh dan juga suasana tokoh dalam cerita. Adapun teknik pengembangan ini dapat dilakukan dengan memadukan antara pengucapan dengan gerak jasmani. Persembahan dengan pengucapan ada 4 cara:
  1. Menaikkan volume suara.
  2. Menaikkan tinggi nada suara
  3. Menaikkan tempoi suara
  4. Mengurangi volume, tinggi nada dan kecepatan tempo suara.
         Keempat cara ini diselang-seli atau dengan cara yang berganti-ganti mengikut permintaan lakon cerita. Apa pun cara yang dipakai dlam pengucapan itu tetapi yang paling pokok adalah semua pengucapan jelas, bersih serta terang.

Pengucapan dengan jasmani ada 5 cara


  1. Menaikkan kedudukan tubuh, misalnya dari keadaan duduk menjadi berdiri, dari berdiri menjadi berjalan dan sebagainya.
  2. Memalingkan badan, misalnya dari memalingkan kepala, kemudian tubuh dan akhirnya seluruh badan.
  3. Berpindah tempat, misalnya dari kiri ke kanan, dari belakang ke muka atau ke mana sahaja asalkan dalam hal yang wajar.
  4. Melakukan gerakan anggota badan, misalnya memukul meja, melemparkan tempat bunga dan sebagainya.
  5. Air muka yang menggambarkan perkembangan emosi, adegan dan percakapan, misalnya dari wajah yang senang kemudian, ketawa atau dari wajah yang murung kemudian menangis dan sebagainya.


            TEKNIK MEMBINA PUNCAK

Untuk menghindarkan rasa jemu penonton melihat pementasan teater itu perlu pula diciptakan teknik membina puncak.
  1. Emosi tidaklah begitu sahaja langsung diluhakan.
Ertinya emosi tidaklah begitu sahaja diluahkan tetapi ditahan dan baru dilepaskan bila sudah sampai ke tingkat puncak dari pertentangan.
  1. Reaksi yang terdapat pada alur cerita harus ditahan.
Ertinya seseorang yang gugup misalnya atau gembira tidak langsung menunjukkannya di awal, tetapi dilepaskannya bila telah sampai ke puncak cerita.
  1. Perimbangan antara suara dan gerakan
Ertinya bila gerakan kasar maka suara dilembutkan dan bila suara kasar atau lepas maka gerakan ditahan dan kedua-duanya dilepaskan bersama bila berada pada titik puncak.
  1. Perimbangan pelakon.
Ertinya bila pelakon inti berbicara keras maka pelakon utama berbicara perlahan. Bila pelakon utama bergerak cepat maka pelakon inti bergerak lambat dan poada puncak kedua pelakon ini sama-sama bertindak cepat atau keras.
  1. Penempatan pelakon dalam pentas (garis panggung)
Ertinya bila pelakon untama menghadap penonton maka pelakon inti membelakangi penonton atau bila pelakon inti berada di belakang maka pelakon utama berada di depan pentas. Kerana berhadapan atau membelakangi penonton, berada di bahagian belakang atau depan pentas mempunyai kekuatan yang berlainan dan bila telah sampai ke puncaknya mereka berada pada posisi yang sama.


            TEKNIK TEPAT MASA

Ketepatan hubungan antara gerakan jasmani yang berlangsung sekejap dengan kata atau ayat yang diucapkan  adalah sangat perlu memperkuat lakonan. Teknik tepat masa itu ada  3cara .
1Gerakan  dilakukan  sebelum kata –kata diucapkan.
Contoh.
RAMLI [ MEMELUK]
             Aku cinta padamu.   
2. Gerakan dilakukan bersannma dengan kata diucapkan .    
CONTOH
RAMLI. Aku  cinta padamu .
              [SAMBIL   MEMELUK RAHIMAH].
3. Gerakan dilakukan  setelah kata-kata diucapkan .
CONTOH  
      RAMLI .Aku cinta padamu.
                    [MEMELUK].

Bila kata diucapkan lebih dahulu dari geraka maka yang ditonjokan adalah ucapan. Tapi penonjolan antara ucapan dan geraka inji janganlah terlampau banyak dilakukan. Cukuplah dengan sewajarnya sahaja. Jadi tekanan pada ucapan dan gerakan ini mempunyai dua kegunaannya.
1.      Memberikan tekanan atau menghilangkan tekanan.
2.      Menjelaskan alas an sesuatu perbuatan.
Lihatlah kesan yang terjadi dengan ucpan dan gerakan pelakon RAMLI di atas. Dapat kita rasakan mana yang lebih dijelaskan dan mana pula yang kurang dijelaskan.
            Kalau sekiranya pemakaian teknik tepat masa ini tidak tepat akibatnya:
1.      Pemain terlalu menekan emosinya membuat penontotn mudah bosan.
2.      Tidak ada pemusatan lakon sehingga penontotn merasa jengkel melihatnya.
Pada teater berunsur komedi tepat masa ini memegang peranan yang penting bila dibandingkan dengan teater yng berunsur tragedy kerana tepat masa dapat menimbulkan:
1.      Kata-kata sederhana menjadi lucu
2.      Kata-kata lucu menjadi lebih lucu lagi dan tetap wajar
3.      Memberikan tafsiran yang penuh kejenakaan.
            Dalam keadaan pelakon berkelompok, pemakaian tepat masa ini harus lebih hati-hti sma halnya ketika mengucapkan kata-kata. Kalau kata-kata yang diucapkan pelakon berlaga (berlapis) dengan ucapan yang lain maka akan rosaklah lakonan.
    Kemahiran tepat masa ini diperolehi dengan kekayaan ilham seseorang dan juga perasaan halus yang tertanam dalam dirinya. Pelakon yang kuat rasa keakuannya (egoisme) atau mementingkan diri sendiri tak mungkin dapat menguasai teknik ini. Pemakaian teknik tepat masa yang seperlunya sahaja menunjukkan kekuatan lakonan seseorang pelakon, juga menunjukkan keharmonian keseluruhan pelakon.
    Volume suara yang keras akan mengesankan perasaan, sedangkan tempo yang la,mbat dalam pengucapan ayat akan mengesankan peranan atau lakonan. Tekanan tempo ini dapat diperolehi dengan cara:
1.      Memberikan jarak waktu antara satu kata dengan kata yang lain atau antara bahagian ayat dengan ayat yang lain.
2.      Dengan memanjangkan pengucapan huruf hidup atau huruf saksi (a,e,i,o,u) dalam kata atau pada ayat.


            TEKNIN MENONJOLKAN

Seorang pelakon adalah juga seorang pentafsir menurut lakonan yang akan dilakonkan. Sedangkan pengarah mentafsirkan keseluruhannya. Seorang pelakon harus mengetahui apa sahaja lakonannya yang perlu ditonjolkan. Kerana asa penonjolan adalah pengucapan dan gerak jasmani maka kedua alat ini harus dalam keadaan baik dan dapat dipergunakan dengan sempurna pula. Teknik pengucapan menonjolkan isi fikiran oleh sebab itu seorang pelakon harus mempercayai kata-kata dalam nashkak dan juga menghormatinya.


            RENUNGAN

Untuk mencerminkan perenungan atau pemikiran pelakon boleh agak lambat mengucapkan lakonnya, tetapi dengan suara yang pasti. Contoh:

AEBUAH BILIK TAMU YANG DIBERI PERABUT GAYA EMPIRE KEDUA. SEBUAH PATUNG KECIL DARIPADA PERUNGGU MASIH TERLETAK DI ATAS PINGGIR PERAPIAN.
GARCIN: (MASUK, DIHANTAR OLEH SEORANG PELAYAN SAMBIL MEMERHATIKAN KEADAAN SEKITARNYA).
                     Hm. Jadi di sini?
PELAYAN: Ya, Tuan Garcin.
GARCIN: Jadi begini rupanya.
PELAYAN: Ya.
GARCIN: Kulihat, perabot-perabot gaya Kerajaan Kedua…..
                 Ya, nanti orang juga terbiasa dengan ini.
                                       (Pintu Tertutup-Jean Paul Sarte)

       Perhatikan juga Tuan Garcin dalam perenungannya akan tempat yang baru dimasukinya itu dengan suara yang pasti dengan ucapan yang lambat ia bertanyakan pemikirannya kepada pelayan. Watak lakon dalam suasana cerita memang menghendaki perenungan dan ini hanya mampu digambarkan oleh pelakon dengnan perasaannya yang halus serta imaginasinya yang tinggi.
       Dalam suatu lakon tentulah tidak hanya pereungan sahaja. Lakonan itu beragam, misalnya lambat, sedang, senyap dan cepat. Penempatan inilah yang harus berasaskan alasan-alasan yang menyakinkan sehingga kesan kedataran menjadi hilang.


            IRAMA

Yang dimaksudkan dengan irama dalam teater ialah gelombang turun naik dan longgar kencangnya gerakan-gerakan atau suara-suara yang terjadi dengan teratur dan wajar. Irama ini dihasilkan oleh suara, gerak dan warna.
       Irama ditentukan oleh watak lakon dan juga perhitungan berasaskan tempo pertunjukkan. Irama membantu pengertian yang mengesankan kepada penonton bila irama yng diciptakan itu tidak dibuat-buat.
       Untuk mempelajari irama ini setiap pelakon dapat melatih diri dengan membiasakan menikmati dan menghayati irama alam dan manusia. Irama alam dapat dinikmati dengan mendengarkan titik-titik hujan yang jatuh ke zink, suara jam dinding di waktu sepi, desau angin di hutan belantara, gemercik air di lembah gunung dan sebgainya. Irama yang ditimbulkan oleh manusia dapat pula didengarkan melalui suara basikal yang sudah tua sedang dikayuh oleh seseorang, derik pikulan ketika pak tani membawa pikulan., suara keretapi berjalan di atas relnya dan sebagainya. Pelakon haruslah mengatur jalan pernafasannya sehingga ia memiliki perasaan yang selesa. Setiap kata yang diucapkannya harus pula dapat dihayatinya dan jelas terdengar olehnya, demikian juga ucapan lawannya bermain sehingga keseimbangan percakapan berjalan dengan baik dan yang diucapkan memenuhi sasarannya. Jangan sampai lawan berbicara mengatakan sesuatu, kita menjawab mengenai hal yang lain.
       Seorang pelakon atau sekelompok pemain teater sangat baik mempelajari senaman teater. Senaman teater akan memperbagus dan memperhaluskan gerakan dan suara. Kalau senaman teater khusus belum ada pelatihnya, baik juga dipelajari yoga untuk membantu gerakan berirama ini.


            TEKNIK UCAPAN

Teknik pengucapan sangat penting sekali kerana dengan seni berbicara seseorang akan dapat menguasai sesuatu keadaan. Beberapa cara untuk melatih suara.
  1. Rakamkan suara anda pada pita rakaman, kemudian dengarkan apakah suara anda cukup jelas, terang, mudah dimengerti dan bersih. Kalau belum ulangi berkali-kali.
  2. Lipatkan kedua daun telinga hingga menutupi lubangnya. Dengarkan suara anda dan teliti di mana suara anda yang kurang bagus dan kurang tepat, kemudian ubah.
         Bila anda merasa bahgawa suara anda sudah cukup memadai maka bacalah lakon dengan suara berbisik kemudian ucapkan dengan suara yang sebenarnya. Rasakanlah sehingga suara huruf mati (konsonan) kedengaran dengan jelas dan merupakan tulang punggung dari bahasa ucapan. Demikian juga suara huruf hidup (vokal) terasa memberikan keindahan pada bunyinya dan merupakan darah daging dari bahasa ucapan. Hindarilah selamanya bersuara melewati hidung.
         Untuk menambah kewibawaan suara, berlatihlah mengucapkan suara yang bergema. Cara membesar gema suara ialah ucapkan suara dengan kuat, lepas dan bebas di tempat latihan, di bilik tertutup (misalnya di bilik mandi) di hutan rimba, di pergunungan, di tepi sungai atau tempat lain yang sekiranya tidak menganggu ketenteraman orang lain. Seseorang yang ingin menceburi dunia menyannyi baik juga mendalami irama dan teknik ucapan ini.


            TEKNIK MENDENGARKAN

Pelakon harus kelihatan saksama mendengar ucapan temanya. Ia menanggapi setiap apa yang disampaikan dan memberi reaksi terhadap ucapan itu walaupun hanya satu gerakan kecil sahaja. Tanggapan yang wajar ialah tanggapan yang spontan, keluar dari penghayatan akan peranan (lakon) dan cerita (lakon).
       Tanggapan itu terutama pada cerita, lingkungan, teman berlakon, perkembangan cerita dan pada keragaman suasana yang ada pada cerita. Dengan tanggapan yang baik, pentas yang kosong dapat diumpamakan sebagai hutan rimba, taman, medan perang, pasar, bilik tamu dan sebagainya atau menanggapi kayu-kayu kecil sebagai hutan rimba, kumpulan balak sebagai gunung dan sebagainya. Pelakon harus sentiasa bersungguh-sungguh menanggapi lingkungan ketika ia berlakon dan cubalah bangkitkan akan penghayatan.


            KERAGAMAN

Sesebuah lakon haruslah dan dapat melahirkan beberapa gaya. Gaya itu biasanya tidak sama pada setiap lakon. Sumber gaya ditentukan oleh:
1.Penulis nashkah, ia menciptakan isi dan menjadi pusat peribadi yang berdiri dalam semua lakon.
2. Pemain bintang, biasanya sangat dipuja oleh penonton dan yang sangat dibenci ialah pelakon inti.
3. Lingkungan cerita dalam teater realis, panggung diciptakan mendekati kehendak cerita, sedangkan pada teater moden terutama yang abstrak, panggung diisi dengan benda-benda lain yang dapat mewakili yang dimaksudkan walaupun secara abstrak.
4. Gaya dan lakon watak banyak ditentukan oleh pengarah. Sebuah lakon yang sama dimainkan oleh dua buah kumpulan teater dengan pengarah yang berlainan akan melahirkan gaya yang berlainan. Masing-masing menurut gaya pengarahnya.

            ALAT

Yang menentukan mutu sesuatu permainan adalah ilham yang datang pada setiap pelakon. Dengan ilham ini ia dapat mempergunakan dan menguasai alat-alat batau peralatan tubuhnya.peralatan dirinya ini harus dapat dipergunakannya dengan berbagai gabungan dan keragaman. Kergaman itu antara lain menguasai pengucapan yang baik, gerak tubuh dan seluruh anggota badan yang sempurna, imaginasi yang luas dan intuisi yang banyak.
       Peralatan jasmani termasuklah suara, tangan, lengan kaki, leher, tubuh dan kepala. Peralatan muka pula iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, kulit dahi, pipi, dagu dan alis. Peralatan jasmani bahagian kepala banyak ditentukan oleh fungsi leher sebagai pendukungnya. Dengan kekuatan leher beberapa gerak dapat dilakukan, seperti tergandah, terkulai, miring, berpaling, menggeleng dan mengangguk. Gerak leher ini selalu berhubung dengan gerak mata, sedangkan sikap tubuh ditentukan oleh gabungan gerak kaki dan badan baik ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring.


TEKNIK PENGARAHAN


Dua hal pokok yang menjadi tugas pengarah ialah:
  1. Teknik penempatan pemain, iaitu cara mengatur perpindahan posisi para pelakon dari tempat yang satu ke tempat yang lain di atas pentas (garis panggung)
  2.  Teknik pengaturan iaitu cara mengatur gerakan-gerkan pelakon yang penting yang tidak menyangkut perpindahan tempat.
Dengan adanya garis panggung maka pelakon tidaklh secara langsung bebas berjalan ke sana ke mari. Kerana setiap gerak harus mempunyai erti yang mendukung lakonan tersebut.
Bila setiap pelakon telah menguasai lakon dan lakonannya masing-masing dan latihan karya sudah berjalan dengan lancar dan baik maka masuklah ke latihan pelancar.


            LATIHAN PELANCAR

Kalau dalam latihan karya yang dilatih itu ada pengulangan-pengulangan pada bahagian yang salah atau yang dilatih itu adalah bahagian-bahagian dari adegan atau babak maka pada latihan pelancar ini semua lakon dilakonkan mulai dari awal hingga akhir.
       Setiap pelakon sudah lepas dari peribadinya dan ia masuk pada peribadi tokoh yang dilakonkannya. Di sini sudah terlihat bagaimana pelakon dengan suka dukanya, perjuangannya, kejyaannya, kegagalannya dan sebagainya.
       Akan lebih baik bila latihan pelancar ini dilaksanakan pada pentas yang disebenarnya dengan memakai alat-alat yang memang akan dipergunakan nanti pada pertunjukan yang sebenarnya. Hal ini sangat berguna agar pelakon biasa dengan keadaan dan situasi.


            LATIHAN AKHIR

Pada latihan akhir ini bukan hanya pelakon yang harus ada, tetapi semua pekerja teater sama ada bahagian pembuka layar, jurulampu, juruhias termasuk juga penerima tamu harus turut berlatih. Bolehlah beberapa kawan terdekat turut menyaksikannya tetapi seberapa boleh wartawan dan pengkritik teater jangan ada yang hadir dahulu. Jangan ada dulu pembicaraan orang luar mengenai pertunjukan itu. Hanya orang-orang dalam sahaja yang  boleh menanggapainya.
       Sekiranya pengarah tidak ikut berlakon dalam pementasannya maka pada latihan akhir ini dia berada sebagai penonton, melihat dengan teliti mana-mana bahagian yang perlu diberi petunjuk lagi. dan ini tentunya kalaupun ada kesalahan, hanyalah kesalahan kecil sahaja. Bila selesai latihan akhir adakan perbincangan dengan semua pekerja teater itu, tidak terkecuali.


            PERTUNJUKAN SULUNG

Pertunjukan pertama ini merupakan bukti segala jerih payah mulai dari penulisan lakon sampai ke latihan akhir. Pada saat ini semua pelakon masing-masing menunjukkan kebolehannya, demikian juga pembantu lainnya. Juruhias, jurupakaian dan semua yang mendukung teater itu sama menunjukkan kemahirannya dan yang menjadi hakimnya adalah penonton. Pada masa ini tidak seorang pun yang saling menyalahkan. Klau ada kesalahan temannya bukan lagi untuk ditegur, seberapa boleh harus dibantu untuk mengatasi kalau ada masalah. Saat ini harus berjalan lancar, walau rintangan apapun yang datang.
       Berhubungan dengan penonton, ini merupakan kesatuan dari satu pementasan. Tanpa penonton tidak ada gunanya pertunjukkan, bagi teater yang menjadi ukuran bukanlah penonton yang banyak tetapi penontotn yang baik. Oleh sebab itu panggung pertunjukan pun harus diperhitungkan. Panggung yang besar dengan ruang penonton yang luas tidak sesuai untuk pertunjukan teater. Pertunjukan teater untuk dinikmati, dihayati, dilihat dan difikirkan. Oleh sebab itu orang yang duduk paling belakang sekalipun harus dapat melihat perubahan air muka seseorang pelakon, harus dapat melihat gerakan pelakon bagaimanapun kecilnya. Itulah panggung teater yang sesuai. Bukan kemegahan yang diperlukan tetapi keseimbangan.
       Berakhirnya sesuatu pertunjukan teater bukan bererti selesailah tugas kelompok teater itu. Sebenarnya pertunjukan mereka yang sulung kalinya itu bererti awal dari kerjaya mereka di bidang teater. Oleh sebab itu ikutilah bagaimana tanggapan dari penontotn, wartawan dan pengkritik.
       Pekerja teater harus berlapang hati mendengar segala pembicaraan mengenai pementasan itu, tidak kira dari penontotn biasa, wartawan mahupun pengkritik. Ada baiknya pekerja teater itu mengadakan perbincangan (diskusi) untuk menanggapi pendapat-pendapat yang disiarkan di suratkhabar atau media lainnya. Mana kritik yang dianggap membangun ambillah sebagai pelajaran dan mana-mana yang berusaha mengkritik menjatuhkan anggaplah sebagai penunjang untuk berdirinya kelompok teater itu lebih tegak. Jadi semuanya harus diterima, harus dihargai pendapat orang lain. Kalau kita menghargai pendapat orang lain bererti kita menghargai jerih pyah kita sebagai seniman teater.
       Tidak ada seorang pelakon teater sekali muncul terus berjaya. Itulah sebabnya bil menerjunkan diri ke bidang teater bukanlah pekerjaan yang setengah-setengah. Sekali berteater tetap berteater sampai tua. Tetapi dengan syarat bahawa seorang pelakon haruslah menambah pengalamannya di bidang praktis dan juga di bidang ilmunya. Seni berlakon adalah seni yang meningkat. Kalau kali ini kita baru berlakon baru di peringkat A maka lakonan berikutnya kita maju setapak iaitu di peringkat B demikian terus menerus hingga ke Z yang mana kita diakui oleh masyarakat menjadi seorang seniman atau seniwati. Inilah yang diimpikan oleh setiap pelakon dan ini pulalah cita-cita yang harus dikejar. Mengapa? Sebab seniman atau seniwati bagaikan kelapa, semakin tua semakin baiuk hasilnya.
       Seorang penulis teater, pelakon, pengarah bahkan pengkritik pun perlu memahami unsur-unsur asas teater. Sebenarnya bukan hanya mereka sahaja, penontotn atau menurut istilah kita penikmat teater pun perlu mengetahui ini supaya dapat menikmati teater lebih sempurna.
       Seorang penulis lakon, pelakon, pengarah dan terutama pengkritik perlu mengetahui jenis lakon. Yang paling sering kita lihat apakah di telivisyen, pentas teater atau dalam bentuk filem ialah tragedy dan komedi. Tetapi sebagai pengetahuan perlulah kita lihat 4 jenis dengan cirinya masing-masing.


TRAGEDI


  1. Lakon yang dimainkan merupakan hal-hal yang serius atau bersungguh-sungguh.
  2. Pelakon utama merupakan watak yang penting.
  3. Segala kejadian haruslah wajar. Apa yang harus terjadi memang harus dijadikan.
  4. Yang ditonjolkan adalah rasa kasihan dan rasa sedih.
  5. Pelakon utamanya mempunyai tekad yang bulat, berhati waja, berbudi luhur, berani mengorbankan dirinya demi untuk kebenaran walaupun tidak ada yang menolong atau menghargai pengorbanannya itu.


KOMEDI


  1. Lakon yang dilakonkan mungkin serius mungkin pula ringan, tetapi dilakonkan dengan cara yang cerah dan ringan.
  2. Lakonan seakan-akan terjadi.
  3. Kejadian yang muncul bukan dari situasi tetapi dari tokoh atau pelakon utama.
  4. Kelucuan yang dihasilkannya serius dari bukan dibuat-buat.


MELODRAMA


  1. Lakonannya serius tetapi watak pelakonnya tidak seasli tokoh dalam tragedi.
  2. Selalu ada unsur-unsur perubahan dalam lakonannya.
  3. Yang banyak ditonjolkan adalah perasaan yang mudah dipengaruhi oleh hal lain. Jadi rasa sedih lebih ditimbulkan daripada rasa kasihan.
  4. Pelakon utama dalam perjuangannya selalu menang.


FARCE


  1. Kejadian dan tokoh-tokohnya mungkin ada tetaoi tidak terlalu besar kemungkinan adanya.
  2. Kelucuan dan kegelian muncul seenaknya tetapi tidak teratur dan tidak menentu.
  3. Keyakinan yang dilahirkannya bersifat sementara.
  4. Segala sesuatu yang terjadi muncul dari situasi dan bukan dari tokohnya.
Pembahagian jenis teater ini adalah berasaskan isinya sedangkan berdasarkan bentuknya adalah:
  1. Prosa
  2. Puisi
  3. Gabungan antara prosa dan puisi.


CARA PENULISAN LAKON


  1. Nama ditulis dengan huruf besar, di hujung nama diberi tanda nokhtah bertindih (:), Contohnya:
FRANCIS: Kapten!
  1. Lakonan ditulis huruf besar dan berada dalam tanda kurung.
(SUARA RENDAH) Kapten…..(SUARANYA LEBIH DIKERASKAN SETELAH TAK ADA JAWAPAN) Kapten!
(KEPALA KAPTEN TERLIHAT SEDIKIT DARI BALIK SIKUNYA, KEMUDIAN KEMBALI SEPERTI SEMULA)
Kapten, anda sedang tidur….(IA BERDIRI KEBINGGUNGAN SEBENTAR, LALU MENGANGKAT BAHU)….
Kalau saya tidak salah duga, orang yang melihat anda mengira sedang asyik membaca. Tapi ada bezanya, dengan sendirinya…..Anda tidur benar-benar.
  1. Penjelasan atau keterangan suasana dan situasi pentas ditulis dalam huruf besar dan tidak memakai tanda kurung. Contohnya:

                                                   BABAK I

SEBUAH RUANGAN TAMU YANG SEDERHANA TETAPI KEMAS. SEBUAH JENDELA YANG TERBUKA. LEPAS TENGAH HARI MASYITOH BERDIRI DEKAT JENDELA MENGHADAP KE LUAR SAMBIL MENGENDONG ITAMAR MENNTI KEPULANGAN SUAMINYA. ITAMAR SEBENTAR-SEBENTAR MENANGIS. MASYITOH BINGUNG. SUASANA MENGHARUKAN.
  1. Percakapan ditulis menurut susunan ayat bahasa Malaysia yang betul.
  2. Penempatan nama sejajar   di bahagian  tengah  atau kiri .  Penempatan  lakonan
Dan percakapan ada beberapa cara.
            Cara pertama:
MASTITOH:  [MENEPUK-NEPUK ANAKNYA DENGAN
                       KASIH SAYANG.]
Diamlah sayang ,diamlah. Sudahlah ,jangan menangis  juga. Janganlah   menangis  juga,  sebentar     lagi  ayahmu tentu pulang .Diamlah sayang,  diamlah .
         
OBED:  [MASUK  DARI PINTU DENGAN  LESU .BADANNYA KURUS-KERING
              IA   MENGUSAP  ITAMMAR].
              Bagaimana sekarang keadaannya ? Adakah penyakatnya berkurang.
MASYITOH: Itulah . Daripada sembuh  malah  tambah sakat .Sejak tadi tiada henti- hentinya menangis.
OBED:  Panasnya pun tinggi benar. Tubuhnya kelihatan kurus. Pada hal sebelum sakit sangat gemuk dan lincah.

CARA KEDUA


MASYITOH: (MENATAP SEDIH KEPADA SUAMINYA) Kekandapun sekarang kelihatan sangat kurus sekali.
OBED: (MENGELUH PANJANG) Habis, bagaimana takan begitu. Pekerjaan sangat berat, makanan amat kurang, tidur pun tak nyenyak. Tidak berkesempatan untuk beristirihat barang sekejap.
MASYITOH: (MENARIK NAFAS DALAM-DALAM) Bagaimana gerangan Piramid? Masih lama lagikah akan selesai?
OBED: (MENGGELENGKAN KEPALA) Wah, masih lama lagi.

CARA KETIGA

OBED: Wah, masih lama lagi. entah kapan baru selesai. Padahal orang-orang yang mengerjakannya tidak terurus, sudah lesu kelelahan. Hari tadi juga ada belasan orang yang pengsan…Pekerjaan berat, ditambah lagi oleh siksaan yang tak tertanggungkan. Antara sebentar cemeti melecut punggung, padahal orang itu bukannya malas, melainkan sejenak hendak meluruskan pinggang, menghirup udara atau menghapius keringat. Si Mandur seakan-akan tak berhati mentang-mentang berlainan bangsa. Minumpun tak diperkenankan. Malah Heberon dengan Korah, lantaran tidak tahan lagi menanggung siksa, tadi naik pitam mengamuk melawan mandur. Akhirnya dikepung…
MASYITOH: Kemudian bagaimana?
OBED: Dua-duanya ditangkp. Heberon luka berat, sebab dadanya tertusuk tombak. Sedangkan Korah pahanya patah….
MASYITOH: Ya Allah!

CARA KEEMPAT

ITAMAR TIBA-TIBA MENJERIT MENANGIS. MASYITOH MENEPUK
NEPUKNYA
                                            MASYITOH
Diamlah sayang, diamlah. Ayah sudah datang sekarang. Lekaslah sembuh. Lekaslah sihat.
OBED MEMBELAI-BELAI  ITAMAR. ITAMAR DIAM.
                                            OBED
Mungkin kerana ikatannya kurang kuat, batu itu terlepas ketika diangkut. Tepat menuju ka arahku. Untung aku cepat melompat mengelak. Kalau tidak cepat menghindar, entahlah…..


CARA KELIMA


                                             MASYITOH
Kanda…Ibu Bapa Simeon akan datang ke mari. Tetapi masih ada keperluan lain dahulu sebentar. Nanti ke mari belakangan.
Ada apa gerangan maka Bapa Simeon diminta datang?
Dan kelihatannya dinda banyak termenung, mengapa? Apakah yang menyusahkan hati adinda makanya adinda nampak lain dari biasa?
                                                                                        (masyitoh-Ajip Rosidi)
Perhatikanlah kelima cara yang di atas.
Cara pertama: Nama dan lakonan sejajar atau dilanjutkan pada jajaran berikutnya. Percakapan (dialog) pada baris lain.
Cara kedua: Nama, lakonan dan percakapan sejajar dan dilanjutkan pada jajaran berikutnya.
Cara ketiga: Hanya memakai nama dan percakapan sahaja tanpa memakai petunjuk lakonan. Ini maksudnya agar pengarah lebih bebas untuk mentafsirkan lakonannya itu.
Cara keempat: Lakonan ditulis lebih dahulu, baharu nama dan kemudian percakapan. Lakonan cukup memakai huruf besar sahaja dan tidak memakai tanda kurung, dimulai dari tepi kiri. Nama ditulis di tengah dan percakapan di bawah nama dan dimulai agak ke depan dari lakonan.
Cara kelima: Tidak memakai lakonan. Nama pelakon ditulis di tengah, kemudian percakapan dimulai dari tepi kiri.
       Kepada penulis diperkenalkan kelima cara ini dengan maksud untuk bebas memilih cara mana yang disukainya dan akan lebih baik bila penulis itu  mempunyai cara yang tersendiri pula. Yang perlu diingat ialah agar pelakon dan pengarah memahami maksud lakon itu.
       Bila anda telah selesai membaca dan mempelajari serta memahami teori tentang teater ini bukan bererti bahawa anda sudah pandai berlakon. Walau bagaimanapun seelok-eloknya seni lakon itu telah anda ketahui. Sekarang tinggal lagi praktisnya. Dengan praktis terasalah bagi anda kenikmatan dunia teater itu.
       Sekiranya anda memilih untuk menjadi penulis maka selesai mempelajari ini akan anda cuba untuk menulis lakon. Anda tidak akan berhenti menulis dan menambah lagi pembacaan tentang penulis lakon yang lain dan anda pun bertambah suka melihat pertunjukan atau pementasan teater yng ada di tempat anda. Kalau anda sudah berminat betul, di tempat jauhpun akan anda kejar juga sebab dengan banyak menikmati pementasan maka pengalaman batin anda pun bertambah kaya.
       Bila anda rasa bahawa lakon  itu  sudah layak untuk diketengahkan boleh lah bincngkan kepada mana-mana perkumpulan teater untuk dimainkan atau anda membentuk sendiri  kumpulan teater bersama teman-teman yang mempunyai kegemaran  yang   sama  dengan anda.
   Sekiranya   anda   memilih lapangan jadi       perlakon maka   akan lebih  baik bila anda menggabungkan diri  dengan   kumpulan teater  yang sudah punya  nama .Tetapi kalau  hal ini agak sukar   maka  mandirikan kumpulan teater akan memberi  anda  pengetahuan yang paling berharga dalam dunia teater ini. Demikian jugalah halnya bila anda mencuba untuk menjadi pengarah. Untuk mula-mula biarlah kita bergerak dari bawah agar merasakan pahit maung terjun ke dunia teater itu. Dan sekiranya anda sanggup untuk menempuhnya naka kejayaan menanti anda.
       Ada satu lagi hal yang perlu diketahui oleh penulis, pengarah, pelakon dan pekerja teater lainnya iaitu tentang segi lain yang turut membantu kemajuan bidang yang dipilih ini (teater) iaitu wartawan dan pengkritik. Pada asasnya mereka turut membantu kemajuan kita. Mungkin kritikan seseorang itu sangat tajam sehingga menyinggung perasaan kita, tapi sebenarnya hal seperti ini tidak boleh terjadi kerana itu akan menunjukkan kelemahan kita sahaja. Akan lebih baik lagi sekiranya pembicaraan (kritik) mengenai pertunjukan kita itu ditanggapi oleh semua kelompok teater. Jadikanlah kritikan itu sebagai guru kepada kita. Sekiranya pula ada tulisan yang menyimpang jauh atau kritik yang berusaha menjatuhkan atau penontotn itu menulis bukan berasaskan suatu pengetahuan tentang teater ucapkan sahaja terima kasih kepadanya dan tidak  perlu tulisan itu diserang. Hargailah pendapat orang lain kerana orang yang datang melihat pertunjukan anda telah membuang masa dan perhatian kepada anda. Janganlah selamanya hubungan baik antara pekerja teater, penontotn dan pengkritik/wartawan, kerana kalau salah satu di antaranya tidak ada maka kehidupan teater sebenarnya belumlah berjalan dengan sempurna. Menerima kritikan merupakan pintu maju untuk seniman.




















                      Bab 6: Teras  Pemikiran Guru Sastera Yang Berkualiti

                        
                                         


Pendahuluan

       Kejayaan sesuatu organisasi berkait rapat dengan kualiti kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas penting untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Demikian juga dengan kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada mutu kakitangannya yang terlibat dalam proses pendidikan dan juga keberkesanan tugas yang diberikan sebagai satu tanggungjawab.

       Dalam profesion perguruan, istilah guru sastera terlatih bermakna seseorang guru itu sudah melalui satu proses latihan ikhtisas secara formal. Latihan ini memberikan pengiktirafan untuk menjadi seorang guru sastera berkualiti. Namun hakikatnya ialah ada guru sastera yang tidak dapat atau tidak mahu mengembangkan potensi itu untuk menjadi seorang guru sastera yang berkualiti.

       Kecenderungan guru sastera untuk meremehkan unsur-unsur keilmuan semasa, menyebabkan mereka juga meremehkan isu-isu semasa yang hakikatnya lebih mencabar. Kita amat bimbang tentang kelemahan melihat realiti kini menyebabkan kita hanyut dalam gelombang perubahan yang berlaku. Dengan demikian menangani perubahan perlulah dilakukan dengan meningkatkan keilmuan pada diri dan masyarakat keseluruhannya. Suatu sistem pendidikan yang serasi dengan kehendak masa kini yang mencakupi aspek rohani, jasmani, peningkatan daya intelek dan pemupukan emosi yang baik perlulah diusaha dan ditingkatkan (Mohd Yusof Othman, 1994: 19).

       Ketika latihan guru sastera sering mengabaikan peluang untuk mencari ilmu kesusasteraan secara praktikal. Mereka terlalu memburu teori sahaja untuk lulus periksa. Bukanlah bermakna penulis menolak teori, kerana teori juga penting, akan tetapi tidak diseimbangkan dengan ilmu sastera  yang secara praktikal. Kita tidak hairan bakal-bakal guru sastera yang kurang menimba ilmu sastera secara mantap akan kecundang ketika di sekolah. Pengajaran mereka akan masih di tahap lama dan tidak ada sebarang pembaharuan yang kreatif.

       Kalaupun seseorang guru sastera itu berkualiti, ini adalah kerana kerajinan mereka mencari pengalaman ilmu kesusasteraan. Misalnya jika dari segi puisi sering turut serta dalam majlis baca puisi seperti yang dipopularkan oleh PENA. Mereka juga begitu gigih memartabatkan kesusasteraan. Contohnya menjadi peserta, penganjur dan pemberi ilmu dalam bidang kesusasteraan. Akan tetapi boleh dibilang dengan jari guru sastera yang benar-benar aktif sebegini. Guru sastera yang berkualiti seperti ini sering menjadi rebutan di antara sekolah dan akan menjadi permata berharga bagi sekolah yang memilikinya. Mereka juga lama-kelamaan akan menjadi beku, kaku dan lesu di sekolah kerana budaya sekolah yang sering meminggirkan kesusasteraan Melayu.
      
       Untuk menjadi guru sastera yang berkualiti tidak perlu mempunyai paras rupa yang baik tetapi sanggup memenuhi kriteria-kriteria lain yang mempunyai hubungan rapat dengan tugas dan tanggungjawab setiap hari. Guru sastera yang berkualiti patut membentuk sikap positif dirinya terlebih dahulu dan barulah berusaha membentuk sikap positif terhadap pelajaran dan memupuk budaya ilmu di kalangan muridnya. Penyebaran ilmu kesusasteraan ini tidak sahaja kepada pelajar sastera, akan tetapi patut didedahkan kepada pelajar yang bukan sastera. Misalnya melalui Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Penulis di sekolah. Janganlah persatuan dan kelab ini hidup segan, mati tak mahu di sekolah.

       Guru sastera dianggap berjaya sekiranya murid mencintai ilmu kesusasteraan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang kesusasteraan. Kita khuatir terdapat guru sastera sendiri yang tidak berkualiti. Contohnya mengajar sastera melalui buku ulasan sahaja, tanpa merujuk buku asalnya.

       Dalam pelaksanaan kurikulum kita tidak hanya mempertimbangkan apa yang harus diajarkan, bagaimana cara mengajarkannya, akan tetapi juga tujuan yang akan dicapai dan faktor pelajar itu sendiri, khususnya minat pelajar untuk pelajaran. Cita-cita untuk mengejar kecemerlangan atau keunggulan dapat memusatkan perhatian kepada pelajar yang berbakat (Nasution, 1982: 13).

       Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru sastera yang berkualiti termasuklah kemahiran IT, pengurusan masa, pengurusan tingkah laku pelajar, penyampaian pelajaran, pengawasan pengajaran dan mendapatkan maklum balik pengajarannya. Guru sastera yang berkualiti perlulah bijak mengurus dan menggunakan masa. Bijak juga menggunakan segala kesempatan yang terluang untuk memartabatkan sastera. Ia perlu memulakan pengajarannya dengan sebaik-baiknya. Bukan mengajar menggunakan air liur sahaja tanpa ada alat batu yang kreatif.

       Tanggungjawab guru sastera adalah berat sekali kerana menerima pelajar dari keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan di peringkat PMR dan guru sastera sepatutnya tidak gusar dengan masalah ini. Mereka seharusnya berfikir secara kreatif bagaimana hendak mendedahkan kesusasteraan Melayu itu sendiri di kalangan pelajar dan akhirnya mereka faham. Corak pengajaran haruslah dikaji semula dan janganlah statik sahaja pada setiap kali masuk ke kelas. Sikap menuding jari kepada orang lain untuk mencari setiap alasan harus dihapuskan dan kita seharusnya sentiasa berbincang dan berfikir tentang bagaimana untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu itu sendiri. Kurangkan berpolemik dan lebihkan kepada tindakan.
Pengorbanan kita sangat penting untuk memartabatkan semula Kesusasteraan Melayu di sekolah dan tidaklah ia sentiasa di pinggirkan.
      
       Menurut Misran Rokimin (1999: 64), berdasarkan kajian yang telah dilakukannya, ilmu kesusasteraan boleh dijadikan wahana membangun sahsiah dan minda pelajar. Para pelajar yakin bahawa teks sastera yang dipelajari mengandungi unsur  kebaikan bagi membangunkan moral manusia dan membina pemikiran supaya lebih terbuka, inovatif dan kreatif. Pendidikan kesusasteraan di sekolah perlu dilihat kepentingannya oleh guru untuk kegunaan mendidik generasi muda supaya lebih bersikap bertanggungjawab dan mempunyai kekuatan diri yang utuh.


Ciri-Ciri Guru Sastera Berkualiti     

      
        Guru sastera berkualiti juga harus sentiasa mementingkan disiplin pelajarnya di dalam dan luar kelas kerana ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Bagi tujuan ini seseorang guru sastera yang berkualiti akan memberitahu dengan jelas peraturan-peraturan di bilik darjah di samping mengawal tingkah laku pelajar dengan cekap dan effisen. Tidaklah nanti bila guru mengajar di hadapan murid leka bergurau di belakang. Penulis melihat di sini guru sastera yang berkualiti seharusnya pandai menarik minat pelajar untuk memahami topik yang diajar pada hari tersebut.

       Tidak dinafikan pengalaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi sikap dan minatnya terhadap sekolah. Hal ini bergantung kepada kualiti guru sastera yang mendidiknya. Adalah menjadi tanggungjawab guru sastera untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang boleh merangsang minat murid  untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti pembelajaran. Di samping itu guru sastera yang berkualiti juga perlu menyampaikan pengajarannya dengan baik dan jelas sesuai dengan kebolehan serta kemampuan pelajar-pelajarnya. Lantaran itu juga guru sastera yang berkualiti perlu memastikan bahawa ada kesinambungan di dalam pengajarannya dan memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar yang lemah.

       Menurut Mohd Ali Muda (Mastika, 1992: 20), guru-guru sastera mempunyai beberapa kelemahan yang patut dibaiki dan diatasi dengan segera. Alas an beliau adalah berdasarkan pemerhatiannya sebagai pengetua. Guru sastera dikatakan tidak kreatif, iaitu tidak mempunyai imaginasi dari segi penghayatan hasil-hasil karya yang diajar. Mereka juga tidak meneroka awal terhadap hasil kerja yang hendak diajar. Analisis buku-buku atau teks yang hendak diajar tidak dibuat secara kemas dan teratur cuma berdasarkan kefahaman sendiri tetapi lebih bergantung kepada buku-buku kajian yang terdapat di pasaran semasa.

       Guru sastera yang berkualiti perlu mempunyai berbagai-bagai kemahiran supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksana dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran itu pula  perlu diperkembang dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Guru yang berkualiti perlu cekap mengurus kelas, bahan-bahan peralatan serta ruang supaya sesuai dengan keperluan dari segi pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai.

       Menurut Borhan Md. Zin (1999: 6-8) yang antara lain menyatakan guru sastera seharusnya memiliki beberapa sifat tertentu iaitu:

i.                    Guru sastera seharusnya banyak membaca karya sastera. Hanya dengan membaca sahaja guru sastera dapat meluaskan perspektif mereka terhadap kepentingan kesusasteraan.
ii.                  Guru sastera harus mengetahui tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Kesusasteraan Melayu. Guru sastera bukan sahaja sekadar mengetahui kaedah dan teknik yang sedia ada, seperti kaedah global, berfokus, mengalami menghayati dan structural sahaja. Malah guru sastera mesti mengikuti perkembangan teknik pengajaran terkini seperti penggunaan seni dan muzik dalam pengajaran, teknik deklamasi dan lain-lain serta kaedah yang digunakan dalam ilmu atau bidang lain.
iii.                Guru sastera sepatutnya terlibat secara langsung dengan aktiviti kesusasteraan. Banyak aktiviti sastera yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu dewasa ini, tetapi yang menyedihkan terlalu sedikit penyertaan guru sastera. Kalaupun tidak terlibat secara langsung dalam penghasilan karya, tetapi cukup dengan menghadiri dan mengenali karyawan. Ada sesetengah guru tidak mengenali penulis yang karyanya dikaji di bilik darjah. Maka, bagaimana guru hendak menjelaskan kepada pelajar tentang latar belakang penulis secara yakin dan komited jika tidak mengenali pengarangnya.
iv.                Guru sastera seharusnya seorang pelakon, pencerita dan penyampai yang baik dan berkesan. Guru sastera boleh mendeklamasikan puisi, membaca cerpen atau berlakon dengan baik. Kalau kita dapat melakukan secara berkesan dalam bilik darjah, sudah tentu ini akan membuka mata pelajar kita untuk mengikut sama, serta berminat dalam mata pelajaran ini.

       Guru sastera yang berkualiti ada lah guru contoh dan dijadikan model, serta mempunyai sifat-sifat yang boleh diteladani. Gerak laku guru sastera ini dari pagi hingga ke petang menjadi perhatian murid-muridnya. Jangan ada guru sastera yang pakaian setiap hari tidak terurus dan mempunyai tingkah laku yang kurang sopan. Guru sastera berkualiti sepatutnya adalah segala-galanya kerana mereka boleh membentuk jiwa yang halus di kalangan pelajar. Mereka boleh menjadi apa sahaja di sekolah demi membantu kecemerlangan sekolah dari semua aspek. Tidak hairanlah jika kita lihat disetengah sekolah segala kegiatannya dimonopoli oleh guru sastera kerana mereka mempunyai bakat kepimpinan yang tersendiri. Jangan persia-siakan bakat ini dan seharusnya bakat ini dicurahkan pula kepada para pelajar.

       Guru sastera yang berkualiti seharusnya sanggup menghadapi segala cabaran yang berupa rintangan, gangguan dan kesulitan dalam menjalankan tugas mereka. Hendaklah mengkaji pengalaman guru-guru yang terdahulu serta mengambil contoh mana-mana yang perlu. Ciri-ciri seperti kuasa mengingat yang tinggi, keazaman dan ketekunan yang kuat serta baik hati dan telus adalah sifat-sifat pengembang ke arah menjadi seorang guru sastera yang berkualiti. Guru sastera yang berkualiti sentiasa memikirkan secara yang lebih inovatif, kreatif dan imaginatif dalam melaksanakan tugas harisn mereka, semata-mata untuk menghasilkan pengajaran yang bermutu tinggi.

       Guru sastera yang berkualiti sudah pasti seorang yang berinovatif, bersedia menghadapi muridnya dengan idea baru walaupun dalam situasi serba kekurangan. Kreativitinya dalam memikirkan pendekatan yang menarik boleh membuatkan pengajaran dan pembelajaran menjadi suatu yang hidup, dinamik serta menyeronokkan. Ketiadaan alat yang serba canggih di sekolah anda jangan dijadikan alasan untuk melahirkan pembelajaran yang tidak kreatif.

       Pendidikan kesusasteraan perlu direncanakan secara terancang. Terdapat tiga asas pertimbangan dalam perlaksanaannya, pertama pemilihan bahan, kedua, pemilihan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan ketiga, penentuan proses dan jangkaan pencapaian objektif. Tujuan asas pendidikan kesusasteraan ialah membantu pelajar menghayati pelbagai fenomena kehidupan melalui pelbagai genre kesusasteraan secara terancang dan berterusan. Melalui aktiviti penghayatan, pelajar dilatih membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Sementara dari segi afektif pelajar diasuh memperhalus rasa kemanusiaannya (Mohd Kasim Ismail, 1999: 10).

       Penerapan nilai-nilai murni perlu dilakukan oleh guru-guru sastera ketika pengajaran sedang dijalankan. Jangan asyik mengejar bagaimana untuk menghabiskan sukatan sahaja. Penerapan nilai-nilai murni yang banyak terdapat dalam sastera dopercayai boleh mengatasi masalah disiplin, keruntuhan akhlak, masalah tidak berbudi bahasa dan bersopan, masalah penggunaan dadah, merokok, perkauman dan berbagai-bagai gejala tidak sihat di kalangan pelajar. Guru sastera dapat meningkatkan kualitinya dan boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan sekirannya mereka menjalikan hubungan yang rapat dengan masyarakat.

       Bila sudah rapat dengan masyarakat barulah segala aktiviti sastera akan dapat berjalan dengan baiknya. Mereka juga sebagai wakil sekolah dalam aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat. Keadaan ini juga boleh merapatkan lagi hubungan sekolah dengan masyarakat sekitar. Oleh itu guru sastera janganlah berlagak seperti katak di bawah tempurung dan cuma bergaul dalam kelompoknya sahaja. Jika bergaul dengan masyarakat sekitar akan berlakulah interaksi dan berbincang tentang hal-hal semasa terutama yang melibatkan bidang pendidikan kesusasteraan.

      Guru sastera yang berkualiti adalah kebanggaan sekolah dan negara terutama dalam melahirkan pendidikan yang bertaraf dunia. Jadikanlah bidang kerjaya guru sastera ini bukan setakat kerjaya sahaja dan hendaklah lebih daripada itu dalam arah kita memartabatkan semula sastera di sekolah. Semoga cita-cita kita untuk memartabatkan semula Kesusasteraan Melayu di sekolah akan membawa sinar yang cerah.


Bakal Guru Sastera

        Bakal guru sastera yang berjaya dan berkesan dalam pembelajaran dan kerjayanya ialah bakal guru sastera yang prihatin tentang sahsiah dan tingkahlaku para pelajarnya. Bakal guru sastera seperti yang dinyatakan ini akan berusaha memahami dan menangani setiap keperluan muridnya. Di waktu yang sama, beliau juga menganalisis dan mentafsir keperluan muridnya dengan cara yang positif.

       Setiap apa yang dilakukan ini telah ditimba dari latihan perguruan yang harus lebih mengutamakan psikologi dan kajian terhadap pelajar itu sendiri. Apakah bakal guru sastera peka dengan keadaan ini. Kebanyakan mereka belajar dan mencari ilmu cuma hendak mencukupkan jam kredit dan kredit sahaja. Mereka lebih ,mementingkan kepada peperiksaan dan menghafal nota yang diberi oleh pensyarah. Usaha-usaha untuk mencari pengalaman secara praktik telah dipinggirkan. Cenderung memilih kertas yang mudah untuk lulus sahaja.

       Pengalaman yang ada pada mereka ialah untuk memburu gred sahaja. Adakah mereka berfikir tentang bagaimana caranya untuk menggunakan ilmu sastera tersebut apabila sampai di sekolah? Jangan apabila sampai di sekolah nanti ibarat tikus membaiki labu dan juga ibarat tikus mendapat besi dan tidak tahu untuk membuat apa demi mengangkat martabat kesusasteraan di sekolah.

       Kita harus sedar bahawa institusi pendidikan bukan sekadar mengajar pengetahuan dan kemahiran-kemahiran semata-mata, malah ia meliputi proses pengembangan sosial, jasmani, pemikiran, intelektual, emosi dan akhlak.

       Dalam menuntut ilmu sastera bakal guru sastera sering melupakan kepentingan praktik dan kreativiti. Akibatnya apabila balik ke sekolah nanti mereka terpinga-pinga dan cuma meluahkan semula apa yang dipelajari sahaja. Tidak hairanlah tiada suatu penghasilan baru dan pelajarnya sendiri bersifat beku, kaku dan layu serta lesu. Jangan kita marahkan kepada orang bukan sastera nanti yang memandang sastera ini tiada masa hadapan.

       Menurut Borhan Md. Zin (1999: 2), pengajaran Kesusasteraan Melayu di Universiti hanya menekankan penyampaian ilmu secara kuliah. Pelajar hanya mengambil nota dan membuat kajian sekiranya perlu untuk menyediakan tugasan. Pada pendapatnya pengajaran sedemikian hanya berkesan untuk menyebarkan ilmu tetapi kurang berkesan dalam menanamkan semangat cinta dan minat terhadap Kesusasteraan Melayu.

       Tidak dapat dinafikan bahawa isi kandungan mata pelajaran sastera yang diajar amat penting, namun bakal guru sastera juga harus yakin dan berkebolehan mengadakan situasi-situasi pembelajaran yang menarik dan berkesan dalam setiap kelas yang diajarnya serta berupaya merancang pengalaman-pengalaman pembelajaran yang mencabar di samping menyeronokkan.

       Pembelajaran sastera seperti ini mementingkan kaedah pengajaran, bahan pengajaran, bukan setakat menyampaikan maklumat kepada murid tetapi juga harus dapat membentuk ciri-ciri pemikiran rasional serta intelek untuk ditanam dan disemai dalam kehidupan mereka.

       Berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang berteraskan kepercayaan kepada Tuhan, matlamat pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah untuk membolehkan pelajar menjiwai unsure-unsur dan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan, serta mengimbangkan perlakuan dan sahsiah diri mereka secara harmoni untuk memainkan peranan yang berkesan sebagai anggota masyarakat Malaysia. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan kesusasteraan dengan berfikir secara analitis, kritis dan kreatif serta memupuk pembinaan cinta rasa sastera (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991: 3).


Guru Sastera Perlu Pendedahan

       Tanggal 16 Mei setiap tahun, pelajar-pelajar sekolah berhimpun di dewan atau padang untuk mengenang jasa guru-guru mereka. Pelbagai kegiatan diadakan untuk mengembirakan guru-guru yang telah berusaha mendidik pelajar untuk menjadi orang yang berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Biappun hanya dengan serangkaian ayat “Selamat Hari Guru” dari pelajar, itu sudah memadai untuk seorang guru sebagai tanda menghargai bakti yang telah dicurahkan kepada mereka. Guru tidak pernah meminta jasa mereka dihargai. Cukup jika masyarakat dan pelajar mengerti betapa pentingnya guru dalam kehidupan mereka.

       Kini masyarakat di Malaysia khususnya mereka yang terbabit dalam dunia pendidikan sedang menhadapi era perubahan yang drastik, sama ada pelajar, guru ataupun ibu bapa sudah cukup bersedia ataupun tidak mesti menerimanya dan ianya telahpun berlaku. Gelombang perubahan tersebut merangkumi penggubalan kurikulum, mahupun dari segi objektif yang hendak dicapai di mana sedikit sebanyak mengikuti inspirasi negara yang menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

       Persoalannya sekarang, adakah guru-guru sastera telah bersedia dengan gelombang perubahan pada hari ini? Tambahan pula dalam dunia hari ini yang mementingkan IT. Sastera seharusnya seiring dengan perkembangan IT ini, malahan seharusnya maju setapak jauh ke hadapan kerana sastera adalah di antara ilmu yang tertua di dunia. Kita tidak mahu melihat guru sastera masih di tahap lama sahaja.

       Bila masuk ke kelas masih setia dengan kapur dan berceloteh dengan murid dari mula waktu mengajar sehingga waktu tamat. Da juga yang masih taksub dengan rentak pengajaran lama iaitu masuk kelas menyuruh murid membaca teks, sajak, cerpen, baca drama, bersyair, bergurindam, berteromba dan sebagainya. Guru langsung tidak menunjukkan contoh, cuma menerangkan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Setelah itu memberi tugasan kepada pelajar untuk dibuat dalam kelas atau dihabiskan di rumah (Mohd Rosli Saludin, Berita Harian, 25 Januari 2000: 6).

       Pada hari-hari berikutnya masih terikat dengan cara yang sama. Paling teruk sekali guru sastera masuk ke kelas terus menyuruh pelajar membuat tugasan dari muka surat yang telah ditentukan dengan sedikit penerangan. Murid sudah pasti bosan dengan cara yang sebegini. Setelah itu guru tersebut keluar sebentar menyiapkan tugasan yang lain. Kita boleh persoalkan guru-guru ini kerana ketika latihan mengajar persiapan mereka sungguh hebat tetapi cuma untuk lulus praktikum sahaja. Bila balik ke sekolah mereka bebas dan tambahan pula kurang pantauan.

       Ketika mengajar dalam kelas, terdapat guru sastera yang ditanya oleh pelajar bagaimana bersyair, bergurindam, berlakon, deklamasi sajak dan sebagainya yang ada kaitan dengan sastera. Guru sastera ini cuma mampu berteori sahaja. Perkara ini sungguh menyedihkan dan menjadikan pengajaran sastera di kelas kering serta hambar. Murid boleh agak apa yang akan dilakukan oleh guru sastera jika mereka masuk ke kelas.

       Suminto (1994: 21) menjelaskan tugas guru yang penting adalah sebagai informator, fasilitator dan moderator. Antaranya guru hanya sebagai penunjuk jalan bagi para pelajar yang sedang bertemasya di taman sarinya karya sastera. Oleh itu beliau menggariskan bahawa guru sastera yang baik harus memenuhi beberapa syarat antaranya:

i.                    Menguasai benar-benar bahan pengajaran
ii.                  Memahami benar-benar hakikat dan tujuan pengajaran sastera, termasuk mampu dan trampil mengapresiasikan karya sastera.
iii.                Memiliki rasa cinta kepada sastera
iv.                Memiliki fikiran kritis dalam menganalisis karya sastera
v.                  Menguasai metod pengajaran
vi.                Memiliki pandangan tertentu tentang sikap hidup, sebab sastera merupakan pengalaman jiwa manusia yang dihidangkan kepada pelajar, untuk memperkaya pengalaman mereka dalam rangka pembentukan kebulatan peribadi.

       Guru sastera sepatutnya mendedahkan pelajar dengan dunia sastera sepenuhnya. Pastikan pelajar ada kemahiran asas Kesusasteraan Melayu, terutama dari segi istilah dan teori. Pastikan juga ada penghayatan ketika mereka belajar sastera dan ada perkara yang telah mereka pelajari dari Kesusasteraan Melayu. Mereka harus bangga untuk menggali semula jati diri bangsa melalui Kesusasteraan Melayu. Akhirnya nilai-nilai murni bangsa akan terus diamalkan semula.

       Pelajar merupakan golongan sasaran yang merupakan penerima pendidikan ini. Kalau baik pengajarannya maka baiklah penghayatannya. Akan berlaku sebaliknya sekiranya pengajaran tidak sempurna. Hakikat pendidikan sastera adalah untuk membawa para pelajar ke arah pengalaman sastera dengan sikap responsif dan sensitif diharapkan muncul secara wajar. Setelah menerima tunjuk ajar guru para pelajar menghayati dan menjelajahi sendiri setiap karya sastera. Dengan itu mereka dapat menyerapkan idea daripada bahan yang dibaca sehingga terlekat dalam fikirannya sampai bila-bila (Sutcliff, 1973: 306).

       Penulis pasti ada guru-guru sastera yang mengajar mata pelajaran ini secara tangkap muat sahaja. Pentadbiran sekolah merasakan mengajar sastera ini mudah dan siapa sahaja boleh mengajarnya. Pemikiran yang sebegini rupa harus dihapuskan segera. Kebanyakan guru-guru yang mengajar sastera ini kurang pendedahan kepada dunia sastera. Mereka asyik terkurung dengan dunia persekolahan sahaja.

       Mereka mengajar terikat dengan sukatan pelajaran dan terlalu bergantung dengan buku-buku ulasan. Keadaan ini menjadikan pelajar sastera macam robot dan mereka akan menerima apa sahaja yang disoggokan. Penglahiran bakat pelajar tidak ada langsung. Mereka disoggokan dengan soalan-soalan ramalan yang dijangkkan akan keluar dalam peperiksaan. Keadaan ini merugikan dunia sastera sendiri kerana kehilangan pemikiran kreatif dan kritis.


Kepentingan Guru Sastera Berkualiti


       Sastera adalah suatu seni ekspresi yang diolah daripada pengalaman. Perbuatan, perasaan dan fikiran adalah tiga unsur yang utama dalam kehidupan yang membentuk pengalaman. Sastera menyajikan pengalaman itu dengan menggunakan bahasa sebagai medium sehingga boleh menimbulkan pengertian bagi pembaca. Melalui sastera kita boleh memungut pengalaman yang lebih luas dan lebih kaya dan dimanfaatkan untuk kepentingan diri.

       Membaca dan mempelajari karya sastera akan membawa gambaran tentang segala yang difikirkan, dirasakan dan dialami oleh bangsa itu. Sastera yang baik boleh menolong memperhalusi budi pekerti manusia dan memancarkan kepercayaan kepada agama dengan tergilapnya sifat-sifat amanah, jujur, ikhlas, kasih sayang, simpati dan bertimbang rasa (Mohd Rosli Saludin, Berita Harian, 9 Mac 1999: 6).

       Guru-guru sastera yang berkualiti akan sentiasa memikirkan cara-cara untuk memperbaiki dan memajukan pekerjaan mereka sebagai pendidik. Mereka tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapai atau berputus harap dengan kegagalan yang dihadapi. Masih ada jalan yang lebih baik yang boleh digunakan untuk mencari tujuan atau matlamat yang dikehendaki. Cara-cara baru akan tetap difikirkan, didapati dan dicuba.

       Guru sastera mestilah seorang pengamal ilmu yang sebenar-benarnya kerana pengetahuan yang diperolehi di peringkat Maktab dan Universiti adalah pengalaman yang terhad. Untuk menyiapkan diri sebagai guru yang cemerlang serta agen perubahan masyarakat yang inovatif dan kreatif, guru sastera mestilah terus mencari ilmu. Guru sastera juga perlu beranggapan yang mereka adalah salah satu agensi pembangunan negara.

       Sejajar dengan era alaf baru ini, guru sastera janganlah merasakan diri mereka kerdil dan tidak diperlukan lagi. Mereka perlulah peka dengan situasi semasa dan amat penting mereka ini sebagai lambang penagih ilmu yang dapat diperolehi daripada pembacaan, pergaulan, kursus dan seminar hingga luar bidang pendidikan. Pengalaman dan ilmu itu akan dapat membantu meningkatkan daya kreatif dan kualiti guru.

       Guru sastera yang berkualiti akan sentiasa mementingkan disiplin dalam bilik darjah dan tidak diasakan kepada perasaan takut tetapi seharusnya diasaskan kepada perasaan kasih sayang dan kesefahaman. Hubungan di antara guru dengan murid selalu rapat dan mesra. Mereka memperlihatkan sifat kemesraan dan melahirkan simpati kepada murid-murid mereka. Tambahan pula personality guru dapat dijadikan sebagai contoh untuk diikuti dan ditiru oleh murid-muridnya (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990: 5).

       Kesusasteraan Melayu adalah ilmu kaunseling Melayu yang paling ampuh dan boleh menangani permasalahan disiplin di sekolah. Guru sastera yang berkualiti sudah pasti mampu membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya membendung perlakuan negatif seperti pembakaran sekolah dan sebagainya.


Kesimpulan

       Guru sastera kini dan masa akan datang perlu berpengalaman dan berusaha untuk menjadikan dirinya berkualiti serta cemerlang. Hanya guru sastera yang cemerlang dan berkualiti sahaja yang dapat benar-benar merealisasikan cita-cita pendidikan negara. Guru sastera mesti mempunyai bekalan diri seperti kegigihan, komitmen yang tinggi, semangat yang padu dan penghayatan yang mendalam terhadap objektif serta strategi pendidikan.

       Guru sastera juga perlu melatih anak-anak didiknya supaya kreatif menggunakan ilmu dalam konteks keperluan pembangunan negara. Guru sastera perlu boleh mencipta dan mereka. Tidak cukup kalau kita hanya mempunyai ilmu pengetahuan sahaja. Kalau kita boleh mereka dan mencipta, kita akan dihormati dan maju. Tetapi untuk mempunyai daya kreatif, kita perlu mempunyai daya fikir yang tinggi.

       Sesungguhnya itu semua cabaran baru yang harus ditangani oleh guru sastera bagi melahirkan generasi akan datang ke peringkat yang tabah dalam segala segi. Bukan mudah untuk melaksanakan tugas itu, kenyataannya untuk melahirkan generasi gemilang, guru sastera sendiri perlu bertaraf cemerlang.












                                    Bab 7:Penghayatan Drama Di Sekolah




Pendahuluan


       Drama adalah kisah yang didramatisasi dan ditulis untuk dipertunjukkan di atas pentas oleh sejumlah pemain. Dalam hubungannya dengan istilah lakon, drama diertikan sebagai ragam kesusasteraan yang tersaji dalam bentuk teks atau naskah, menggunakan bentuk cakapan (baik ekacakap atau multicakap), bertujuan menggambarkan kehidupan manusia melalui perwatakan tokoh, menggunakan pertikaian, emosi dan ekspresi lewat lakuan dan gerak. Biasanya sebuah lakon dirancang untuk dipentaskan, baik dipanggung, radio, televisyen ataupun filem. Istilah lain drama adalah lakon, sandiwara atau tonil.

       Perkataan ‘drama’ sebenarnya berasal dari bahasa Yunani, yang bererti ‘gerak’ dan ‘gerak’ itupun sebenarnya bukanlah sebarang ‘gerakan tubuh badan’ tetapi ‘gerakan yang halus’. Tegasnya gerakan yang seni membawa unsur-unsur keindahan dan keseronokan. Justeru itulah drama di Greek atau Yunani , dihubungkan dengan gerakan tarian dan nyanyian. Jelaslah drama ialah gerakan yang berisi tarian, nyanyian, lakonan dan ada cerita sama ada yang bersifat simbolik atau jelas (Mana Sikana, 1985: 1).

       Menurut Kamarudin Husin (1988: 70), drama adalah jenis kesusasteraan yang tergolong ke dalam bentuk cereka. Perkataan drama itu sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘laku’ atau ‘perbuatan’. Dalam bahasa Inggeris ia disebut action. Drama pada satu ketika dahulu lebih dikenali sebagai sandiwara.

       Drama juga merupakan karya sastera yang tercipta untuk dilakonkan di pentas atau lain-lainnya oleh pelakon. Drama juga biasanya menggambarkan kehidupan secara mendedahkan pertikaian dan emosi melalui aksi dan dialong. Contohnya drama “Tamu di Bukit Kenny” oleh Usman Awang dan “Bukan Lalang ditiup Angin” oleh Noordin Hassan (Hashim Awang, 1987: 16).

       Drama merupakan lakaran peristiwa yang disedut daripada alam fantasi dan imaginasi. Peristiwa itu boleh juga diambil daripada situasi yang terdapat dalam masyarakat, isu sosial atau petikan daripada unsur-unsur pelajaran di sekolah.

       Sebuah drama, seperti juga sebuah cerpen, mempunyai sebuah cerita dengan watak-watak dan kejadian-kejadiannya. Namun, dalam sebuah drama, satu kejadian tidak diceritakan oleh pengarang, tetapi ‘ditayangkan’ di hadapan pembaca melalui satu babak dalam mana diperdengarkan ucapan dan diperlihatkan tingkah laku watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Oleh itu, peristiwa-peristiwa dalam drama disampaikan secara langsung kepada pembaca seolah-olah pembaca sendiri menyaksikannya. Akibatnya, seorang pembaca drama berkemungkinan besar lebih mudah terpengaruh oleh perkembangan cerita dalam sebuah drama hinggakan dia turut mengalami emosi watak-watak berkenaan.

       Pendek kata, drama seperti juga novel dan cerpen, mempunyai banyak potensi sebagai bahan sastera berguna di sekolah. Kejayaan guru akan bergantung kepada kebolehannya untuk memilih drama yang sesuai isi dan bahasanya untuk pelajar-pelajar, serta kecekapan guru untuk menggunakan seluas mungkin daya imaginative pelajarnya dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti bahasa yang bersabit.

       Walaupun drama tidak popular untuk dijadikan bahan pengajaran berbanding novel, puisi dan cerpen, namun ia masih mempunyai keunikan tersendiri yang berpotensi luas sebagai wahana perkembangan sosial, intelek dan bahasa seseorang pelajar dalam kemahiran bertutur (Kamarudin Husin, 1998: 110).

       Sesungguhnya belajar sambil bermain adalah satu konsep di dalam pendidikan yang dapat menggalakan murid cenderung untuk belajar, kerana pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti. Bayanglah bagaimana bosannya sesuatu pelajarn yang formal kepada murid yang tidak dapat menghubungkan apa yang dipelajari dengan kehidupan biasanya.

       Drama di sekolah bukan sahaja dapat mengajar bahasa, tetapi juga mengajar kemahiran sosial dan sikap seperti kerjasama, inisiatif, kreativiti, kesedaran terhadap sesuatu masalah tertentu dan berbagai lagi tang tidak mungkin diperolehi dari kurikulum formal persekolahan kita. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi pertumbuhan fizikal, mental dan emosi seseorang pelajar.

Pengertian Penghayatan Drama Di Sekolah



        Drama sebagai salah satu genre sastera di sekolah selalu dianggap mempunyai perbezaan dengan bentuk ekspresi dan komunikasi pengkaryaan seni lainnya dan ini disebabkan alat penghubungnya semata-mata bergantung kepada dialog. Dialonglah yang mengeksposisikan persoalan, menimbulkan krisis, melonjakkan plot dan mengindentifikasikan perwatakan. Tanpa diizinkan mengaplikasikan unsur-unsur naratif, deskriptif dan komentar langsung daripada dramatisnya, dialog ditugaskan untuk mencerna, mengadun dan mengolah semula komponen pendramaannya sehingga lahir sebuah hasil seni. Tegasnya kejayaan, malah kekuatan sesebuah drama itu terletak pada dialog.

       Dialog sebenarnya ialah bahasa. Daripada pengerjaan seorang penulis untuk menyuguhkan cerita dan pemikiran kepada audiennya, ia akan mencuba mengeksploitasi segala dimensi dan unsur-unsur bahasa supaya karyanya itu dapat diapresiasi dan dihayati. Lazimnya penulis yang kuat daya persepsi dan sensitivitinya, serta penuh bakat dan berdedikasi akan memberikan perhatian yang cukup terhadap penggunaan bahasanya. Tidak kurang pula ia akan mencuba mencipta gayanya sendiri dan memperlihatkan kesungguhannya menguasai, mengawal dan bereksperimen dalam sudut gaya ini (Mana Sikana, 1985: 133).

       Penghayatan drama di sekolah bermaksud apresiasi ke atas karya sastera berbentuk drama sebagai hasil pengenalan, pemahaman, penafsiran dan penikmatan yang didukung oleh kepekaan batin terhadap nilai-nilai yang terkandung dalam karya sastera. Setiap penghayatan memerlukan kepekaan batin untuk mengenal, memahami dan menafsirkan nilai-nilai yang terkandung dalam karya drama.

       Drama mempunyai nilai seni apabila pengalaman jiwa yang menjadi dasarnya dapat dijelmakan ke dalam kata. Penjelasan ini membuktikan bahawa kata atau bahasa adalah alat untuk menimbulkan penghayatan yang berkaitan dengan hakikat keindahan dan seni.

       Dalam bidang pendidikan, drama merupakan satu alat yang memungkinkan perkembangan sosial, intelek dan bahasa seseorang pelajar. Drama mewujudkan keperluan untuk bertutur. Dengan itu drama merupakan satu teknik atau bahan yang sesuai digunakan untuk memperkembangkan kemahiran berbahasa pelajar-pelajar.

       Pengkaji-pengkaji bidang pendidikan di Barat telah menemui hubungan drama dalam pendidikan dan menyatakan bahawa drama memainkan perana penting dalam pendidikan. Drama digunakan sebagai satu saluran atau alat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentingnya pendidikan melalui media ini dinyatakan oleh Mc Caslin (1984) dalam bukunya “Creative Drama in The Classroom”, seperti berikut:

The use of drama as a teaching tool is not new, historically, both drama and theatre have long been recognised as potent means of education and indoctrinations.
                                                                                            (Mc Caslin, 1984: 286)



       Drama dikatakan dapat berfungsi untuk memenuhi hasrat falsafah pendidikan negara kerana aktiviti drama menuntut kerjasama di kalangan para pelajar yang mengambil bahagian. Drama juga melibatkan pengalaman, oleh itu ia memerlukan kebolehan intelektual yang tinggi. Drama juga mengajak para pelajar meneroka kebenaran dengan menghayati sesuatu kenyataan yang baru. Drama juga dapat melatih para pelajar agar berdisiplin, patuh kepada kumpulan dan mengamalkan sikap menghargai kebolehan orang lain.

Cara-Cara Penghayatan Drama Di Sekolah



       Penghayatan drama di sekolah sebenarnya adalah bersifat didaktik, iaitu mengajarkan yang benar, indah, harmonis, sempurna yang membuat pelajar mengenal hakikat dirinya dan mengenal Allah. Penghayatan yang bersifat didaktik bukanlah suatu propaganda, tetapi yang mencerminkan kebijaksanaan sejagat yang dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar sepanjang zaman. Penghayatan drama ini akan memperhalus citarasa pelajar dalam menikmati seni drama sehingga dia dapat membezakan kebenaran dengan kepalsuan dan dapat melihat dengan jelas perbezaan antara style dengan retorik dalam seni drama.

       Ada dua cara mendekati atau menghayati drama. Cara pertama atas dasar karya sastera. Cara kedua didekati atas dasar pementasan atau teatrikal. Cara pendekatan pertama menggunakan analisis struktur karya sastera, misalnya mengenai tokohnya, perkembangan alur dramatiknya, latar, gaya dan konflik. Cara kedua menggunakan pendekatan tekstur, dalam hal ini melibatkan unsur-unsur teater yang lain, misalnya tata panggung (dekorasi), tata pakaian (kostum), tata rias (make up), tata suara, tata lampu, tata pementasan, penonton, pemain dan sutradara. Unsur-unsur teater ini akan mendukung keberhasilan sebuah pementasan sehingga dapat disebut seni pertunjukan yang lengkap dan sempurna (Puji Santosa, 1996: 121).

       Dalam menjayakan penghayatan drama di sekolah terutama untuk pengajaran pembelajaran, guru-guru yang terlibat perlu mempunyai inisiatif untuk mencari persoalan-persoalan yang lebih menarik yang dapat menaikkan semangat dan minat pelajar untuk berlakon. Tanpa usaha penggerak dan peransang daripada guru-guru, pelajar-pelajar yang pemalu mungkin merasakan aktiviti drama suatu beban yang amat berat dan membosankan mereka. Guru-guru haruslah memilih bentuk aktiviti yang mudah untuk dilakukan oleh pelajar-pelajar dan menanamkan sikap ingin mencuba melakonkan sesuatu watak yang biasa kepada mereka.

       Guru perlu menentukan peranan pelajar dalam menjalankan aktiviti drama di sekolah terutama dalam kelas. Antara peranan yang utama ialah pelajar sebagai pelakon dan guru-guru menentukan pelakon-pelakon berdasarkan keperluan cerita. Pelajar sebagai pembantu dan guru menentukan tugas-tugas pelajar seperti menjadi pencerita, pembaca skrip dan pembantu alatan. Pelajar sebagai penonton dan guru menyediakan tugasan-tugasan sebagai penonton seperti mencatat apa yang berlaku dan membuat rumusan di samping menjadi penonton yang teliti dan berdisiplin.

       Jika kita hendak menghayati seni drama maka kita mestilah tahu macamana untuk melakonkannya sekali. Seorang guru contohnya mestilah menguasai kemahiran pengarahan sehinggalah menjadi seorang pelakon yang baik. Di sekolah jika guru mempunyai kemahiran ini seni drama sudah pasti akan begitu menarik. Berikut adalah asas-asas dalam seni drama:

1.      Perlu ada aktiviti pemanas badan
2.      Latihan vokal dan konsonan
3.      Senaman pernafasan
4.      Latihan memek muka
5.      Lakonan di kawasan lapang
6.      Latihan penampilan diri di tengah bulatan rakan
7.      Latihan berbagai emosi (suka, murung, ketawa, marah dan sebagainya)
8.      Beraksi tanpa suara
9.      Aktiviti rasionalisasi
10.  Latihan pergerakan badan



       Pengendalian aktiviti drama di sekolah mempunyai cara, langkah dan teknik yang tersendiri. Ia tidak memerlukan skrip yang formal atau peralatan pementasan yang lainnya. Namun beberapa persediaan asas perlu disediakan yang meliputi perkara-perkara berikut:

1.      Drama dapat dijalankan di bilik darjah
2.      Penekanan aktivitinya tidak terletak pada kebolehan berlakon atau menulis skrip, namun tidak dinafikan kebolehan berlakon dapat menjayakan kaedah ini.
3.      Bahannya boleh disediakan oleh guru atau para pelajar sendiri seperti dialog-dialog, keratan-keratan atau petikan dari drama atau bahan rakaman kaset atau video.
4.      Semua pelajar boleh mengambil bahagian. Boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan.
5.      Suasana berirama haruslah dihidupkan terlebih dahulu tetapi sebaiknya tidak dijalankan secara formal.



Kepentingan Penghayatan Drama Di Sekolah



       Drama yang menggembleng hampir kesemua seni yang lain merupakan tali penghubung atau merupakan titian daripada aspek fizikal dan material kepada perkara-perkara estetika dan emosi. Melalui kegiatan drama pelajar akan dapat memenuhi kehendak-kehendak spiritual iaitu nilai estetika dan nilai emosi. Pelajar  boleh bertukang mengikut daya kreatif sendiri sambil melepaskan perasaan menerusi pengucapan yang bebas dari segala sekatan, merasakan dan melahirkan perasaan dari apa yang berlaku dan dilakukan dan sebagainya (Saparman Bakri, 1982: 76-77).

       Segala kehendak-kehendak tersebut hanya boleh didapati dari aktiviti-aktiviti drama dan hanya dalam aktiviti drama sahajalah segala perlakuan dan tindakan nalurinya tidak dianggap abnormal. Batasan kepada ekspresi diri ialah infiniti iaitu suatu titik yang tidak dapat ditentukan secara ukuran matematik tentang jauh dekatnya atau dalam tohornya. Ertinya tidak ada batasan yang menjadi sekatan kepada segala perlakuannya.

       Dari sudut emosi ini drama dapat memberikan pengetahuan yang seimbang untuk menambahkan pengalaman diri kepada pelajar di sekolah. Mereka akan dapat memahami dan mengenali sebab-sebab dan faktor-faktor penggerak sehingga sesuatu itu berlaku. Pada kebiasaannya sesuatu tindakan bagi melahirkan sesuatu perkara itu terbit dari emosi tanpa kawalan. Setelah memberi perhatian, pengamatan dan penyelidikan kepada sesuatu perkara atau perlakuan yang dikaji, maka pelajar itu akan sentiasa dapat menerima akan kelemahan manusia.

       Mereka akan berfikiran lebih matang dan lebih waras kerana manusia tidak akan terlepas daripada kelemahan-kelemahan. Kelemahan ini boleh diatasi dengan semangat yang kuat dan menguatkan tekad untuk berjaya dalam hidup. Akhirnya mereka tidak akan sentiasa latah dalam hidup kerana sudah berpengalaman. Mereka juga akan dapat mengawal serta menguasai emosi masing-masing.

       Banyak nilai-nilai yang boleh ditimba oleh pelajar melalui penghayatan drama ini dan ianya boleh dijadikan pengajaran dalam menempuh kehidupan seharian. Contohnya dalam drama ‘Baju Emas Sang Maharaja’ karya Johan Jaafar, mempunyai nilai-nilai hormat menghormati dan ini ditunjukkan oleh watak Nelayan Tua. Semasa bertemu Pertapa, Si Anak menunjukkan sikap biadap kepada Pertapa. Perlakuan ini ditentang oleh Nelayan Tua. Ketika inilah menggambarkan Nelayan Tua menghormati Pertapa dengan memohon maaf bagi pihak anak.

       Wujud juga nilai amanah yang boleh kita jadikan contoh kepada para pelajar, terutama pada watak Pertapa yang menjaga baju emas Sang Maharaja selama beberapa tahun. Pertapa sanggup dan setia untuk menjaga baju emas Sang Maharaja.

       Nilai kasih sayang pula ditunjukkan oleh Nelayan Tua kepada anaknya. Contohnya, Nelayan Tua tetap menyayingi anaknya walaupun anaknya bersikap biadab terhadapnya.

       Dipaparkan juga nilai taat akan perintah agama. Pemakai baju emas perlua ada nilai-nilai baik yang dianjurkan oleh agama iaitu harus kuat hati dan semangat, kuat iman dan keyakinan, kuat pegangan dan iktikad, kuat rohani dan jasmani, serta kuat menerima dugaan dan kuat kesabarannya. Bila Si Anak tiada mempunyai nilai-nilai ini ia terpaksa memulangkan kembali baju emas tersebut.

       Dari sudut intelek pula drama dapat mendorong pelajar di sekolah dalam memerhati, menilai dan menganalisis sesuatu perkara. Mereka harus dapat merasakan perasaan yang dilahirkan melalui dialog-dialog drama dan mengambil satu tindakan positif terhadap lakonan yang bakal dipersembahkan. Lanjutan dari pengetahuan memerhati itu akan terbawa-bawa dalam kerja-kerja menelaah pelajaran di sekolah. Belajar bukan setakat menghafal sesuatu kemudiannya diluahkan kembali bila tiba masanya seperti ujian-ujian. Apa yang dituntut adalah tentang kefahaman yang mereka dapati dari pemerhatian, penilaian dan penganalisisan tentang sesuatu isi pelajaran yang diberikan oleh gurunya.
       Nilai intelek akan lahir apabila melalui karya itu timbul suatu kefahaman tentang hakikat persoalan dan pemikiran drama itu. Semuanya itu mempunyai nilai ilmu yang tinggi kepada pelajar, iaitu yang baik dijadikan panduan dan yang buruk dijadikan sempadan. Setiap persoalan dan pemikiran akan menjadi bahan pemikiran kepada pelajar.

       Drama ‘Serunai Malam’ karya Usman Awang misalnya menyerlahkan pemikiran mengenai pertentangan pandangan manusia kesan perbezaan latar belakang hidup masing-masing. Sebahagian orang memandang tinggi kepada mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Manakala sebahagian orang lagi memikirkan adalah lebih baik melanjutkan pelajaran di dalam negeri.

       Pemikiran drama ini seterusnya berkisar kepada nilai pekerjaan seseorang. Ramai ahli masyarakat yang meletakkan bidang pentadbiran seperti pegawai tadbir (D.O.) lebih tinggi berbanding dengan dunia perguruan walaupun masing-masing adalah lulusan universiti.

       Banyak persoalan drama ini yang boleh menjadi renungan ilmu kepada pelajar, misalnya tentang perbezaan pandangan hidup orang kota dan orang desa. Umar berasal dari desa sementara Safiah dari kota. Perbezaan latar ini menyebabkan Umar lebih gemar untuk kembali bertugas di desa berbanding Safiah yang dibesarkan di Bandar dan tidak minat untuk tinggal di kampung apabila telah berumahtangga.

       Terdapat juga persoalan pandangan hidup golongan muda dan golongan tua. Ibu Safiah walaupun tinggal di Bandar namun ia adalah warisan generasi lama apabila kurang mahir mengenai apakah konvokesyen. Orang tua yang diwakili oleh watak Majid (bapa Umar) amat menjaga waktu solat, apabila masuk sahaja waktu ia terus bersolat.

       Manakala Umar dan Safiah masih berbual-bual walaupun mereka tahu telah masuk waktu solat. Bagi ayah Umar pakaian yang dipkai oleh Safiah tidak sesuai. Tetapi Umar tidak merasakan bahawa pakaian tunangnya yang seperti bungkus nangka menurut pandangan bapanya itu tidak menyenagkan bapanya.

       Dapat juga difikirkan tentang cara pergaulan hidup orang dalam alam pertunangan. Hidup orang dalam pertunangan memang sewajarnya mesra. Tetapi cara yang ditunjukkan oleh Safiah dan Umar dengan berpegangan tangan sebelum diijabkabul adalah dilarang oleh agama Islam. Namun hal sebegini telah seolah-olah menjadi lumrah bagi kebanyakan pasangan kekasih.

       Seterusnya dpat juga difikirkan tentang persoalan pandangan hidup mengenai bidang pentadbiran dan perguruan. Safiah memandang bahawa kerjaya sebagai pegawai tadbir lebih menarik berbanding dengan bidang perguruan. Bagi Umar pula ia lebih meminati bidang perguruan atas sifatnya yang mahu berkhidmat ke atas anak bangsa di tanah air sendiri.

      Akhir sekali boleh juga diketahui tentang persoalan keinginan hidup di lur negeri. Kegemaran tinggal di luar negeri menjadi kebanggaan sesetengah orang. Mereka memandang hal ini sebagai satu ukuran status seseorang. Biasanya pandangan sebegini adalah kegemaran golongan elit dan hal ini sesuai dengan Safiah yang boleh dikatakan berada di dalam kelompok sebegitu.

       Dalam bidang sosial pula, pelajar-pelajar yang semula jadi suka kepada kawan itu akan merasakan kemesraan antara satu sama lain. Hal ini berlaku kerana antara mereka telah ada semacam penyesuaian diri dan saling faham memahami juga dapat bertolak ansur. Keperluannya adalah besar kerana mereka harus bekerja dalam kumpulan dengan ahli kumpulan yang sama buat beberapa waktu. Dengan itu segala kepentingan diri harus diketepikan.

       Mungkin dalam pergaulan biasa atau ketika mengadakan gerak kerja drama, terdapat pelajar dari berbagai keturunan bangsa dan seting yang berlainan. Setiap individu itu seharusnya mengikut akan tuntutan ramai dalam erti kata memahami kehendak setiap ahli masyarakat, seperti kebudayaan dan agamanya. Dari keadaan yang demikian kita dengan secara tidak langsung telah memasukkan didikan sosiologi yang seterusnya membawa kepada pendirian demokrasi yang tulin itu tanpa memandang tempat dan kedudukan seseorang.

       Rahmah Bujang (1980: 25): Drama Dalam Pengajaran, dalam Azman Wan Chik, Sastera dan Drama Melayu dalam Pendidikan pula menyenaraikan tujuan penghayatan drama di sekolah:

1.      Melatih dan membekalkan pelajar ke arah mempercayai kebolehan/bakat diri
      sendiri (berdikari).
2.      Melatih dan membekalkan pelajar ke arah pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif.
3.      Membina kesedaran murid bahawa mata pelajaran yang diajar di sekolah itu adalah saling berkait satu sama lain.
4.      Membantu menambahkan lagi daya pemikiran pelajar-pelajar yang lemah dan mempermajukan lagi daya pemikiran pelajar yang cergas.
5.      Melatih pelajar mengamati penggunaan sepenuhnya segala pancaindera mereka dengan baik.
6.      Melatih pelajar memahami segala aspek penghidupan sebelum mereka berada dalam keadaan yang benar.
7.      Melatih dan menggalakkan pelajar membuat keputusan sendiri ke atas apa-apa masalah dalam jangka waktu yang diberikan.
8.      Melatih dan menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai dalam keadaan yang betul/tertentu.
9.      Menanam semangat kerjasama dan saling mempercayai dalam suasana muhibbah di antara kaum/keturunan.
10.  Melatih pelajar menimbang dan menghormati pendapat orang lain dengan baik.
11.  Melatih dan melahirkan pelajar menyebut perkataan dengan jelas dan betul (Speech training).
12.  Melatih dan membina pemikiran pelajar secara kritis.



       Matlamat pendidikan negara adalah untuk meningkatkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang baik serta sempurna kerana dengan cara itu ia dapat mewujudkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di sekolah, drama merupakan satu kaedah yang sesuai kerana dapat memberi peluang kepada pelajar belajar secara bermain. Belajar secara bermain merupakan satu konsep dalam pendidikan yang dapat menggalakkan pelajar-pelajar cenderung untuk belajar dan merupakan stimulasi yang baik bagi pelajar-pelajar berlatih bercakap dalam bahasa Melayu baku.

       Pihak guru boleh mempraktikkan teknik drama dalam bilik darjah ketika menjalankan pengajaran kerana kehadiran teknik seperti ini dapat menghidupkan situasi bilik darjah, di samping memberi penekanan terhadap nilai-nilai pendidikan kesenian, sikap toleransi, kerjasama dan sebagainya. Keadaan ini dapat membantu menerapkan pelbagai kemahiran dan kepandaian yang boleh disemai dan dipupuk di kalangan pelajar. Kebenaran ini disokong oleh Donald Lightwood (1974: 8):

It is the making of drama that has the most to contribute to the development of children, and its importance is such tat it should have a regular place at all stages. By being provided with opportunities for self expression, the child is given an outlet for his feeling and helped ti gain some control over his emotions.



       Aktiviti-aktiviti penghayatan drama yang sesuai boleh digunakan untuk melatih para pelajar mencapai tahap kematangan diri dengan cepat. Dengan cara ini mereka lebih dapat mengenali diri, budaya dan masyarakatnya.

       Azman Wan Chik (1981: 88) pula menyatakan bahawa drama dapat menyokong penggunaan pelbagai kepandaian dan kemahiran seperti bahasa, kesusasteraan, bercakap dengan irama, menghafal, menghilangkan tabiat malu, pelajaran gerak irama, menyanyi, menyesuaikan hati dengan fikiran, rasa dan tenaga dan berbudi bahasa.

       Jadual waktu yang begitu padat dalam KBSR dan KBSM tidak memberi banyak peluang kepada pelajar untuk menghilangkan rasa bosan. Para pelajar dalam peringkat umur ini memerlukan pergerakan yang boleh melapangkan fikiran dan menghilangkan kebosanan. Penghayatan drama boleh memenuhi keperluan ini kerana teknik drama membawa situasi pengajaran pembelajaran yang kurang kongkongan, tidak formal dan menggalakkan penglibatan secara langsung dan secara aktif di kalangan pelajar. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan.

       Sebenarnya, penghayatan drama dalam pendidikan ialah aktiviti harian dalam pembelajaran bahasa dan kesusasteraan seperti lakonan, berdialog, main peranan, perbincangan, simulasi dan sumbangsaran yang berasaskan idea, cerita atau bahan-bahan bacaan yang ada dalam pengalaman dan pengetahuan para pelajar. Walaupun ia bersifat persembahan, yang perlu hanyalah persembahan sebuah adegan atau satu sketsa pendek yang dipetik daripada mana-mana skrip drama atau bahan yang diambil daripada peristiwa-peristiwa harian yang berlaku di sekitar kehidupan harian para pelajar. Persembahan ini disaksikan oleh sekumpulan rakan sedarjah atau sekadar persembahan dalam kelas sewaktu pengajaran dijalankan.

       Penghayatan drama di sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan watak atau personalitinya yang tersendiri dalam mewujudkan bentuk bahasa yang diperlukan. Drama mencungkil bakat semula jadi seseorang pelajar dalam meniru, menggayakan, melakonkan dan mengeluarkan perasaan melalui gerak-geri dan bahasa yang sesuai. Aktiviti ini membolehkan pelajar membayangkan dan mengingati semula peristiwa yang pernah berlaku serta menghidupkan pengalaman silam.


Masalah

       Penulis mempunyi beberapa pengalaman di sekolah dan pusat pengajian tinggi tentang penghayatan drama ini. Di sekolah masalah besarnya guru tiada kemahiran untuk membuat penghayatan drama di sekolah. Mereka masih terikat dengan teknik menyumbatkan ilmu di mulut pelajar, berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan pelajaran, menggunakan bantuan buku ulasan dan terkongkong dengan sikap untuk lulus periksa sahaja. Kesannya nilai-nilai baik yang boleh di pelajari melalui penghayatan drama di sekolah gagal diterapkan.

       Guru juga masih terikat dengan suasana dalam kelas sahaja dalam mendidik pelajarnya terutama dalam menghayati drama. Penghayatan drama ini boleh dibuat dimana-mana sahaja kawasan sekolah termasuk di padang dan juga tempat yang selesa bagi pelajar untuk belajar. Suasana yang berlainan setiap hari boleh menarik minat pelajar untuk memahami apa yang diajar.

       Pihak pentadbiran sekolah mempunyai sikap yang prajudis terhadap aktiviti penghayatan drama di sekolah kerana dikhuatiri sukatan pelajaran tidak akan dapat ditamatkan. Di samping itu suasana bising dalam kelas semasa aktiviti penghayatan drama dikatakan mengganggu kelas lain untuk belajar.

       Guru-guru tidak mahu meluaskan ilmu yang ada pada diri masing-masing dan setiap tahun masih terikat dengan cara pengajaran yang sama. Aktiviti kesusasteraan terutama persembahan drama dan teater yang ada tidak diambil kesempatan untuk menimba pengalaman. Guru-guru tidak sepatutnya berkhayal dengan berteori sahaja. Dunia sekarang juga mementingkan praktikal dalam mendidik pelajar di sekolah. Berpijaklah kita dalam dunia yang nyata.

       Penghayatan drama di sekolah jarang mendapat sokongan yang padu dari rakan-rakan guru yang lain dan guru-guru yang mahu menjalankan penghayatan drama di sekolah jadi keseorangan. Bila ada pertandingan drama yang mahukan wakil dari pihak sekolah jadilah guru yang berminat terkapai-kapai terutama dalam menghadapi masalah pengurusan serta keewangan.

       Kurang pemahaman dengan dasar Kementerian Pendidikan membuatkan pihak sekolah memfokuskan kepada kegiatan untuk cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Aktiviti yang dikatakan membuang masa akan diketepikan sahaja dan membuatkan guru yang berminat hilang semangat untuk melaksanakannya.

       Di pusat pengajian tinggi penulis sempat mengajar kertas drama dan kertas amali seni lakon dan teater. Apa yang boleh dibuat tanggapan bahawa bakal-bakal guru agak malu untuk menunjukkan bakat jika tidak melibatkan markah. Bila ada markah barulah mereka akan cuba sedaya upaya. Beberapa tahun yang berikutnya sebelum penulis menyambung belajar ke peringkat Phd, ramai bakal-bakal guru yang tidak mahu mengambil kertas ini dengan alasan menyusahkan, tidak mahu banyak kerja dan tidak mahu berlakon. Mereka lebih senang mencari kertas yang tidak banyak cabaran. Tidak hairanlah bila balik di sekolah mereka tidak tahan pada cabaran dan lebih bersikap katak di bawah tempurung.

       Satu daripada kecacatan yang berlaku dalam pengajaran sastera dan bahasa adalah apabila guru yang mengajarnya terlatih dalam mata pelajaran lain tetapi disuruh mengajar mata pelajaran bahasa dan sastera termasuk untuk penghayatan drama. Maka berlakulah kemalangan yang amat besar kepada bukan sahaja pengajaran tetapi juga pendidikan bahasa dab sastera.

       Guru-guru sastera dan bahasa yang terlatih itu boleh dikategorikan kepada beberapa. Antaranya ialah guru yang lebih berminat mengajar tentang sastera dan bahasa tetapi bukan karya sastera dan bahasa itu sendiri. Beruntunglah pelajar yang mendapat guru terlatih sastera dan bahasa yang dapat menghidupkan karya-karya sastera dan bahasa yang diajarnya.


Saranan

       Kemeterian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dewan sekolah yang begitu canggih serta lengkap dengan berbagai kemudahan dan adalah dicadangkan supaya pihak sekolah menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya. Aktiviti penghayatan drama sepatutnya kerap diadakan di dewan ini. Jangan diadakan secara bermusim sahaja. Buatlah satu perancangan yang lengkap demi kebaikan akademik dan bukan akademik pelajar.

       Pihak aktivis teater sepatutnya turun ke peringkat akar umbi terutama sekolah untuk membuat bengkel dan persembahan secara tersusun dan terancang. Janganlah syok sendiri dengan kumpulan masing-masing sahaja. Bila ini boleh dijalankan dengan baik maka kegiatan teater akan lebih rancak dan mempunyai khalayak yang menyeluruh, tidaklah khalayaknya orang yang sama sahaja pada setiap persembahan dan bengkel.

       Sekolah yang sudah tinggi tahap penghayatan dramanya boleh merancang dengan baik untuk membuat persembahan di dewan sendiri dan ini boleh diambil kesempatan untuk mengisi tabung pelajar untuk kepentingan akademik dan bukan akademik. Persembahan dari kumpulan luar yang ternama juga boleh memberi pulangan yang baik juga.

Kesimpulan

       Penghayatan drama di sekolah boleh digunakan pada bila-bila masa yang sesuai dalam proses pengajaran pembelajaran. Aktiviti ini boleh memenuhi keperluan berikut iaitu menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap pelajaran dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya, seorang pelajar boleh menggunakkan teknik mimos untuk mencetuskan perbincangan.

       Penghayatan drama boleh menjadi aktiviti fokus dalam sesuatu pengajaran. Ini boleh dilaksanakan melalui pemilihan bahan sama ada bahan sastera atau bukan sastera seperti sejarah, sains, agama, seni dan budaya. Penghayatan drama dalam pengajaran bahasa dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan terhadap pembelajaran yang telah berlaku. Contohnya setelah mengajar makna perumpamaan, pelajar diminta melakonkan satu peristiwa untuk menerangkan maksud perumpamaan itu.

       Penghayatan drama merupakan salah satu teknik belajar yang menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif. Oleh itu teknik ini sesuai digunakan sebagai aktiviti pemulihan. Aktiviti penghayatan drama boleh digunakan sebagai suatu cara penilaian formatif dalam pengajaran bahasa. Contohnya, pembacaan skrip yang menunjukkan intonasi dan sebutan yang betul.

       Sebenarnya, pembinaan penghayatan drama di sekolah adalah pembinaan minat intelektual. Hal ini tidak dapat dipisahkan dari mata pelajaran yang lain. Pengajaran penghayatan drama bagaimana pun baiknya, tidak banyak manfaatnya kalau minat pelajar terhadap keterpelajaran kurang dibina. Penulis berpendapat bahawa pengajaran penghayatan drama harus sudah dimulai diatur sejak dari sekolah rendah lagi.

       Penghayatan drama di sekolah harus diimbangi dengan penyediaan tenaga pengajar yang berpengalaman dan kreatif. Banyak sekolah yang bingung mencari tenaga yang seperti ini. Akibatnya tenaga pengajar yang ada tidak mampu memberikan pendidikan penghayatan drama yang baik. Dalam hal penghayatan drama ini pelajar harus di bawa ke tempat persembahan drama yang baik untuk memberikan galakan dan pengalaman kepada mereka

















                                     Bab 8: Guru Yang Mendapat Sanjungan
                                         



A.    Kesantunan Diri



1. Sanjungan bermaksud penghormatan, pujian, kemuliaan, penghargaan dan   pengiktirafan (Kamus Dewan, 1994: 1188). Bertuah rumah kerana tuanya, bertuah negeri kerana pucuknya, bertuah sekolah kerana gurunya. Guru yang mendapat sanjungan adalah guru yang telah ditinggikan seranting, didahulukan selangkah, dilebihkan sekuku dan dipanjangkan serambut. Guru jenis ini akan dijadikan ikutan, contoh dan teladan. Lidahnya asin, pintanya kabul, pengajarannya hebat, ideanya kreatif dan tidakannya sesantun budi seindah bahasa. Ia juga boleh mendatangkan kedamaian, kehebatan, ketertiban dan kesejahteraan sesebuah sekolah.
                      Guru menjadi payung sekolah
                      Jauh mula tampak
                      Dekat mula bersua
                      Rimbun tempat berteduh
                      Kuat tempat berlindung
                      Besar tempat bernaung
                      Kukuh tempat bersandar
                      Wajib dihormati
                      Pantang dikhianati

2. Jika mahu menjadi seorang guru yang menjadi sanjungan mestilah sanggup menerima petuah (tunjuk ajar) dan amanah (tanggungjawab)  yang penuh berisi dengan nilai-nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosialnya. Berikut dinyatakan bahawa:

          Menuntut ilmu pada yang patut
          Mengaji ilmu pada yang terhormat
          Belajar pada yang benar belaka
          Mencontohi pada yang senonoh
          Memakai pada yang sesuai seukur

          Tahu nang kecil pada nang besar
          Tahu nang besar pada nang tua
          Tahu nang tua pada nang dulu-dulu
          Tahu nang dulu-dulu pada nenek moyang
        

Guru yang menjadi sanjungan sudah pasti dapat membentuk pelajarnya untuk memahami  kebudayaan sendiri, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan  menghadapi cabaran pada masa depan (Mohd Salleh Lebar, 1992: 184).

3. Guru hendaklah sentiasa berpegang kepada segala petuah (tunjuk ajar) dan amanah (tanggungjawab) yang berfaedah terutama seperti yang telah diprogramkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Semuanya boleh membentuk sahsiah yang unggul. Petuah (tunjuk ajar) dan amanah (tanggungjawab) tersebut berbentuk petunjuk, nasihat,  pengajaran dan contoh teladan.

          Yang disebut petuah
          Yang  disebut amanah
          Petunjuknya mengandungi tuah
          Pengajarannya berisi maruah
          Petuahnya berisi berkah
          Amanahnya berisi hikmah
          Nasihatnya berisi manfaat
          Pesannya berisi iman
          Kajinya bersulamkan budi
          Mencontohi  pada yang senonoh
          Meneladani  jalan keTuhanan


Sarjana pendidikan berpendapat bahawa sahsiah unggul yang ada pada seseorang guru merupakan satu daripada pembolehubah yang terpenting yang akan memudahkan atau menyulitkan proses pembelajaran-pengajaran. Pendapat ini dipersetujui oleh Murray apabila beliau menulis bahawa sahsiah yang unggul mempengaruhi tingkah laku guru dalam berbagai-bagai  perkara serta interaksi dengan murid, kaedah pengajaran yang dipilih dan digunakan, serta pengalaman pendidikan yang dipilih (Murray, 1972: 383).

4. Ketaatan terhadap ibu dan bapa, diutamakan dalam kehidupan sebagai seorang guru. Guru yang taat pada orang tuanya, selamat di dunia dan di akhirat. Sebaliknya, guru yang derhaka kepada ibu bapanya, bukan sahaja disumpahi oleh masyarakat, akan tetapi akan diseksa di akhirat kelak.

          Apa tanda guru terpuji
          Kepada ibu bapa ia berbakti
          Mentaati ibu bapa sepenuh hati
          Ibu bapanya dijunjung tinggi
          Terhadap ibu bapa ia amanah
          Kepada orang tuanya tiada menyalah
          Memelihara ibu bapa tiada lengah

  1. Seseorang guru yang hebat juga akan mementingkan soal budi, walaupun sudah masuk ke era globalisasi. Perbuatan yang mulia dan terpuji itu antara lain adalah bertanam budi dan membalas budi. Sebutan guru berbudi melambangkan guru berperilaku terpuji, mulia dan dihormati oleh masyarakatnya. Sebaliknya, guru yang tidak tahu budi atau tidak membalas budi, maka guru itu dianggap jahat, tidak tahu adat, berperilaku buruk, hina, dibenci dan dijauhi oleh masyarakatnya. Kajilah pesanan berikut:

          Kalau hendak tahu  guru yang nista
          Berbuat baik ia tak suka
          Menanam budi mengambil muka
          Termakan budi ianya lupa
          Perangai buruk berkata dusta
          Halal dan haram disama rata
          Menolong  harapkan harta
          Membantu  harapkan pusaka
          Berbuat baik ada maksudnya


  1. Dalam kerjaya sebagai seorang guru penting ditunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi. Bila guru ada sikap seperti ini ia akan dihormati dan dihargai oleh masyarakatnya. Sebaliknya, guru yang tidak bertanggungjawab akan direndahkan, dilecehkan bahkan diejek oleh masyarakatnya. Rasa tanggungjawab ini sepatunya sudah sebati dalam diri dan dilatih sejak dalam latihan sebagai seorang bakal guru. Pesanan berikut janganlah ditinggalkan.

          Guru bertanggungjawab sebarang laku
          Berlepas tangan ianya malu
          Hak dan kewajipan ianya tahu
          Didahulukan selangkah
          Ditinggikan seranting
          Dilebihkan sekuku
          Dipanjangkan serambut
          Diberikan beban berat
          Diberikan tanggungjawab
          Diberikan amanah berat


      Hamdan Sheikh Tahir (1979: 146) antara lain menyentuh perbezaan guru yang bertanggungjawab dengan mengatakan;

          “Seorang guru yang berjiwa ikhtisas memandang lapangan perguruan bukan
          dengan kacamata hendak mendapat gaji dan mendapat cuti penggal, tetapi
          memandangnya dengan kacamata mahu berkhidmat, berbakti dan berjasa
          kepada masyarakat dan negara. Oleh itu khidmat guru bukanlah terhad kepada
          batasan jam, hari dan minggu. Tugas guru tidaklah terhenti apabila murid-
          murid tidak berada di hadapannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang
          berjiwa ikhtisas sentiasa mengingati kepentingan murid-muridnya di mana-
          mana ia berada. Inilah bezanya di antara seorang yang menjadi guru dengan
          seorang yang bekerja sebagai guru.”


  1. Malu adalah sifat yang dijunjung tinggi dalam dunia guru. Kalau malu sudah hilang, guru sama seperti binatang. Sifat malu adalah cerminan moral. Malu berbuat kejahatan, malu melakukan pekerjaan yang tercela, malu berkata kasar, malu menyombong, malu menipu, malu berkhianat, malu menderhaka, malu merampas hak orang lain, malu melepaskan kewajipan dan tanggungjawab, malu menyingkap keburukan orang lain dan banyak lagi. Dipantangkan pula guru malu kepada perkara-perkara yang baik, misalnya malu menuntut ilmu, malu mengakui kesalahan dan kebodohan diri sendiri, malu berterus terang, malu bertanggungjawab, malu melakukan pekerjaan kasar yang halal, malu meminta petuah dan amanah dan sebagainya. Sejauh mana guru memandang sifat malu, dapat disemak melalui pesanan berikut:

          Tanda guru tidak bermalu
          Perangai buruk tipu menipu
          Budi rendah adu mengadu
          Hati busuk cemburu mencemburu
          Kelakuan hina seteru berseteru
          Diri bodoh berlagak tahu
          Ditunjuki orang tiada mahu
          Berkata jujur lidahnya kelu
          Berbuat baik tangannya kaku
          Kerja berlagak ke hilir ke hulu

  1. Berkasih sayang adalah sifat terpuji yang dijunjung tinggi dalam kehidupan sebagai seorang guru. Kasih sayang adalah dalam konteks yang positif dan tidaklah terbatas dalam ruang lingkup keluarga dan kaum kerabat, tetapi juga dalam bersahabat, bermasyarakat dan dengan kelayan kita iaitu murid dalam konteks pendidikan. Kalau hidup berkasih sayang, negeri damai, hidup tenang, kerana kasih lenyap selisih. Kalau hidup benci membenci, bangsa rosak binasalah negeri. Hayatilah pesanan yang keramat ini.

          Kalau tak mahu berkasih-kasihan
          Hidup menjadi tidak berkawan
          Sebarang kerja membawa permusuhan
          Badan teruk hidup bentan
          Saudara menjauh, sahabat menekan
          Kalau tak mahu berkasih-kasihan
          Di situlah tempat masuknya syaitan
          Berburuk sangka kepada kawan
          Dengki khianat kepada teman
          Sengsaralah hidup zaman berzaman
          Hilang kasih, tumbuhlah selisih
          Hilang sayang, tumbuhlah perang

  1. Salah satu sandaran kerjaya guru adalah musyawarah dan muafakat. Dunia perguruan  menghormati dan menjunjung tinggi musyawarah dan muafakat dalam aktiviti harian mereka. Melalui musyawarah dan muafakat hasilnya adalah cemerlang, gemilang dan terbilang. Dua perkara tadi haruslah dijalankan secara terbuka, jujur, bebas mengeluarkan pendapat, tidak ada paksaan, mengutamakan kesatuan, menghormati pendapat orang lain, tidak pilih kasih, mendahului kepentingan umum dari kepentingan peribadi dan sebagainya. Fikirkan pesanan di bawah ini:

          Bila musyawarah disia-siakan
          Di sanalah tempat masuknya syaitan
          Melangkah tidak seiring jalan
          Berkata tidak segan menyegan
          Hukum berbalik ke pangkal lengan
          Akal salah hilang fikiran
          Aib terdedah sepanjang jalan
          Masyarakat kacau negeri tak  aman

          Bila muafakat tidak terpakai
          Banyaklah kerja  terbengkalai
          Bagai lidi tidak bersimpai
          Hidup sekampung bercerai berai

  1. Bidang perguruan sangat menyanjung tinggi sifat berani, kesatria, taat dan setia. Sifat berani yang dijunjung tinggi itu adalah berani kerana benar, berani kepada yang hak, berani menegakkan keadilan, berani menghapus arang di kening, berani di jalan Allah dan sebagainya yang bersifat menuju dan mengacu kepada kebaikkan. Sebagai seorang guru kita dilarang berani membabi buta dan dilarang berani membela yang buruk, berani melanggar agama, adat dan sebagainya.

          Apa tanda berani terpuji
          Tidak mengharap puji
          Menurut perintah Ilahi
          Mengikut sunah nabi
          Ikhlas hati lagi terperi
          Tidak merosak budi
          Tidak mencari kelahi
          Tidak melupakan diri

          Apa tanda berani terkutuk
          Berani kerana berniat buruk
          Berani berbuat kerja tak elok
          Berani bercakap bermulut busuk
          Berani di belakang kutuk mengutuk
          Berani kepada orang yang takluk

          Minum kopi dengan susu
          Kurang manis ditaruh gula
          Hidup guru tak ikut nafsu
          Takut mati seperti gila

           Air sampah tak hanyut
           Masakan pula kemarau panjang
           Hidup guru tak seperti melukut
           Itulah rahsia untuk cemerlang


  1. Kerjaya sebagai seorang guru juga sangat mengutamakan sifat jujur, taat, setia, ikhlas dan bersih hati. Guru yang jujur hidupnya akan mujur. Kementerian Pelajaran dan tempat latihan perguruan sentiasa menanamkan sifat jujur kepada bakal gurunya. Dalam tugas seharian guru yang jujur, ikhlas, lurus dan bersih hati akan sentiasa dihormati dan disegani.

          Guru yang jujur, mujur
          Guru yang ikhlas, bernafas
          Guru yang dusta, menderita
          Guru yang bongkak, tercampak
          Guru yang jujur, termasyhur
          Guru yang lurus, lulus
          Guru yang ikhlas, lepas
          Guru yang bohong, tersadung
          Guru yang khianat, lumat
          Guru yang dengki, mati
          Guru yang belot, kalut

  1. Hemat dan cermat, adalah sifat terpuji dalam kehidupan sebagai seorang guru. Guru hemat mendapat, guru cermat selamat. Guru sentiasa ditanamkan nilai-nilai luhur yang berkaitan dengan hemat dan cermat, terutama ketika bertugas. Hidup berhemat akan menjadikan guru terhindar dari sikap boros, berfoya-foya, membazir dan sebagainya yang tidak bermanfaat.

          Dalam bekerja ianya ingat
          Berkira berhitung ianya tepat
          Mengukur menakar ianya cepat
          Timbang menimbang ianya jimat
          Bahagi membahagi ianya hemat

  1. Satu lagi sifat terpuji sebagai seorang guru ialah sifat rendah hati. Sifat ini menjadikan guru tidak angkuh, sombong, pongah dan menghindari dari berkata kasar. Rendah hati ini biasanya bermuka manis, berlembut lidah, tidak rendah diri atau pengecut. Sifat rendah hati adalah cerminan akan kebesaran hati seorang guru, ketulusikhlasan, tahu diri dan menghormati orang lain.

          Tanda guru rendah hati
          Sombong dan pongah ia jauhi
          Bercakap besar ia tak sudi
          Pantang memuji diri sendiri
          Bermegah-megah ia hindari

          Apa tanda guru terbilang
          Dalam bergaul menghormati orang
          Berkata lembut tidak temberang
          Bersopan santun muka belakang
          Hati lurus fikiran panjang
          Membesarkan diri ia berpantang
          Tahu dirinya banyak yang kurang

  1. Dunia perguruan mengajarkan supaya setiap anggotanya bersangka baik. Jika selalu bersangka baik akan wujudlah kesatuan. Jika hidup penuh dengan kecurigaan akan menimbulkan fitnah, tohmah, dengki dan sebagainya. Guru hendaklah sentiasa bersangka baik tanpa memandang suku dan bangsa. Apa tanda guru yang mulia, berbaik sangka sesama manusia.

          Apa tanda guru yang baik
          Kepada orang bersangka baik
          Sayang kepada tugas mendidik
          Bergaul pantang usik mengusik
          Bercakap pantang lidah berbalik
          Bersikap pantang jadi munafik
          Bekerja pantang pada yang fasik

  1. Guru yang mempunyai sifat perajuk adalah cerminan dari lemah semangat, rendah diri, berfikiran sempit, pemalu, cepat putus asa, tidak memiliki keberanian dan harga diri. Dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru sifat perajuk dianggap hina dan tidak bertanggungjawab. Guru yang perajuk akan dijadikan sebagai bahan ejekan, cemuhan dan lecehan. Lazimnya guru seperti ini akan dipencilkan.

          Apa tanda orang perajuk
          Diajar ianya engkar
          Dipujuk terus merajuk
          Disayang ia merentang
          Dinasihati ianya lari
          Diturut membawa hanyut
          Dihalang jalan melintang
          Disuruh ia menjauh

  1. Guru juga mesti mempunyai sifat tahukan diri terutama terhadap hakikat hidup, tujuan hidup, akhir hidup, serta berbagai hak dan kewajipan yang harus dipenuhinya baik sebagai anggota masyarakat, guru dan hamba Allah. Guru yang baik seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam tugas dan kehidupannya. Melalui sifat tahukan diri, ia akan tahu menempatkan dirinya dalam dunia perguruan yang serba cemerlang, gemilang dan terbilang.

          Apa tanda guru bertuah
          Sepadan ilmu dengan imannya
          Lahirnya hebat
          Batinnya sempurna

B. Mencari Ilmu Dengan Ilmu


  1. Pesatnya kemajuan ilmu dan teknologi menyebabkan dunia terasa “sempit”, tetapi akan membawa perubahan dalam kehidupan para guru. Dalam kehebatan persaingan kita khuatir terjadi hal-hal yang kurang wajar. Terlalu individualistik akan menyebabkan tidak seimbangnya antara lahiriah dan batiniah. Guru yang lupa diri atau lupa akan pakaian diri pasti merugikan masyarakat dan bangsanya sendiri. Hal ini sejajar dengan pesanan berikut:

          Bila guru lupakan akan diri
          Banyaklah bala yang akan menghampiri
          Bila guru lupakan akan pakaian
          Banyaklah kerja yang akan bersalahan
          Kalau guru sudah lupakan diri
          Alamat bala akan menimpa negeri
          Kalau guru sudah lupakan akan pakaian
          Mudah sahajalah masuknya akan syaitan
          Lupa diri binasa negeri
          Lupa pakaian binasa iman


 Pendidikan hari ini dan masa depan memerlukan guru-guru dan pengurus-pengurus pendidikan di semua peringkat yang lebih bersemangat, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mampu berkembang seiring dengan perbezaan zaman dan kemajuan teknologi maklumat yang kian, malah sentiasa bertambah dan berubah. Biarpun pengetahuan dan kemahiran profesional yang tinggi merupakan ciri yang penting namun jika tidak didukungi dengan ‘semangat keguruan yang tinggi’ hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara sukar dihayati sepenuhnya. Jika seseorang guru itu dapat melihat bahawa tugasnya sebagai medan jihad maka setiap kali ia pergi mengajar ia lebih cergas dan bersemangat (Al-Sayid, Abu Bakar Ahmad, 1991: 2).


  1. Guru wajib mempelajari ilmu dan teknologi tetapi janganlah mengambil dan menuntut ilmu yang sesat yang membawa keburukan dengan ajaran agama Islam, budaya dan nilai-nilai luhur adat istiadatnya. Dipantangkan juga bila sudah berilmu dan bijak suka melawan orang yang pernah berjasa dengan mereka. Jadilah sebagai guru contoh yang sokong tidak membawa rebah.

          Mencari ilmu dengan ilmu
          Meluruskan ilmu dengan iman
          Kalau mencari ilmu dunia
          Luruskan olehmu dengan agama
          Kalau hidup hendak selamat
          Carilah ilmu dunia akhirat
         
  1. Kementerian Pelajaran mengutamakan guru yang tekun menimba ilmu pengetahuan dan teknologi terkini untuk kesejahteraan hidup di dunia mahupun yang berkaitan dengan kehidupan di akhirat. Guru diamanahkan menuntut ilmu yang berfaedah yang sesuai menurut ajaran Islam, adat dan nilai-nilai luhur yang ada dalam masyarakat. Pesanan berikut boleh dijadikan sebagai renungan.

          Bila duduk, duduk berguru
          Bila tegak, tegak bertanya
          Bila merantau mencari ilmu
          Bila berjalan mencari teladan
          Bila berkayuh mencari contoh

  1. Guru juga mesti mempunyai sifat tahukan diri terutama terhadap hakikat hidup, tujuan hidup, akhir hidup, serta berbagai hak dan kewajipan yang harus dipenuhinya baik sebagai anggota masyarakat, guru dan hamba Allah. Guru yang baik seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam tugas dan kehidupannya. Melalui sifat tahukan diri, ia akan tahu menempatkan dirinya dalam dunia perguruan yang serba cemerlang, gemilang dan terbilang.

          Apa tanda guru bertuah
          Tahu diri dengan perinya
          Tahu hak dengan kewajipannya                   


C. Berdaun rimbun (Hasil Kerja Yang Hebat)



  1. Bekerja keras, rajin dan tekun adalah menjadi kewajipan dalam kerjaya sebagai seorang guru. Kejayaan guru ini akan ditentukan dari ketekunan dan kesungguhan mereka bekerja. Kalau guru hendak berjaya, bekerja keras dengan sungguhnya. Guru rajin hidup terjamin, guru tekun, berdaun rimbun. Sebaliknya, guru yang pemalas, kerjanya lalai, tiada tekun dan mudah berputus asa, dianggap sebagai guru yang tidak bertanggungjawab, tidak tahu kepada hak dan kewajipannya.

          Kalau hendak dikasihi orang
          Dalam bekerja janganlah curang
          Sakit jerih pantang mengerang
          Masa jangan dibuang-buang
          Cepatkan tangan ringankan tulang

 Omar Hashim (1993: 461) dalam bukunya Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian  dan Harapan menyebut;

 “Yang pasti, saya kira, generasi sekarang terlalu luntur semangat kerja keras    dan terlalu mudah rapuh dan mencari jalan senang. Mereka rata-rata mudah patah semangat.”


  1. Salah satu sikap yang terpuji sebagai seorang guru ialah sikap percayakan diri sendiri. Sikap ini adalah sebagai punca seseorang guru itu boleh tegak kukuh di atas kainya sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Bila guru selalu sahaja bergantung kepada orang lain, akan membawa fitnah, keburukan, melemahkan semangat, menggoyahkan hati, mengendurkan kemahuan dan melumpuhkan pendirian. Ingatilah pesanan berikut:
          Mengapa kayu lebat berbuah
          Kerana kumbang datang menyeri
          Mengapa guru disebut bertuah
          Kerana percaya kemampuan sendiri

          Banyaklah buah perkara buah
          Buah salak batang berduri
          Banyaklah tuah perkara tuah
          Bertuah tegak di kaki sendiri

          Parang candung penetak pari
          Jatuh ke bumi dimakan semut
          Beruntung guru tegak sendiri
          Tegak hati tak kenal takut

        
  1. Apa tanda guru yang hebat, ianya tahu memanfaatkan waktu. Hal ini menunjukkan dunia perguruan sangat pentingkan waktu. Masa itu adalah emas. Waktu harus dimanfaatkan sebaik mungkin, agar pelajar dapat belajar dengan sejahtera. Guru yang sentiasa memanfaatkan waktu akan dijadikan contoh oleh anak muridnya. Guru yang tidak mahu memanfaatkan waktu, mensia-siakan usianya, bermalas-malas dan berlalai-lalai, dikatakan sebagai guru yang selalu rugi dan sentiasa mengamalkan sikap yang tidak baik.

          Adat guru tahukan waktu
          Banyak jaga daripada tidur
          Banyak beramal dari berbual
          Banyak bekerja dari bercanda


24.  Guru juga diajarkan supaya berpandangan jauh ke depan dan berfikiran panjang.
Hidup tidak hanya untuk masa silam dan hari ini, tetapi juga amat penting adalah kehidupan masa mendatang, baik kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Jika berpandangan jauh ke hadapan diharapkan wawasan guru menjadi luas, berfikiran panjang dan setiap perhitungan menjadi semakin cermat. Berpandangan jauh ke hadapan menumbuhkan rasa tanggungjawab untuk memikirkan anak didiknya pada masa hadapan.

          Apa tanda guru bermaruah
          Ingat kepada anak cucunya
          Masa lalu diingatnya
          Masa kini dimanfaatnya
          Masa mendatang disiapkannya


25. Kerjaya sebagai seorang guru juga menganjurkan anggotanya supaya tahu  mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya. Jika mensyukuri nikmat Allah rezeki akan sentiasa berkat, bertambah dan bersih. Selain itu dengan mensyukuri nikmat , guru akan terhindar dari sifat loba dan tamak, jauh dari sifat serakah dan kufur nikmat dan terhindar dari berbagai keburukan lainnya.

          Apa tanda pohon Sialang
          Di sana tempat lebah bersarang
          Apa tanda guru yang malang
          Mensyukuri nikmat ianya jarang

          Apa tanda batang samak
          Bila direndam airnya merah
          Apa tanda guru yang tamak
          Diberi nikmat ia menyalah

           Apa tanda batang nibung
           Tumbuhnya rapat batang berduri
           Apalah tanda guru yang sombong
           Dikurniakan nikmat lupakan diri


D. Kepimpinannya Dijunjung Tinggi



26. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, pemimpin adalah sangat penting, kerana tanpa pemimpin tidak akan terjamin kerukunan dalam masyarakat. Pemimpin wajib ditaati. Pesanan berikut mengatakan:

          Adat hidup guru terpuji
          Pemimpinnya dijunjung tinggi
          Taatnya tidak berbelah bahagi
          Setianya kukuh menahan uji

     27. Guru juga harus mengutamakan persatuan dan kesatuan, menjunjung tinggi kegotongroyongan dan mengekalkan budi bahasa di dalam masyarakat, bangsa dan negaranya. Guru juga haruslah mencari persahabatan dan perdamaian, hidup saling hormat menghormati, bersikap terbuka dan selalu berprasangka baik sesama manusia terutama rakan sekerja.

          Adat hidup guru terbilang
          Sesama makhluk berkasih sayang
          Rasa merasa sama berlapang
          Taat setia sakit dan senang
          Ketika sakit selalu bertandang
          Ketika senang kenang mengenang
          Ketika sempit sama berlapang
          Ketika susah sama melenggang
          Dalam bergaul pandang memandang

28. Sebagai seorang guru keadilan dan kebenaran adalah kunci utama dalam menegakkan tuah dan maruah, mengangkat martabat, meninggikan daulat dan kewibawaan. Keadilan dan kebenaran tidak boleh ditawar-tawar kerana guru adalah sebagai pendidik yang seharusnya menjadi contoh. Hayatilah pesan berikut:

          Adil jangan memilih kasih
          Benar jangan memilih kawan
          Baik jangan mencari laba
          Elok jangan mengambil muka
          Sayang jangan mengharap upah
          Budi jangan mengharap puji

          Bila ke darat mencari ibarat
          Bila ke laut mencari yang patut
          Bila ke tengah tidak berhelah
          Bila ke tepi mencari yang berbudi
          Bila ke hulu mencari yang tahu
          Bila ke hilir mencari yang mahir

29. Sifat ikhlas dan rela berkorban, menjadi salah satu sifat yang diutamakan dalam kerjaya sebagai seorang guru. Guru yang baik akan bersifat terbuka, berbaik sangka, sifat ikhlas dan rela berkorban yang akan dibawa hingga ke akhir hayat. Semuanya itu dilakukan tanpa mengharapkan imbalan. Pantun-pantun berikut menjelaskan lagi sifat yang dinyatakan tadi.

          Buah punak masak seulas
          Dimakan orang sedap terasa
          Bertuah guru hatinya ikhlas
          Berkorban tidak meminta jasa

          Eloklah buah kayu meranti
          Dahannya lebat jejak ke tanah
          Eloklah tuah guru sejati
          Berkorban ingat kepada Allah

          Apalah tanda batang durian
          Buahnya berduri sedap dimakan
          Apalah tanda guru budiman
          Ke tengah ketepi rela berkorban


E. Daya Fikir Yang Hebat



30.      Guru adalah arkitek pembangunan manusia dan diserahkan dengan tugas yang   mencabar, iaitu membina generasi baru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Guru sepatutnya tidak takut untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Guru sewajarnya dapat menghayati maksud yang terkandung di dalam wawasan 2020. Negara mahu melahirkan generasi yang berketrampilan, mahir serta produktif dan meletakkan negara ini menjadi negara maju. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.

           Pilih-pilih tempat mendarat
           Pertama teluk kedua pantai
           Kalau mencari guru terhebat
           Pertama elok kedua pandai

           Kain pelikat panjang sembilan
           Panjang serta kepalanya
           Guru ibarat permata intan
           Negara menumpang sinar cahayanya

            Penakik pisau siraut
            Ambil galah batang lintabung
            Selodang jadikan nyiru
            Jasanya selebar laut
            Budinya setinggi gunung
            Alam terkembang jadikan guru

31. Kesimpulannya perubahan nilai masyarakat Malaysia hari ini yang lebih menilai serta menghormati kebendaan bukan lagi yang menghormati ilmu, sikap, akhlak dan peranan guru itu sendiri yang telah disempitkan sebagai tugas mengembangkan akal dan jasad murid sahaja (manakala pembinaan jiwa dan roh insani diserah kepada guru-guru agama) menyebabkan pandangan masyarakat terhadap golongan guru umumnya lebih rendah berbanding zaman sebelum merdeka. Oleh itu usaha-uasaha gigih dan berterusan hendaklah dilaksanakan bagi mengangkat martabat guru di mata masyarakat melalui pemupukan semangat positif dan komitmen yang padu yang harus dibuktikan setiap masa. Sebagai pendidik tanah air yang memikul tanggungjawab dan amanah menerusi reformasi pendidikan yang berlandaskan Falsafah pendidikan Negara, kejayaan atau kegagalan usaha-usaha ini bergantung terutamanya kepada faktor manusia guru itu sendiri. Walau bagamana penting dan mustahaknya perubahan-perubahan kandungan dan pendekatan kurikulum pendidikan kita, jangan lupa bahawa semangatlah yang menjadi kuncinya yang akan memberikan cahaya yang tidak kunjung padam bagai menghadapi dan memenuhi tuntutan-tuntutan semasa dan cabaran-cabaran masa depan abad ke-21.


Kalau mencari tempat mandi
Pertama teluk kedua pantai
Guru terhebat menabur budi
Supaya pelajar menjadi pandai

Walaupun rumput mati terlapah
Akarnya tidak mahu tenggelam
Walaupun laut menjadi marah
Semangat mengajar janganlah padam


Guru yang bersahsiah unggul harus mempunyai keupayaan akademik dan intelek serta keupayaan moral untuk membolehkannya mendidik murid-muridnya serta mendorong pertumbuhan pengetahuan dan pembinaan pemikiran. Sahsiah guru tidak syak lagi mempunyai kesan yang mendalam terhadap pemikiran murid-muridnya yang masih mentah. Perhubungan yang terjalin antara guru dengan murid pada sepanjang tahun dan sesudah itu, mestilah mempunyai kesan yang abadi. Ingatlah bahawa mencontoh pada yang senonoh, meneladan pada yang sempadan, memakai pada yang sesuai.
     Bab 9: Teater Di Negeri Sembilan Jangan Dibiarkan Terus Terkulai Layu


       Sebelum kita masuk ke Alaf Baru kita sempat membaca beberapa tulisan tentang teater di negeri beradat, iaitu Negeri Sembilan. Di antara penulisnya ialah Izie Ismail, Sallehuddin Yahya dan beberapa orang lagi. Masing-masing dengan hujah untuk mengatakan teater di Negeri Sembilan semakin lesu dan terkulai layu. Tidak seperti zaman lampau terutama ketika zaman Wagiman NS dan beberapa orang tokoh lagi.

       Persoalannya sekarang, kenapa beberapa orang penulis ini sudah membelakangkan adab sopan dengan menuding jari yang tidak sepatutnya kepada pihak Pegawai Kebudayaan dengan disaran mandi bunga. Banyak kata-kata lagi yang tidak selayaknya dihamburkan. Negeri beradat yang mengamalkan adat perpatih seperti Negeri Sembilan adalah kaya dengan adab sopan dan kenapa ini harus dipinggirkan.

       Sepatutnya amalkan budaya muafakat antara satu sama lain. Budaya ini adalah pesaka orang tua dahulu yang sangat berharga dan jangan diketepikan begitu sahaja.

       Ibu adat muafakat
       Bulat air kerana gopong
       Bulat manusia kerana muafakat

Cari titik penyelesaiannya, yang kusut sudah pasti boleh selesai, yang keruh dijernihkan, yang pendek disambung, yang panjang dikerat, yang bocor ditampal, yang tiris diperbetulkan dan janganlah kita mengusutkan lagi perkara yang telah sedia kusut. Saya sendiri pernah bergiat secara aktif di sekitar 1980-an dan 1990-an dalam bidang teater di Negeri Sembilan. Kami akur apabila aktif sudah pasti banyak cabarannya terutama dari segi kewangan dan kami tidak pernah menyalahkan orang lain jika ada masalah, tambahan masalah inilah yang mengajar kami menjadi matang.

       Dengan satu tekad kami gerakan pelajar sekolah dalam bidang teater, alhamdulilllah komitmen mereka sungguh baik dan pasukan kami juga mampu mempersembahkan apa yang patut dipentaskan. Jadi saya sarankan di sini supaya kita gerakan semula teater di Negeri Sembilan dari peringkat sekolah lagi. Rakan-rakan semua yang prihatin tentang teater di Negeri Sembilan harus berpakat berganding bahu dan rancangkan siri pertemuan
Supaya kita boleh mencari jalan untuk membangunkan semula teater di Negeri Sembilan.
Mulakan dari peringkat sekolah lagi dan cuba kita cari penaja dan hadiah dan dengan cara ini sastera kita tidak akan terpinggir.

       Suatu ketika dahulu ada pertandingan drama anjuran TV 3 dan Kementerian Pendidikan, drama adat perpatih di Seremban, drama anti dadah dan banyak lagi dan pertandingan ini harus disemarakan semula. Saya cadangkan rakan-rakan dari Persatuan Penulis Negeri Sembilan cuba gerakan perkara ini. Jika tidak Pejabat Kebudyaan Negeri boleh memainkan peranannya. Percayalah kita harus memupuk tetater ini dari peringkat sekolah lagi barulah teater itu akan berkembang dengan lebih pesat lagi. Jangan asyik hendak berpolimik sahaja tetapi kerja tidak menjadi

       Kita harus kembali kepada niat awal sebelum berteater, adakah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kehebatan kumpulan ataupun bertujuan untuk memartabatkan semula kehebatan teater di Negeri Sembilan? Tepuk dada Tanya minda kita. Di era alaf baru ini kita harus sentiasa berfikiran matang dan maju setapak ke hadapan dari orang lain untuk merebut kemajuan. Kita harus lihat bahawa sebagai pendokong kesenian dan kesusasteraan, tanamkanlah sikap tanggungjawab untuk membentuk pemikiran masyarakat melalui teater. Jadikan juga teater sebagai alat untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk memajukan negara. Teater juga tidak ketinggalan boleh menyatukan semula masyarakat dan mengajak mereka mengenali semula jati diri bangsa. Saya percaya pengiat teater di Negeri Sembilan semuanya mempunyai cirri-ciri untuk bersama-sama memberi sumbangan yang bermakna di alaf baru ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

       Melalui pencapaian ilmu pendidikan dan kemajuan teknologi yang lebih mantap di negara kita, mereka yang menganggotai masyarakat teater tidak boleh lagi dianggap tidak berpengetahuan. Bahkan sudah ramai yang berkelulusan tinggi dan berpengetahuan dalam bidang teknologi tinggi dan kreatif dalam bidang masing-masing. Ramai juga yang telah lulus dan sedang belajar dalam bidang teater dan mereka adalah anak kelahiran Negeri Sembilan, saya cadangkan mereka semua ini digerakkan di bawah satu bumbung.
Badan-badan yang selayaknya di Negeri Sembilan haruslah mempelawa mereka untuk sama-sama menyemarakkan teater di negeri beradat ini. Saya pasti jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh sudah pasti niat suci ini akan dibantu oleh kerajaan negeri. Jika kita asyik bercakaran sahaja kerajaan negeri agak sukar untuk menyalurkan bantuan.

       Sebaliknya kita perlu juga menyedari tentang adanya masyarakat teater di Negeri Sembilan yang masih dalam peringkat mencuba dan agak kurang diberi dorongan dan promosi. Mereka ini perlukan bimbingan dan galakan. Pemikiran dan sikap mereka perlu didorong ke arah sikap mahu belajar dan terus belajar supaya penglibatan mereka tidak menjadi sekadar melepaskan batuk di tangga. Apa yang penting ialah mereka bakal menjadi pelapis untuk memajukan teater pada masa akan datang dan jika tiada usaha yang serius untuk memupuk minat dan penglibatan mereka, ini akan mematahkan cita-cita dan usaha mereka sahaja.

       Masyarakat teater, sama ada yang sudah membuktikan dedikasi mereka atau yang masih sedang mencuba-cuba, sama ada yang sudah tidak bergiat lagi atau yang masih mengharungi pahit maung atau suka duka, mereka boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mereka yang menceburi kegiatan teater sebagai satu profesion dan mereka yang menceburi kegiatan teater sebagai mengisi masa lapang dan tidak mendapat gaji tetap. Kedua-dua kategori ini memegang satu tanggungjawab meskipun tujuan mereka berbeza antara satu sama lain.Apa yang penting, setelah memegang tanggungjawab itu mereka hendaklah menggunakan sepenuhnya ilmu dan imaginasi mereka untuk kreativiti seni itu.

       Golongan pengkritik teater tidak terkecuali daripada pegangan tatatertib. Mereka perlu bersikap membina dan bertujuan mahu menggalakan perkembangan teater. Mereka juga harus merupakan golongan yang mempunyai arah dan tujuan tertentu dan sepatutnya ke arah ketelusan. Sebagai salah satu golongan masyarakat teater, tugas pengkritik adalah untuk mencari cirri-ciri tertentu dalam kegiatan seni itu demi membangkitkannya ke satu tahap pemikiran yang tinggi dan pengkritik juga bernilai seni. Meskipun hasil teater itu seperti bersifat didaktik, anarkis atau nihilis, tetapi sesuatu penilaian itu mesti dibuat dalam keadaan fikiran dan sikap yang terbuka dan perlu mencari kesan positif daripadanya. Golongan ini sepatutnya merupakan ahli masyarakat teater yang lebih bersikap objektif daripada masyarakat teater yang lain. Tetapi hakikatnya di Negeri Sembilan masih ramai pengkritik yang tidak dapat memisahkan sesuatu penilaian mereka daripada bendungan nilai keperibadian yang dipegangnya. Tidak dapat tidak sekiranya kita mahu mengukur kematangan seseorang pengkritik adalah dengan melihat setinggi mana tingkat subjektiviti penilain mereka itu.

       Sebagai masyarakat yang turut mempunyai tradisi teater yang begitu kaya, kita juga sewajarnya memberi arah dan panduan tentang seni kita di bawah naungan pihak yang sepatutnya di Negeri Sembilan. Jika selama ini mungkin masyarakat teater hanya bergiat secara sendiri dan terasing, ini mungkin akan melemahkan perjuangan  mereka dalam teater tanpa mempunyai arah dan tujuan. Tokoh-tokoh yang bersikap adil, rajin bekerja, telus, gigih dan mempunyai jangkaan yang bijak terhadap seni teater, mereka perlu diberi mandat untuk membantu kerajaan Negeri Sembilan di bawah badannya yang tertentu dalam menunjukkan arah perkembangan teater Negeri Sembilan. Mereka bukan sahaja memikirkan mahu berpesatuan sahaja, tetapi mereka dapat memberikan makna kehidupan bangsa dan negara melalui pengertian terhadap kreativiti teater.

       Jika nak tahu lebarnya padang tanya pada belalang
       Jika nak tahu tingginya gunung tanya pada burung enggang
       Jika nak tahu tebalnya hutan tanya pada pak belang
       Jika nak tahu dalamnya lubuk tanya pada memerang
       Jika nak tahu tanjung berliku tanya pada seluang

       Kita harus meniru contoh yang baik daripada negeri-negeri yang telah berjaya dalam bidang tetater dan kita jangan segan untuk belajar. Anak-anak Negeri Sembilan di perantauan boleh dihubungi dan dikumpulkan mereka semua bagi menyemarakan lagi teater dan sebarang persembahan di Negeri Sembilan. Pendapat-pendapat mereka boleh diambil dan diguna untuk kebaikan kita bersama. Jangan kita bergerak secara sendiri-sendiri sahaja. Badan-badan korporat di Negeri Sembilan jangan segan untuk tampil bagi memajukan teater di Negeri Sembilan. Jangan asyik kita berkomplot dan berkelompok sahaja dalam persatuan. Zaman sekarang ini adalah zaman bekerja dan bukan zaman untuk bercakap sahaja.

       Kita jangan fikirkan dalam bidang teater sahaja, bidang-bidang lain juga perlu dihidupkan dan jangan dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Contohnya teromba, tarian endang, randai, bongai, caklempong dan banyak lagi. Kenapa dimonopoli oleh segelintir pihak sahaja dan tidak terfikirkah pihak yang berkenaan untuk memperkembangkan kesenian ini terutama dari peringkat sekolah lagi. Kenapa kita tidak bangga dengan budaya kita sendiri.
    

    


















Rujukan


Al-Sayid, Abu Bakar Ahmad. 1991. Tugas dan Tanggungjawab Seorang Guru
           (Risalatu ilal Mudarisin Wal Mudarisat), Diterjemahkan oleh Sirojuddin
           Aly, Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan.

Azman Wan Chik. 1980. Sastera dan Drama dalam Pendidikan, Monograf Pendidikan
             Bahasa. Universiti Malaya: Jabatan Pendidikan Bahasa.

Azman Wan Chik. 1981. Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu. Kuala
             Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Borhan Md. Zin. 1999. Pengalaman Mengajar Kesusasteraan Melayu Kaedah dan teknik
             Berkesan. Kolokium Pendidikan Sastera, IBMM Kuala Lumpur.

Hamdan Sheikh Tahir. 1979. Pendidikan Hari Ini Untuk Hari Esok. Kuala
           Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamid Fahmy Zarkasyi.1990. Pemikiran Al-Ghazali Tentang Pendidikan. Kuala
             Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
        
Hashim Awang. 1987. Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Kamarudin Husin. 1988. Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Kamarudin Husin.1998. Drama Dalam Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
              Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991.

Lightwood, Donald. 1974. Creative Drama for Primary Schools. Glasgow: Blackie. 

Mana Sikana. 1985. Tanggapan Sastera. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

Mana Sikana. 1985. Esei dan Kritikan Drama. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mc Caslin, Nellie. 1984. Creative Crama In The Classroom. New York: Longman.

Misran Rokimin. 1999. Era Globalisasi: Masih Pentingkah Pendidikan Kesusasteraan.
              Dewan Sastera, Jun.

Mohd Yusuf Othman. 1994. Pemikiran Kreatif Ke Arah Kecemerlangan. Selangor:
              Aras Mega Sdn. Bhd.

Mohd Kasim Ismail. 1999. Peranan Guru Dalam Usaha Meningkatkan Mutu Pendidikan
              Sastera. Kolokium Pendidikan Kesusasteraan Melayu 1999. Kula Lumpur:
              Dewan Bahasa dan Pustaka dan IBMM.

Mohd Rosli Saludin. 1999. Tidak Rugi Sastera Di Ketengahkan. Berita Harian, 9 Mac.

Mohd Rosli Saludin. 2000. Guru Sastera Perlu Pendedahan. Berita Harian, 25 Januari.

Mohd Ali Muda. 1992. Kembalikan Maruah Pendidikan Sastera Di Sekolah. Mastika

Mohd Salleh Lebar. 1992. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia.
           Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Murray, Eloise. 1972. “Students’ Perceptions of Self-Actualizing and Non- Self-
           Actualizing Teachers.” Journal of Teacher Education, Vol. 23, No.3.

Nasution. 1982. Berbagai Pendekatan Dalam Proses Belajar dan Mengajar. Jakarta:
                Bina Aksara.

Omar Hashim. 1993. Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala
           Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Puji Santosa. 1996. Pengetahuan dan Apresiasi Kesusasteraan. Flores: Nusa Indah.

Saparman Bakri. 1982. Alam Teater. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suminto. 1994. Pengantar Pengajaran Puisi. Jakarta: Pustaka Pelajar.

Sutcliff. 1973. History of People. London: The Bodley Head Ltd.



Temubual


Bapak Tenas Effendy, Ketua Lembaga Kerapatan Adat Melayu Riau, Indonesia.

Haji Hussin Haji Ismail, Bekas Penghulu Luak Terachi, Negeri Sembilan

Dato’ Seri Maharaja Khalid Bonget, Lembaga Suku Mungkal, Negeri Sembilan



      


      

      

     

      

       



                 

   





      

      

        


      


















      




      

             

      


3 comments:

  1. assalamu'alaikum

    salam kenal, saya yusuf efendi dari indonesia. blog cik Gu membahas hal yang sama denganblog saya. mungkin kita bisa saling belajar. sila kunjungi blog saya di empuesa.blogspot.com

    terimaksih

    wassalam

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete